Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Kaunter Pungutan Zakat Di Buka Setiap Hari | KEMPEN YEZ 2017


Assalamualaikum w.b.t

Pemberian zakat akan menjadikan harta seseorang diberkati, subur dan baik selain menjadikan hati tenang dan sentiasa senang. Oleh itu, Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) terus komited dalam melaksanakan rukun Islam dengan melaksanakan waktu operasi kaunter pungutan zakat selama tujuh hari seminggu termasuk pada cuti umum sepanjang Disember 2017 ini bagi memudahkan pembayaran zakat dibuat


Bulldozer

Di Buka Setiap Hari Selama Sebulan

PPZ- MAIWP senantiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi para pembayar zakat dalam menunaikan tanggungjawab berzakat. Oleh yang demikian, Kempen Yez 2017 (Year End Zakat) dilaksanakan bagi menggalakkan umum berzakat sebelum berakhir tahun 2017. Kempen ini diadakan selama 1 bulan pada bulan Disember 2017 bermula 1 Disember 2017 hingga 31 Disember 2017.



Waktu Operasi Kempen YEZ 2017

Bersempena dengan kempen ini, 11 kaunter PPZ-MAIWP dibuka 7 hari seminggu sepanjang Disember 2017 termasuk cuti umum. Dari jam 8.15 pagi - 4.45 petang. Pada tarikh 26 – 31 Disember 2017 pula, kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi dari jam 8.15 pagi hingga jam 8 malam.


Pelbagai keistimewaan yang bakal diperolehi para pembayar zakat iaitu pemberian cenderahati khas di kaunter-kaunter PPZ-MAIWP iaitu CD MAU’ IZATI oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Kalendar Meja 2018, yang turut mengandungi jadual waktu solat, Buku Siri Rukun Islam yang akan diberikan kepada para pembayar zakat yang membawa anak-anak mereka ke kaunter PPZ-MAIWP serta hadiah cabutan bertuah bagi para pembayar zakat di kaunter PPZ-MAIWP dengan 1 cabutan bertuah setiap hari dari tarikh 1 hingga 29 Disember 2017 dan 20 cabutan bertuah pada tarikh 30 hingga 31 Disember 2017.

Turut ditampilkan, maskot Omar dan Hana (siri kartun terbitan ASTRO) untuk memeriahkan lagi suasana di kaunter Shamelin Perkasa pada 30 dan 31 Disember 2017. Bagi yang tidak berkesempatan membayar zakat di 11 kaunter PPZ-MAIWP pula, umum boleh menunaikan zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP dengan melayari www.zakat.com.my dan berpeluang memenangi 100 cabutan bertuah yang disediakan.


Untuk makluman lanjut sila hubungi Talian Zakat 1-300-88-5757.


'PPZ-MAWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT'










Botaneco Garden Baby | 3 Produk TERBAIK KHAS untuk Bayi



GUARDIAN, gedung farmasi juga peruncit barangan kesihatan dan kecantikan terbesar Malaysia, memperkenalkan rangkaian produk Botaneco Garden Baby bagi memperluaskan rangkaian Botaneco Garden. Produk terbaru tersebut menggunakan kandungan dari sumber alam semulajadi, demi perlindungan yang terbaik untuk si manja


Botaneco Garden Baby



SET Penjagaan Lengkap Dari Kepala Hingga Kaki si Manja


MENYEDARI hakikat kulit bayi yang sensitif, sesetengah ibu bapa begitu cerewet dalam pemilihan produk penjagaan kulit untuk bayi mereka. Ini bagi mengelak kesan sampingan yang tidak diingini seperti alahan terhadap kandungan bahan-bahan kimia yang mungkin tidak sesuai dengan kulit bayi

Memahami kebimbangan itu, Botaneco Garden Baby menampilkan rangkaian produk penjagaan untuk si comel yang dirumus daripada bahan-bahan semula jadi terpilih. Ia juga melalui ujian pediatrik bagi memastikan selamat untuk kulit bayi yang sememangnya begitu halus dan sensitif.



Memberi Perlindungan Optimum kepada Si Manja

Bukan sahaja selamat dan memberi perlindungan optimum buat fizikal si manja, rangakaian Botaneco Garden Baby ini mengandungi seleksi pati tumbuhan istimewa seperti Kamomil organik dan Oatmeal Kolodial dengan tambahan seperti kebaikan minyak zaitun yang lembut membelai kulit serta rambut bayi.

Setiap ramuan dalam produk ini telah lulus ujian klinikal malah terbukti berkesan menurut dermatologi. Formulasi Botaneco Garden Baby adalah bebas paraben, silikon, SLS, SLES, pewarna, linolin dan dari segala bahan yang boleh mengancam kesihatan bayi.

Botaneco Garden adalah produk yang diyakini ramai, ianya berkualiti kerana dihasilkan menggunakan teknologi terkini yang diasaskan di Australia.



BODY LOTION

HAND & BODY CREAM
HYPOALLERGENIC



HEAD TO TOE WASH

Bahan Semulajadi yang Berkualiti Tinggi

Setiap rangkaian produk Botaneco Garden Baby menggunakan bahan-bahan terpilih seperti Estrak Kamomil organik serta Oatmeal Kolodial organik dan juga minyak zaitun yang disahkan eko atau “eco-certified” yang sesuai untuk kulit bayi. Keseluruhan rangkaian produk ini diformulasi dan dihasilkan di Australia.

Ekstrak Kamomil merupakan satu bahan popular dalam aromaterapi dan penjagaan kulit, yang juga boleh melegakan kulit. Oatmeal koloidal memiliki kandungan kanji dan beta-glucan yang menjadikannya bersifat pelindung kulit dan menyimpan air. Ia juga mengandungi anti-oksidan dan kewujudan saponin di dalam oat menjadikannya satu agen pembersih, pelembab, penampan, selain memberi kelegaan.


Produk Terbaik Untuk Bayi Anda

Semua ibu inginkan yang terbaik untuk anak. Jadi, buatlah pilihan yang tepat dalam pemilihan produk agar si manja berasa selesa sepanjang hari.




Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.botanecogarden.com/my]

Kesemua rangkaian Botaneco Garden termasuklah Botaneco Garden Baby boleh dibeli dari cawangan Guardian seluruh Malaysia pada harga RM22.90 hingga RM31.90.










Tips Melangsingkan pinggang dan mengempiskan perut dengan pantas | Shapee

Assalamualaikum..

Ramai di antara kita yang mempunyai masalah perut buncit dan menggelebeh kan? Tidak kira peringkat umur, masalah buncit ini dikatakan musuh pada mereka yang menjaga penampilan diri. Makan tidak terkawal boleh menyebabkan buncit, kurang senaman boleh jadi buncit, bagi wanita yang selepas bersalin juga pasti akan mengalami masalah ini.

Tips Melangsingkan Pinggang dan Mengempiskan Perot dengan Pantas

Jika anda rajin, boleh ikut cara tradisional untuk mengembalikan bentuk badan idaman. Cara tradisional sangat mudah dipraktiskan kerana bahan yang digunakan ada di dapur! Tinggal rajin atau tidak je. Boleh cuba 2 cara dibawah :

1) Mengempiskan Perut

Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan minum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. 

2) Badan ramping Selepas Bersalin

Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, segenggam ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

2 cara ni rata-rata disyorkan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman. Bukan orang dahulu sahaja yang mengatakan hal yang sama malah, bidan dan tukang urut sekarang juga ada yang menggunakan kaedah ini. Tapi kalau nak betul-betul berkesan, pastikan rajin dan amalkan selalu baru nampak perubahan. 

Kaedah Modern VS Tradisional mana lagi bagus untuk mengempiskan perut?

Okay, antara kaedah modern atau tradisional untuk mengempiskan perot dan merampingkan pinggang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Pendapat Fara, sekarang telah banyak produk yang lebih menyenangkan pengguna. Mungkin ada yang selesa cara tradisional dan ada yang lebih suka kaedah modern

Bengkung Modern Untuk mendapatkan pinggang yang ramping serta perut yang kempis

SHAPEE merupakan satu branding yang sangat terkenal dengan produk wanita seperti nursing bra, maternity cloth, bengkung dan banyak lagi. Dua produk yang Fara ingin kongsikan adalah High Waist Body Shapee dan Waist Shapee. Produk ni sangat sesuai bagi anda yang ingin fokus kempiskan perot dan rampingkan pinggang. Inilah yang fara guna Semasa berpantang dan sekarang.


High Waist Body Shapee 

Bahagian perut wajar diberi perhatian serius kerana perut yang tidak dijaga sepanjang tempoh pantang akan mengeleber. Sepanjang tempoh berpantang, Tubuh perlu diurut untuk melancarkan peredaran darah untuk membuang toksid dan kekotoran serta disapu dengan ramuan herba termasuk param dan pilis bagi tujuan membuang angin yang terkumpul di dalam tubuh.  Selepas sapuan, tubuh akan dibalut barut dan dipakaikan bengkung untuk mengembalikan bentuk tubuh asal yang ramping selama 44 hari iaitu selama dalam tempoh berpantang. Boleh dikatakan masa Fara pakai High Waist Body Shapee ni bahagian peha dan perot terasa mampat dan tidak mengelebeh. Rasa selesa dan kain sedap dipakai. 



Image may contain: one or more people

Kelebihan High Waist Body Shapee

> Ultra Firm control
> All over shaping and firming
> Whittles the waist and molds the midriff
> Focuses on those hard to tame love handles
> Gives you control and shape in all the right places


Waist Shapee

Waist shapee pula fara pakai setiap masa. Ia hanya fokus pada bahagian perut. Kalau sebelum ni perut nampak agak mengelebeh dan buncit, masa pakai waist shapee nampak sedikit perubahan seperti perut kempis! 




cara inilah mempercepatkan proses mengempiskan perut. Kehamilan dan kelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot, tulang, urat, sendi, dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil. Oleh itu, berbengkung adalah satu kemestian bagi mengempiskan kembali perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan faraj yang telah regang dan longgar. 




High Waist dan waist Shapee membantu mengembalikan semula bentuk kembali langsing dengan reka bentuk yang lebih moden dan mudah di pakai! Produk ini amat berguna untuk jangka masa panjang kerana Bengkung Moden ini masih boleh dipakai walaupun perut sudah kempis dan selepas habis tempoh berpantang kerana ianya juga mampu menampakkan susuk tubuh badan anda nampak lebih mantap setiap masa.

Kelebihan Waist Shapee

> Total waist smoothing and shaping
> Can be worn 3 ways!
>> Alone as a waist shapee
>> Paired with your favorite shapewear bottom for an instant high waist garment
>> Layered on top of hi-waisted shapewear for extra control!
> Perfect for layering


Tubuh lebih menawan dan ramping dengan Shapee


Rawatan mengembalikan kelangsingan tubuh itu penting kerana selama 9 bulan hamil, perut berubah bentuk dan fara mengalami pertambahan berat badan. Sekirannya rawatan tidak dilakukan, tubuh akan lesu tidak bermaya, muka pucat dan tidak berseri malah tubuh akan mengeleber dan tidak pejal. Fara sangat menjaga bentuk badan dan dengan memakai produk seperti ini sememangnya membantu dalam mendapatkan bentuk tubuh idaman.



Untuk pembelian atau pertanyaan boleh layari laman sesawang di bawah :








Hari Kanak-kanak anjuran DEMC Shah Alam



Sambutan Hari Kanak-kanak baru-baru ini meninggalkan kenangan manis kepada sekumpulan kanak-kanak yang hadir di Hospital Pakar DEMC Shah Alam, Selangor (DEMC), apabila mereka diraikan dengan begitu meriah sekali.


Objektif Sambutan Hari Kanak-kanak

Objektif Sambutan Hari Kanak-kanak dianjurkan adalah untuk meraikan kanak-kanak dan menyayangi mereka selayaknya sebagai seorang insan kecil yang memerlukan kasih sayang dan perlindungan.

Sambutan Hari Kanak-kanak telah dirasmikan oleh Dr Fadzillah Ghazali, Pakar Kank-kanak, selaku salah seorang penaung DEMC Mama & Kids Club.

Pelbagai Aktiviti menarik yang ada

25 November 2017, Hospital Pakar DEMC (DEMC) meraikan Hari Kanak-kanak Dunia dengan tema khas "Generasi kini, pelapis masa hadapan" untuk memperkasa kanak-kanak dalam meneroka dan mengekspresikan diri secara kreatif. Untuk meraikan, DEMC telah menganjurkan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. Antara aktiviti tersebut adalah :
  • Sand Art
  • Face Painting
  • zumba
  • magic show

Face Painting

Tidak sabar kanak-kanak disini untuk melukis dan mewarnakan muka dengan corak yang begitu menarik sekali. Mereka boleh memilih sendiri corak untuk dilukiskan di muka mereka




Zumba

Acara ini bermula dengan sesi Zumba, yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan kanak-kanak mengenai kepentingan kecergasan fizikal. Kanak-kanak dapat berseronok menari sepanjang muzik dalam sesi Zumba.

