Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Safi Shayla - PEK FLEKSI TERBARU


Assalamualaikum....



Memiliki rambut yang cantik menjadi idaman setiap wanita. Aset yang paling berharga untuk dipelihara agar ia sentiasa kelihatan anggun dan mempersonakan. Malangnya, wanita yang bertudung, sering memandang ringan terhadap penjagaan rambut ini sedangkan ia perlu dijaga dengan lebih rapi.

Takut rambut rosak! Semoga ia tidak menjadi alasan utama wanita islam tidak berhijab. Zaman moden serba canggih ini terdapat banyak tips dan petua penjagaan rambut untuk wanita bertudung. Hanya tinggal nak tak nak sahaja. Orang kata, "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih."

Mahal asalkan berkualiti! salah satu perkara penting perlu ditekankan disini agar pengguna tidak memilih syampu murah yang hanya memberikan kesan negatif pada rambut. Biarlah berbelanja lebih asalkan diri sendiri mendapat kepuasan dalam penggunaan. Cari syampu yang bersesuaian dengan kulit kepala disamping merawat masalah yang ada.



SAFI SHAYLA - Syampu KHAS wanita bertudung


Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya Habbatus Sauda memperkenalkan satu solusi penuh inovasi, SAFI Shayla Pek Fleksi.

SAFI Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga untuk melancarkan satu lagi bentuk terbaru mudah guna buat semua wanita. Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.

Menurutnya lagi, “Inovasi Pek Fleksi merupakan inovasi pertama dalam industri syampu. Diambil dari perkataan “fleksibel” iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan, SAFI Shayla melengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik. Dengan satu syampu pada satu harga, pengguna boleh menggunakannya pada 3 keadaan yang berbeza.”



Pengalaman menggunakan SAFI Shayla

Sebelum ni, fara menggunakan syampu jenama lain. Tapi malangnya, bila fara banyak melakukan aktiviti diluar ianya membuatkan rambut fara cepat kusut, bercabang dan kulit kepala rasa sangat tidak selesa. Walaupun fara keringkan dahulu rambut kemudian baru mengenakan hijab tetap gatal dan tidak selesa pada bahagian kulit kepala. Ada satu tahap sampai berkelemumur tebal di sesetengah kulit kepala mungkin disebabkan syampu tersebut tidak sesuai dengan wanita berhijab. 

Sejujurnya, masa fara tengok iklan di televisyen dan kebetulan keluar iklan SAFI Shayla mengenai syampu untuk wanita bertudung fara terus beli dan cuba sendiri syampunya. Pertama kali cuba, fara terpegun dengan bau wangian SAFI Shayla yang sangat wangi dan aman sekali. Syampu pertama yang fara cuba adalah pek SAFI Shayla yang warna biru untuk menghilangkan kegatalan dan kelemumur. Seminggu selepas pakai, fara sangat puas hati dengan resultnya. Kulit kepala rasa ringan dan kelemumur pon makin hilang.

Ada satu masa tu fara ade job diluar sampai tak sempat nak keringkan rambut selepas dicuci, fara terus pakai tudung dari pagi hingga ke petang. Alhamdulillah, kulit kepala dan rambut fara terjaga rapi. Satu perasaan yang tak boleh diungkap bila syampu SAFI Shayla ni sangat serasi dengan fara. Bila rambut separa kering pon fara dah tak risau lagi bila berhijab sebab fara tahu SAFI Shayla sentiasa mengekalkan rambut fara dalam keadaan terkawal. 

The next month and seterusnya fara tetap menggunakan SAFI Shayla sebagai syampu pilihan utama fara dan family. 



Kenali Fungsi dan Jenis variasi syampu SAFI Shayla

Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek Fleksi dikekalkan sama dengan format asal SAFI Shayla pek pam dan botol, agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini. Pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa kemana sahaja. Malah, pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang.

Sebanyak 8 jenis variasi SAFI Shayla yang boleh dipilih mengikut masalah yang dihadapi kulit kepala anda. Pilih dari setiap jenis variasi ini mengikut masalah kulit kepala atau rambut anda ye. Jika ada masalah kelemumur jangan pula pilih syampu untuk melembutkan. Memang tak akan nampak kesan kerana setiap pemilihan fungsi syampu juga memainkan peranan masing-masing untuk merawat kulit kepala.


8 jenis variasi SAFI Shayla







SAFI Shayla - Hitam Menawan
 Menyerlahkan kilauan rambut hitam yang sihat dan lembut

SAFI Shayla - Segar Bermaya
 Segar bermaya membuatkan rambut kelihatan lebih segar dan bermaya

SAFI Shayla - Anti Kelemumur
 Menghilangkan kelemumur dan kegatalan kulit kepala

SAFI Shayla - Kawalan Rambut Rosak
 Merawat dan mengawal rambut rosak dan kasar

SAFI Shayla - Itch Kontrol
 Mengawal kulit kepala berkeruping dan menyamankan

SAFI Shayla - Kawalan Berminyak
 Mengawal lebihan berminyak serta menyamankan

SAFI Shayla - Kawalan Rambut Gugur
 Mengawal keguguran rambut akibat kerapuhan

SAFI Shayla - Licin Terurus
Melembap dan melicinkan rambut




Produk ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga RM14.65. 



Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari: 


Facebook SAFI : www.facebook.com/SAFI.MY

Instagram SAFI : @safimalaysia










Tiada ulasan: