Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Eversoft UV White - 5 Step Starter Kit



Assalamualaikum...


Hari ini Fara nak share serba sedikit mengenai produk Eversoft Skinz UV White. Fara memang pengguna tegar produk Eversoft tapi sebelum ni fara hanya menggunakan cleanser eversoft sahaja. Boleh Klik Sini untuk lihat cleanser yang fara gunakan sejak zaman sekolah hingga sekarang.







Kali ini, fara cuba produk skincare Eversoft Skinz UV White dengan memilih starter kit atau pek permulaan untuk mencuba. Dalam pek permulaan ini, ada 5 jenis produk yang disediakan iaitu FACIAL FOAM, CLARIFYING TONER, INTENSIVE WHITENING SERUM dan juga WHITENING DAY MOISTURISER SPF20 PA++. Night cream dan juga BB cream tidak termasuk dalam starter kit ye.


Kelebihan UTAMA Eversoft Skinz UV White :




CLEANSE to awaken the senses

PURIFYING FACIAL FOAM (Daily)



 99% berasaskan tumbuh-tumbuhan aktif. Buih pembersih perlahan-lahan membersihkan dengan mengeluarkan kekotoran, sementara mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit agar lebih segar 





TONE for balance

CLARIFYING TONER



Toner mengekalkan kulit yang berseri dan menutup liang-liang roma yang terbuka. Dipertingkatkan dengan Aloe Vera dan likuoris untuk menyegarkan dan menenangkan kulit anda, Penyerapan yang optima dalam terapi pemutihan kulit. Mengembalikan keseimbangan optimum pH kulit anda untuk lebih kelihatan segar.






WHITEN for radiance

INTENSIVE WHITENING SERUM



Serum berfungsi untuk pemutihan aktif dan dipertingkatkan dengan Hesperidin untuk meningkatkan proses pemutihan kulit. Membantu mengurangkan berjeragat dan tompok-tompok hitam secara cepat –kulit lebih cerah dan lebih berseri.







MOISTURISE to nourish

WHITENING DAY 

MOISTURISER 

SPF20 PA++


(Day Cream)


Krim yang menyerap dengan cepat dan berkesan untuk Memutihkan wajah, melindungi dan melembapkan kulit anda pada waktu siang. Perlindungan yang lengkap daripada UVA/UVB sinar untuk mengurangkan lagi pancaran matahari dari terkena wajah anda.




Harga Eversoft Skinz UV White Starter Kit :

Harga Untuk Pek permulaan tidak terlalu mahal dan mampu milik dalam RM16++ sahaja. Boleh beli di watson, guardian, tesco atau giant.




Cara penggunaan/Penjagaan Eversoft SKinz UV White :



STEP 1 :
Basuh muka anda menggunakan CLEANSER

STEP 2 :
Apabila muka sudah dikeringkan, sapu TONER pada muka dan bahagian leher. Gosok dengan perlahan-lahan

STEP 3 :
Kemudian, sapukan pula WHITEN pada muka

STEP 4 :
Dan diikuti dengan moisturise. Sapu perlahan dan urut lembut pada wajah.

STEP 5 :
JIka ada BB CREAM sapukan akhir sekali dan ratakan dibahagian muka dan juga leher.


Siap! 5 Langkah yang sangat mudah penjagaan MAXIMUM untuk kulit anda kelihatan  berseri dan segar sepanjang hari! 




Yang ni muka fara selepas menggunakan facial foam

Yang ni pula selepas memakai cream siang uv white dan moisturiser



Faktor UTAMA Eversoft menjadi pilihan hati fara kerana ianya menggunakan Formula dari Jepun dan sangat sesuai untuk kulit orang asia. Eversoft Skinz UV White juga merupakan antara top 10 dimension of Radiant Whitening yang sangat terbaik. Bagi mereka yang mempunyai tona muka tidak sekata, kulit berminyak, mengelupas atau kering sangat sesuai mencuba Eversoft Skinz UV white ni.





SELAMAT MENCUBA! ;)











Melaka Premium Outlet (MPO)

Assalamualaikum..



Alhamdulillah, Sempena birthday 7 Feb kemarin fara hanya request pada suami nak pergi Melaka sahaja. Teringin pergi Melaka Premium Outlet yang sana sini orang duk berkata tentang keindahannya yang ala-ala oversea. Dan akhirnya, berkesempatan jua jejakkan kaki disini.

Melaka Premium Outlet (MPO) terletak di Alor Gajah dan sangat berdekatan dengan A Famosa Resort. Fara sampai di MPO tepat jam 10 pagi dan masih belom ramai pengunjung malah paking juga masih banyak. Parking di MPO Free tidak perlu bayar. Masuk juga adalah Percuma. Masuk sahaja dipintu utama terus tidak sabar nak jelajah 1 MPO.

Keadaan dalam MPO sangat redup dan sejuk mata memandang. Banyak kedai makan dan shopping disediakan disitu. Jika singgah di Melaka, fara sangat galakkan anda datang berkunjung disini.





























Jangan lupa singgah di Melaka Premium Oulet jika singgah di Melaka okay!


Selamat tahun baru 2016






Promosi "Prinsipessa Love Set Promo".


Assalamualaikum....





Hai!

Kebanyakan lelaki agak sukar untuk memilih hadiah untuk diberikan kepada wanita. Mereka merasa takut jika hadiah yang diberikan tidak disukai oleh kekasih hati. 


Memberikan hadiah di hari istimewa tentu sudah menjadi hal yang umum dilakukan para pasangan. Selain hari ulang tahun perkahwinan, hari lahir, dan sebagainya juga akan menjadi saat yang tepat untuk memberi hadiah.


Mendapat hadiah dari orang tercinta akan membuat wanita merasa bahagia. Untuk itu, bagi anda yang masih tiada idea untuk memberikan hadiah kepada pasangan, anda sangat bertuah kerana tidak perlu berhabis beratus ringgit untuk pasangan lagi kerana 2 dalam 1 hadiah ini sangat menarik dan sangat disukai wanita iaitu Shawl dari Prinsipessa dan minyak wangi dari One Drop Perfumes.




Prinsipessa Hydrangea shawl + One Drop Perfumes Mini Set Hanya RM70 Sahaja!!
Promo valid from 8th February - 14th February 2016.



Set super duper jimat RM70 ini sudah pasti boleh membuatkan pasangan anda gembira sepanjang hari. Pasangan anda boleh menggayakan tudung hadiah dari anda dihari bahagia malah kekal wangi ketika bersama anda.



For more info, please visit http://www.prinsipessa.com/ or SMS/Whatsapp 017-541 2948








    [PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di mrs.fara92@gmail.com [PENAFIAN] www.mrsfara.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.