Assalamualaikum..... Hai!! Tiba-tiba rasa nak masak ayam ungkep. Yang fara buat ni sangat mudah dan tidak perlukan bahan yang banyak ta...

Resepi ayam ungkep paling senang

/
0 Comments

Assalamualaikum..... Hai!!

Tiba-tiba rasa nak masak ayam ungkep. Yang fara buat ni sangat mudah dan tidak perlukan bahan yang banyak tapi tetap sedap! Sesuai untuk makan 4 orang.

Bahan masak :

6 ekor bahagian ayam (goreng separuh masak)

Bahan-bahan kisar/tumbuk halus :

2 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
Secubit ketumbar
Secubit jintan manis
Secubit jintan putih
Setengah sudu kecil serbuk kunyit

Bahan tambahan :

Fara tambahkan kentang 2 biji

Cara masak :

Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga agak garing. Masukkan sedikit air untuk bagi berkuah sedikit dan masukkan pula kentang yang dibelah kecil. Biarkan hingga kentang empuk dalam kuali baru masukkan pula ayam. Siap untuk dihidang.


Sangat mudah dan sedap! 






You may also like

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.