Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Tips Berpantang "Part 2"

Assalamualaikum...

Sambungan daripada Part 1. Kali ni Tips Berpantang 44 hari, 100 hari, 6 bulan dan setahun.

Pantang 44 Hari :-Pantang keluar rumah
Pantang 100 Hari :-Pantang suami
-Pantang mandi air sejuk
-Pantang Ber aircond
-Pantang angkat benda berat (Selain anak newborn)
-Pantang kena hujan
Pantang 6 Bulan :
-Pantang makan selagi baby yang fully BF xstart solid food.
-Pantang excercise yang hardcore
Pantang Setahun :
-Minuman berais
-Pantang Laksa & Pulut


Kenapa Perlu Berpantang? Ini Jawapannya :

Berpantang secara alami tidak akan memudaratkan jika tidak diamalkan secara keterlaluan. Hakikatnya tempoh berpantang itu sendiri adalah proses pemulihan dan emosi ibu. Seelok-eloknya amalan ini haruslah tidak bertentangan dengan kaedah rawatan moden. Kebiasaannya tempoh bersalin adalah selama 44 hari. Namun ada pihak yang melanjutkan tempoh berpantang sehingga 100 hari untuk tidak bersama suami demi kebaikan jangka panjang.

Selain itu, amalan berpantang ini adalah untuk memastikan badan si ibu benar-benar pulih dan sihat, memerhatikan kitaran haid yang betul bagi perancangan keluarga. Manakala rawatan badan luar dan dalam serta pemakanan perlu dikawal dengan ketat sehingga tamat tempoh berpantang.

Proses rawatan semasa pantang adalah wajib dilakukan oleh setiap wanita yang baru melahirkan bayi. Ini kerana rawatan ini perlu dilakukan ekoran kebanyakan wanita mengalami pelbagai komplikasi semasa proses kelahiran bayi mereka termasuk menggunakan banyak tenaga terutama semasa menahan kesakitan, dan ketika meneran bayi keluar, urat saraf menjadi tegang dan kadang kala terasa kejang. Malah ada juga diantara ibu yang mengalami kekurangan darah kerana banyak kehilangan darah semasa bersalin.

Rawatan berpantang ini perlu dilakukan secara konsisten supaya ia dapat mengembalikan bentuk tubuh badan terutamanya amalan pemakanan harian, ibu perlu memakan makanan yang berkhasiat dan meminum air sekurang-kurang sebanyak 3 liter sehari. Semasa proses penyembuhan ini pemakanan menjadi aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Pengambilan suplemen juga dapat membantu ibu untuk menambah kekurangan nutrisi di dalam badan.

Selain itu, ibu-ibu perlu mendapatkan rehat yang cukup untuk mengelakkan rasa pening. Bagi ibu-ibu yang pertama kali merasai pengalaman ini, mereka akan menghadapi 'baby blues' dimana waktu tidur mereka diganggu pada waktu malam kerana bayi menyusu dan meragam.

Maka dengan itu apabila bayi tidur si ibu perlu mencari ruang untuk melelapkan mata seketika. Ada kemungkinan rasa tertekan dengan suasana baru akan muncul, ibu-ibu dinasihatkan untuk mengawal perasaan dan memastikan mendapat rehat yang cukup.

Pemakaian stokin dan baju panas juga sangat penting untuk mengelakkan angin masuk ke dalam tubuh dan bentan. Menurut orang-orang tua, sekiranya tidak memakai stokin dikhuatiri akan tersepak benda-benda keras sekaligus mengakibatkan tumpah darah.

Amalan berurut, bertungku, bertangas, berbengkung, mandi herba, pilis dan lain-lain adalah perlu untuk mempercepatkan pemulihan badan termasuk melancarkan perjalanan darah, mengecutkan peranakan, mengembalikan kesegaran badan, mengelak urat saraf dimasuki angin dan lain-lain.



Kesan Buruk Tidak Berpantang 

 

Apakah Akibat & Kesan :
Rahim Jatuh / Prolapse
Prolapse Rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh kebawah dan kadang kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligament dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran, Justera itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat
- Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.
- Peringkat kedua dimana pintu Rahim jatuh sampai kepermukaan faraj.
- Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan Rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj, keadaan ini yang biasa di gelar "tombong”.

Gangguan Kencing
Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing contoh:
- kerap kencing
- sakit ketika nak kencing
- kencing yg tak terkawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat ini
di panggil (Stress Incontincence).
Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan ibadah seperti solat.

Gangguan Hubungan Kelamin
Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil Pelvic Floor Muscle, Maka kekuatannya untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu. Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks, khususnya kepada sang suami kurang puas & tak menyeronokkan. Ramai wanita seta suami mengadu tentang kurang nikmat dan tidak puas ketika melakukan hubungan seks, terutama selepas melahirkan anak. Perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

Sakit Pingang & Tidak selesa dibahagian Sulit Wanita
Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak selesa dibahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab Rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat dibahagian pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit pinggang.

Gangguan Kesihatan
Dalam Kes Proplapse yang teruk atau peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan





Oleh Sebab itu, jangan ambik mudah tentang berpantang, pakai bengkung, makan jamu bersalin & makan makanan yg disyorkan.

Segala tips yang fara kongsi disini adalah untuk pengetahuan fara dan jika ianya memberi manfaat kepada mommies diluar, Alhamdulillah.


Tiada ulasan: