Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Rumah penginapan murah di Selangor (Nafas Cube)

NAFAS CUBE

Peminat landscape wajib singgah disini! Alangkah indah kalau dapat sebijik macam ni. Simple, cantik dan sejuk mata memandang. 


NAFAS CUBE merupakan badan induk kepada persatuan-persatuan peladang seluruh negara dan idea asalnya adalah dari Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Shaberry Chik.


Nafas Cube@MARDI meng­ga­bungkan tiga konsep utama dalam pembinaannya iaitu kontena, culvert dan khemah bagi memberikan suasana santai dan sentuhan kontemporari.


Di Nafas Cube juga menyediakan camping site supaya korang boleh membuat aktiviti bersama tersayang seperti berkayak, BBQ, meronda naik basikal,dan aktiviti lain. Fara tak sempat nak ambil gambar bahagian camping site. 


Nafas Cube@MARDI menempatkan tujuh buah kontena, 10 culvert dan 10 khemah yang mampu menempatkan 56 pengunjung pada satu-satu masa


Nafas cube ni bukan Rumah pameran ye. Pada yang ingin merasa duduk rumah dalam kontena, tube atau khemah bolehlah membuat tempahan di Nafas cube. Harganya sangat mampu milik. 

Yang paling best, kawasan di Nafas cube sangat segar ala-ala oversea gitu. Selain itu, pelbagai kemudahan disediakan seperti katil, pendingin hawa, kipas, ruang solat dan bilik air bergantung kepada jenis penginapan

Price per night:

Container (Executive) – RM 180
Container (VIP Family) – RM 250
Container (VVIP) – RM 250
Tube – RM 150
Tent (Khemah) – RM 120



Tidak jauh dari rumah penginapan Nafas Cube, disini anda boleh mengisi perot dengan menu special yang disediakan. Tidak perlu bersusah payah keluar jauh mencari makanan kerana segalanya telah disediakan di Nafas Cube. 


Im so luck girl sebab dapat singgah di Nafas Cube. 



Tiada ulasan: