Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Kisah Raya bertiga

Assalamualaikum...



Hai. Alhamdulillah syawal disambut dengan penuh besederhana. Tema raya tahun 2015 giliran fara pilih warna "maroon" dan tahun seterusnya kami akan bergilir-gilir pilih warna. Cari baju last minit di Jalan Taiping berhampiran dengan The Store Klang. Pada mulanya agak giveup nak beli baju raya sebab xsemua butik ada jual baju raya set family. Kebanyakannya jenis kain atau fesyen yang dijual tu fara tidak berminat. 


Masa jalan cari baju hati tawakal je kalau  tak jumpa baju set family terpaksa la cari cara manual pilih satu warna yang senang carikan sekali untuk Aimi. Baju budak pon 1 masalah jugak nak cari last minit banyak dah sold out. Fara lupa pulak nama kedai yang fara beli aritu . Memang rambang mata masa nak pilih semuanya cantik-cantik belaka. Next time inshaAllah beli kat situ je member kad pon dah apply boleh la dapat diskaun.


Abaikan rambut depan aimi yang senget benget tu. Sape potong? Aku la.. haha. Xgeti duduk diam masa potong sape suruh. Nasib la jadi senget rambutnya. Belum pernah lagi hantar potong kat kedai sebab takut baru nak potong aimi dah meragam lagi susah nak handle.





Raya Pertama  fara beraya di Dengkil. Bila ade kat rumah orang fara cuma pesan pada aimi "behave" jangan meragam. Syukur alhamdulillah aimi behave.Tahun lepas beraya memang mencabar. Aimi xboleh berenggang langsung dengan fara atau suami. Agak malulah juga bila orang pandang anak kite melekat dengan mak pak die 24jam, kena tegur sikit menangis, pandang xboleh, macam2 hal la. Its a Kid! Normal la bila ade budak perangai mcmni. Mana boleh bandingkan anak orang dengan anak kita kan. Lagipon masa kecik ni la peluang nak pelok anak puas-puas. Depa dah besau nanti bende ni lah yang kite rindu. Rindu nak pelok, sakat, cium anak. Kalau anak korang mudah mesra dengan sekeliling its a good! 





Aimi memang manja dengan suami. Bila kat tempat  ramai die akan lebih selesa bila berada dengan suami. Fara akan backup buat aimi rasa seronok bermain dalam keadaan tengah ramai. Cara fara buat aimi selesa,Fara akan duduk jauh cikit dengan suami so,bila aimi nak pergi kat fara die kena gerakkan badan. Lama kelamaan baru aimi ok nak gerak sendiri bermain. Jangan ada yang sergah melulu gerenti aimi menangis mood down terus. Cara paling cepat buat aimi selesa kt tempat orang bila dia nampak ade geng-geng sebaya bermain. Terus excited nak bermain sama. Tengah mood ok aimi nak la bermain. Tengah mood xok die lebih suka tengok kawan bermain dari jauh je.








Seronok die main belon kat rumah orang.  Kat rumah sendiri semua mainan x hairan langsung. Masa beli je excited lepastu dah bosan campak merata. Fara juga kena cari simpan elok-elok dalam bekas mainan. Besau cikit dah main harap kemas ye aimi.
















Baju biru tu sepupu aimi Noor Khalisyah dah 2 tahun lebih. Fara suke tgk muka khalisyah sweet sangat!!





Ni adik beradik sebelah suami ade 2 orang je xde dalam gambar.





Mohon maaf dipinta jika ada silap dan salah yang tidak disengajakan. Hubungan yang jauh kita rapatkan, yang dekat kita eratkan lagi. 






"Selamat Hari Raya dari Fara dan Family"









5 ulasan:

Mrs. A berkata...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1436H

Normi Nieza berkata...

comelnya aimi..:)

Mrs FaRa berkata...

Selamat hari raya :D

Sha berkata...

comel aimi dengan baju kurung maroon nya tu...maching manik dgn baju fara...beli kat mana tu fara?

Mrs FaRa berkata...

beli kt jalan taiping je kak sha... mmg cari yg sepasang.. nasib baik ade kedai jual... ;)