Home My Story Travel Review Contest Tutorial

Doa, Zikir & Amalan Memudahkan Bersalin

Assalamualaikum...

Fara nak share info cikit untuk mommy yg bakal melahirkan baby... In shaa Allah semoga ape yang kite minta akan diperkenankan oleh Allah swt dengan melahirkan cahaya mata dengan mudah...

Fara copypaste dari blog kak Jasmin...


Antara zikir dan doa yang sesuai diamalkan :



"Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ) Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu."



"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim."




"Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh."



Apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:



"Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah."



Untuk memudahkan bersalin, digalakkan membaca ayat kursi serta ayat ini:





"Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat. Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam."



Perbanyakkan membaca zikir ini:



"Maha Suci Allah."


"Aku Pohon ampun kepada Allah."



Sentiasa membaca doa ini :



أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ

Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu


Surah Al-Ansyiqaq :






Banyakkan membaca surah Maryam.

Baca Surah An-Nahl: ayat 78-80.






Disamping doa dan zikir amalan dan usaha yang lain tetap diperlukan apatah lagi ketika kita menghadapi kelahiran anak pertama.Sama-samalah berdoa agar dipermudahkan bersalin kelak oleh-Nya. Amin.

1 ulasan: