Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Mengidam Ulam Raja

Assalamualaikum....

Setelah beberapa hari mengidam ulam raja akhirnya tercapai juga... Makan sampai bertambah-tambah... Cari ulam raja dekat pasar malam selalunya xpernah ade orang jual xtaw la semalam cari ada pula yang jual... Hari bertuah betol semalam.... Ulam-ulaman ni Arwah ibu yang ajar makan sejak kecil lagi sampai sekarang x pernah jemu makan... Paling suka ulam raja dengan tenggek burung...Siap tanam lagi pokok ulam kat belakang umah..


Mengidam makan ulam dah lepas tinggal mengidam nak tanam pokok ulam raja pula ni... Susah betol nak cari benihnya... Cari kat pasar malam xde pula yang jual benih atau pokok ulam..Merata cari benih ulam raja dan kebanyakan tempat xde jual.. Dekat rumah arwah ibu dulu ada pokok ulam tapi semua da mati sebab dah xde yang menjaga...Sayang betol xdapat ambil benihnya... Mengharapkan orang bagi benih secara tiba-tiba memang mimpi je la... kalau jadi kenyataan Alhamdulillah... hehe  

Nak cerita cikit tentang khasiat ulam raja... Cari kat untie google...

KHASIAT

 Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.
 Ulam Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh dihalaman rumah atau didalam pasu bunga.. Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua kali sehari akan menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar dengan cepat. Ianya boleh dijadikan sumber sayuran atau ulaman seharian. Sangat sesuai ditanam didalam pasu sekiranya anda tinggal dirumah bertingkat seperti flat atau apartment.

Sekian... terima kasih sudi baca... 

Convocation Day

Assalamualaikum....



Agak lama x update blog disebabkan Kehilangan LINE wifi beberapa minggu nie... Bulan ni pon agak sebok dengan aktiviti luar.... Maklumlah, nak sambut Hari Konvokesyen suami tercinta, nak bawak adik ipau jenjalan kt Melaka dan yg sewaktu dgnnye... Kita pulak yang Berdebar-debar dgn konvokesyen suami ... Suami pula rilex je muka... huhu.... ape pon, TAHNIAH diucapkan !! Plan lepas ni sambung belajar lagi ye wahai suamiku... WAJIB.... hee :D










Majlis Konvokesyen berlangsung di UITM Lendu, Melaka... Tarikh 12/11/13... Start masuk dewan pukul 1.30 habis pula dalam pukul 5.00 mcmtu.... Seronok sangat dapat tengok Suami amik konvo... Dulu masa abang konvo xdpt tgk pon.. kita ade hal cikit... skg dapat pon tengok dgn mata sendiri... hehe...


Syukur Alhamdulillah, Adik Beradik yg lain dapat hadir ke majlis suami. Terima kasih kerana hadir :')


...................................................................................................................................................................


Ini Kisah Sebelum hari Konvokesyen.....

Yeah !! Dapat pergi lagi Tasik Melaka bermain kayak.... Siapa yang singgah sane jangan lupa try segala aktiviti yang ade yee.... Harga pon agak murah.... Harga kayak RM3.00 sekepala..... waktu bermain UNLIMITED main la sampai penat tangan mengayuh.... Aktiviti lain pon ade gak cam pin ball, memanah, cycling dan macam2 lagi la... Majoriti datang sane bawak family... ade yang memancing... tapi xtaw la penah dapat ikan ke x.... ade yang dtg dengan style picnic pon ade....

Kita dengan Husband main kayak je... Malas nak try yg lain... kurang berminat dgn aktiviti lain yang ada....Dok depan kayak tapi xgayuh pon paddle... Malas yg teramat... Husband la tukang bawak kesana kemari... hehe...



Time ni ramai jgk yang tengah berkayak.... agak sesak tasik dengan kayak... berlanggau-langgau dengan orang lain... Memang enjoy and x rugi pon main... lebih seronok main kayak ramai-ramai.... Try la sendiri baru taw... :)









Tutorial Bina Kotak Di Blockquote



Kali ni fara nak share tutorial buat kotak mcm contoh kt bawah ni pulak... 

Hello... Welcome to my blog

Ikut Step di bawah ni Ok

Step 1 :

Dashboard > Template > Edit HTML

 Step 2 :

Klik CTRL + F dan pastekan code di bawah nie....


/* Headings

Step 3 :

Kemudian, copy dan paste kan ayat di bawah SELEPAS ayat /*heading tadi


.post blockquote {
background: # FFCCCC;
padding: 5px;
Border: 2px dashed # FF0099;
-moz-border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
border-radius: 25px 10px / 10px 25px;

colour:# FF0099;
}


Take Note 

Bahagian berwarna diatas anda boleh ubah ikut citarasa sendiri

FFCCCC - warna background kotak blockquote. Rujuk kod warrna di bawah
2 - ketebalan garisan border kotak
dashed - style garisan border. Sama ada dashed, solid atau dotted
FF0099 - warna garisan border. Rujuk kod warna html kt untie google
Kod warna purple - bentuk kotak border. (style kotak fara) nak kotak jenis lain tnye untie google ye...

 Untuk testing, buka new post > Type ayat anda > Highlight >Klik Quote > Preview

  • Semoga berjaya  

Tutorial Tukar Bullet List

Hello readers... 
Fara nak share cara tukar bullet list jadi icon pilihan comel korang.... 
Sebagai contoh, boleh lihat kat bawah ni....



SEBELUM                                                 SELEPAS




Step 1 :

Dashboard > Template > Edit HTML

Step 2 :

Cari salah satu code di bawah... Try salah satu je ye...

]]></b:skin>


</style>

atau 

/* Header

Step 3 :

Copy kan code dibawah nie dan paste kan di bahagian atasnya... Contoh ade kat bawah... jgn risau...

.post ul {
list-style:none;
}
.post ul li {
line-height: 1.4em;
background: transparent url(URL GAMBAR BULLET) no-repeat scroll 0px 4px;
margin: 0.3em 0;
padding: 0 0 0.8em 20px;
}

Step 4 :

URL warna biru di atas cume perlu digantikan dengan URL icon gambar kesukaan korang... klik save..

 Buka new post dan try klik bullet list then preview untuk lihat sama ada berjaya atau tidak...
  • Semoga Berjaya 

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di mrs.fara92@gmail.com [PENAFIAN] www.mrsfara.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.