Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Keindahan Taman Wetland Putrajaya



Assalamualaikum.... Hiiii!!



Here again kat putarajaya! Banyak sangat tempat yang best di sini. Kali ni lepak di Taman Wetland Putrajaya pula. Seperti biasa kalau nak tengok tempat menarik di Putrajaya boleh Klik Sini Taman Saujana Putrajaya PART 1 dan Sini Taman Saujana Putrajaya PART 2.



Menara Pandang Jauh



Berdiri megah di atas bukit, Menara Pandang Jauh adalah lokasi tertinggi di Taman Wetland Putrajaya. Berketinggian 18 meter, anda boleh menghayati keindahan alam wetland dan habitat yang menghuni didalamnya. Tembusu, mahang merah, dan maggis hutan antara tumbuhan yang boleh lihat ketika berjalan di sekitarnya.









Kolam Flamingo & Tasik Angsa


Kolam Flamingo dan Tasik Angsa merupakan 2 tempat yang berbeza. Antara 2 tempat ni fara lebih suka Tasik Angsa sebab kawasan dan permandangannya lebih memukau. Dihadapan Tasik Angsa ada pulau buatan dan jika bertuah anda boleh lihat sendiri haiwan tersebut diberi makan.






























Kemain Aimi jenguh longkang sampai mommy panggil buat tak tahu. Sergah dia apa lagi!! hahaha..


Peta Wetland Putrajaya




Kawasan Taman Wetland putrajaya anda boleh naik kereta untuk kesetiap tempat. Antara tempat lain yang ada disini adalah kawasan perkelahan, cafe, kawasan memancing, kawasan perkhemahan, wakaf pemerhati burung, aktiviti air dan banyak kali.


Fara hanya melawat kawasan Kolam Flamingo, Tasik Angsa, Menara Pandang Jauh dan Pusat Penghayatan Alam sahaja. Di Pusat Penghayatan Alam masuk adalah percuma. Anda cuma perlu isikan butiran diri di kaunter sahaja.





Bagi yang suka membuat aktiviti beramai-ramai sangat sesuai datang kesini. Boleh search application waze "Taman wetland putrajaya" sebagai rujukan maps. Sekian sahaja laporan Keindahan Taman Wetland di Putrajaya dari cap ibu dan anak! ;)



Baca Keindahan Taman-Taman Di Putrajaya :









2 ulasan:

Maria Firdz berkata...

pernah pergi sekali sini... best dan menenagkan...

Husein Rider berkata...

Cantik sangat tempat tu. Kalau siap ada angin sepoi-sepoi bahasa lagi best..