Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Resepi Ayam Masak Merah Ajaib

Assalamualaikum....

Bila tekak nak makan sambal memang ayam masak merah la menjadi pilihan utama fara. Kali ni fara try resepi dari Che'Nom Resepi asal. 1st time fara masak sambal bubuh daun kari. Tulah yg ajaibnya.. Ngee!




Jumlah Hidangan : 4

Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm lengkuas
1 ulas kecil kunyit
1 batang serai hiris nipis
10 sudu cili boh yg telah siap diblend
1 Kulit kayu manis
Satu tangkai daun kari


Cara Penyediaan:
Potong ayam kepada beberapa bahagian sederhana besar.
Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.
Dalam kuali berasingan, panaskan 1 senduk minyak. Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan tumis.
Kemudian masukkan pula bahan kisar halus dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, santan (jika anda suka) dan kacau sedikit hingga kuah mendidih serta menjadi pekat.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidang.


Bau dan daun kari bile buat sambal memang MELETOP!! Resepi asal Che'Nom 



Selamat mencuba 








4 ulasan:

emma diana berkata...

Sedapnya alahai !

mujahidah maisarah berkata...

sedappp sgttt niii

yanie yusuf berkata...

Yanie suka ayam masak merah..tapi ni mcm masak merah kering sket ye..wahh leh mencuba lah...sedapppp

Papaglamz - Food Stylo Founder berkata...

tengok pon dah menyelerakan. tq share resepi ini..

Hot post - Resepi Nasi Goreng Ikan Sardin Hadiah Dari Hati

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di mrs.fara92@gmail.com [PENAFIAN] www.mrsfara.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.