Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Nasi Arab Restauran Al-Rawsha Shah alam

Assalamualaikum...

Fara memang peminat nasi warna warni macam nasi arab, nasi minyak, nasi kerabu, apa sahaja nasi yang berwarna menjadi favourite fara.

Dah lama nak cari nasi arab yang sedap di Shah Alam ni. Bila terjumpa restaurant Al-Rawsha bertempat di Shah Alam, fara tak lepaskan peluang untuk merasa sendiri keenakan nasi arab disini.




Selain nasi arab, pelbagai menu lain turut disediakam disini. Harga bermula dari RM6-RM22. Kalau jenis yang makan sedikit tu boleh beli sejenis nasi dan kongsi untuk 2 orang. Makanan disini terlajak banyak dia serve. Air pula bermula harga RM4. 



Yang fara pilih ni Set Jordan Maosaf Rm18 sahaja dan Air tembikai RM8. Staff disini sangat ramah dan mesra alam macam kena layanan 5 bintang beb!


Nah, tengok rapat set menu yang fara pilih tadi. Ade 2 ketul ayam. Sekor ayam lagi tersembunyi dibahagian capati yang berlipat tu. Rasa die boleh tahan. kalau tak habis makan nak bungkus pon tiada masalah. Datang nak terus bungkus pon boleh juga taw.


Overall not good la makanan disini. Bak kata Aimi "mmmmmm...dapppp"

Kalau korang tahu tempat lain yang jual nasi arab sedap komen la kat bawah. Fara nak rasa yang lain pula.. 😋

Tiada ulasan:

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di mrs.fara92@gmail.com [PENAFIAN] www.mrsfara.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.