Home My Story Travel Review Contest Tutorial

Mengidam Ulam Raja

Assalamualaikum....

Setelah beberapa hari mengidam ulam raja akhirnya tercapai juga... Makan sampai bertambah-tambah... Cari ulam raja dekat pasar malam selalunya xpernah ade orang jual xtaw la semalam cari ada pula yang jual... Hari bertuah betol semalam.... Ulam-ulaman ni Arwah ibu yang ajar makan sejak kecil lagi sampai sekarang x pernah jemu makan... Paling suka ulam raja dengan tenggek burung...Siap tanam lagi pokok ulam kat belakang umah..


Mengidam makan ulam dah lepas tinggal mengidam nak tanam pokok ulam raja pula ni... Susah betol nak cari benihnya... Cari kat pasar malam xde pula yang jual benih atau pokok ulam..Merata cari benih ulam raja dan kebanyakan tempat xde jual.. Dekat rumah arwah ibu dulu ada pokok ulam tapi semua da mati sebab dah xde yang menjaga...Sayang betol xdapat ambil benihnya... Mengharapkan orang bagi benih secara tiba-tiba memang mimpi je la... kalau jadi kenyataan Alhamdulillah... hehe  

Nak cerita cikit tentang khasiat ulam raja... Cari kat untie google...

KHASIAT

 Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.
 Ulam Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh dihalaman rumah atau didalam pasu bunga.. Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua kali sehari akan menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar dengan cepat. Ianya boleh dijadikan sumber sayuran atau ulaman seharian. Sangat sesuai ditanam didalam pasu sekiranya anda tinggal dirumah bertingkat seperti flat atau apartment.

Sekian... terima kasih sudi baca... 

5 ulasan:

ikhwan yusuff berkata...

saya pun suka makan ulum raja ni..best..salam kenal

p/s:kalau blh buanglah moderation word untuk komen bru mudah nak tingalkan comment..:D

ikhwan yusuff berkata...

pergi kat dashboard pilih setting...n scroll sampai bawah cari "show word verification' n pilih no..:D

Mia Liana berkata...

wahhh. tentu happy kan.. dapat apa yang dingidamkan...

cikji berkata...

my pebret too. ulam raja ni kalau dah membiak boleh habis dua ekar tanah hihi. senang sangat membiak.

btw thnks sudi follow. follow u back #157

FaRa berkata...

Alhamdulillah tercapai hajat nak makan... nasib baik x ngidam benda yg susah cari... :)