Sand Art



Permainan ini memerlukan kanak-kanak untuk memilih warna yang sesuai untuk diletakkan di kad  yang mereka pilih. Pelbagai corak dan warna Sand Art disediakan.

Di samping itu, kanak-kanak juga dilayan oleh badut lucu dan maskot Dr. Bunny. Acara ini diteruskan dengan persembahan khas oleh badut dan Dr. Bunny di wad pediatrik. Kanak-kanak dapat menghabiskan masa dan mengambil gambar dengan maskot DEMC Dr. Bunny. Akhir sekali, Acara tersebut disempurnakan dengan pertunjukan ahli silap mata dan upacara penyampaian hadiah.


Penutup Acara

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan juga jutaan terima kasih diucapkan kepada semua Pihak Pengurusan, Doktor Pakar , Kakitangan Demc, Ahli Jawatankuasa dan penaja yang bersama-sama menjayakan Sambutan Hari Kanak-kanak 2017 di DEMC Specialist Hospital Shah Alam.

penutup children's day celebration 2017 -kredit gmbr abg JMR23.com

Mengenai Hospital Pakar DEMC Shah Alam. 

Hospital Pakar DEMC Shah Alam adalah pusat penjagaan kesihatan yang berkembang pesat di Shah Alam yang menawarkan spektrum penjagaan primer, perkhidmatan pakar, dan program kesihatan kesihatan. Hospital Pakar DEMC Shah Alam telah mengukuhkan reputasi yang semakin meningkat sebagai pusat perubatan sehenti eksklusif untuk seluruh keluarga.


DEMC berusaha untuk terus memberikan perkhidmatan yang berbeza dengan komitmen yang tidak kompromi terhadap kualiti perkhidmatan kepada semua pelanggan mereka. bertempat di tengah-tengah pusat bandar Shah Alam di Seksyen 14, Hospital Pakar DEMC Shah Alam kini merupakan bangunan hospital 9 tingkat dengan kapasiti 130 katil yang menawarkan pelbagai 50 kepakaran perubatan dan pembedahan profesional.


DEMC Specialist Hospital Shah Alam
4, Jalan Ikhtisas
Seksyen 14
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan






Bayi Kerap Menangis? Cara Paling Mudah Menenangkan Bayi Anda


Bayi Kerap Menangis?

Tangisan bayi yang berpanjangan pasti meresahkan ibu bapa.  Menangis merupakan komunikasi bayi yang biasanya menandakan bayi dalam keadaan tidak selesa. Ada pelbagai sebab bayi menangis antaranya lapar, letih, mengantuk, kurang selesa kerana lampin basah dan keadaan persekitaran yang sejuk serta panas. Selain itu, punca lain mungkin kembung perut.


Kembung Perut boleh terjadi pada bayi seawal 2 minggu. Cara Kenal pasti Bayi Kembung Perut Bayi anda menangis sepanjang hari tanpa sebab-sebab yang jelas. Masalah perut kembung bayi ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari dan kembung perut melebihi 2 hari.

Oleh itu, amat penting bagi para ibu mengambil langkah yang bijak untuk mengelakkan bayi kerap mengalami masalah kembung perut. Kalau baby asyik menangis siang malam, kita nak buat kerja pun susah. Nak tidur malam pun tak boleh disebabkan tangisan bayi yang berpanjangan. Kita dah la memang penat, kena rehat secukupnya. Jadi, sila cuba langkah berikut untuk mengatasi masalah ini ya.

Punca Bayi Tidak Selesa

Masalah kembung perut pada bayi merupakan masalah yang biasa berlaku dan ianya boleh dielakkan sekiranya anda mencuba beberapa perkara bagi mengurangkan masalah kembung perut antaranya dengan menyapukan balm. Sebelum itu, jom lihat antara punca dan cara atasi masalah kembung perut :


Tips 1 – Dukung dan dakapkan perut bayi ke dada anda

Apabila bayi mengalami kembung perut, cuba dukung bayi sambil mendakapkan perutnya ke bahagian dada ibu. Selain itu, ibu juga boleh tiarapkan bayi dan urut belakangnya perlahan-lahan.

Tips 2 – Dukung bayi lebih kerap di waktu siang

Kajian menunjukkan, mendukung bayi lebih kerap pada waktu siang dapat mengurangkan kembung perut bayi atau elak bayi meragam pada waktu petang kerana kembung perut kerap berlaku pada waktu petang.

Tips 3 – Berhati-hati dalam pemakanan (Bagi bayi yang diberikan Susu Ibu)

Jika bayi yang diberikan susu ibu mengalami kembung perut, ada kemungkinan ianya berpunca daripada pemakanan ibu. Ibu tentu tahu kan apa makanan yang boleh menyebabkan kembung perut? Jadi, elakkan lah. Jika kembung perut terjadi akibat pemakanan ibu, ia akan berkurang dalam sehari dua selepas ibu mengubah pemakanan.

Tasneem Natural Membantu Menenangkan Bayi anda Dengan Pantas

Semasa dalam pantang adalah hari yang paling mencabar apabila bayi fara mengalami kembung. Boleh dikatakan setiap beberapa jam si kecil akan menangis mungkin tidak selesa akibat kembung perut. Segala ikhtiar termasuklah sapu minyak angin telah disapukan pada perut si kecil hanya memberi kesan sementara sahaja. Masa ternampak produk Tasneem Natural di facebook, fara pon cuba la sebab tengok pada testimoninya ramai yang kata bagus.

Keistimewaan Tasneem Natural

Menariknya Produk Tasneem Natural, ianya menggunakan Essential Oil daripada young living. Essential Oil adalah minyak yang dihasilkan secara semulajadi daripada tumbuhan yang berfungsi menghasilkan bauan yang mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Tasneem Natural balm mempunyai 4 jenis balm yang berbeza mengikut kegunaan tersendiri seperti Sleep time, Calm time, Tummy Time, dan CF-Rub Time (COUGHFLU). Setiap kali si kecil selesai mandi, fara akan sapukan "Tummy Time" pada perut untuk mengelakkan kembung. Waktu malam pula, fara akan sapukan balm "sleep time" untuk si kecil tidur dengan selesa dan balm yang lain fara guna bila diperlukan.

Produk ini juga sesuai digunakan dari newborn baby hinggalah orang dewasa. 


Perbezaan yang boleh dilihat setelah menggunakan Produk Tasneem Natural, fara lihat si kecil berasa aman dan selesa waktu tidur mahupun ketika berjaga. Boleh dikatakan si kecil tidak lagi meragam tidak tentu arah. Tasneem Natural adalah balm yang dirumuskan khas untuk bayi dan kanak-kanak. Ia merupakan produk keluaran bumiputera yang diperbuat daripada bahan semulajadi, iaitu essential oil. Jadi, tidak perlu risaulah tentang kesan sampingannya kerana selamat digunakan.

Packaging yang Cantik dan Comel


Packaging Tasneem Natural juga begitu cantik dan comel sekali. Bagi mengelakkan keraguan cara menggunakan balm ini, dibawah fara akan sertakan jenis balm mengikut kesesuaian bayi dan cara menggunakannya

Fungsi Balm dan Cara Menggunakannya :

Calm Time


Seharian anak bermain, sudah pasti badan mereka rasa penat dan letih. Ada kalanya, disebabkan keletihan tersebut mereka jadi tantrum dan suka marah hingga mencampakkan barang pada kita. Begitulah cara si kecil menunjukkan perasaan mereka yang telah keletihan dengan membuat perangai yang akan menjadikan kita sebagai ibu bapa terasa ingin marah sahaja. Calm Time berfungsi untuk membantu memberikan keselesaan dari segi :

Calm Time
  • Memberikan keselesaan kepada bayi
  • Mengurangkan keletihan 
  • Mengurangkan tekanan
  • Bantu anak lebih tenang
Cara guna:
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan

Ramuan:
Lavender, Naval orange, Tangerine, Geranium, Marjoram, Frankinsense, Bergamot, Chamomile

CF-Rub (COUGHFLU TIME)


Setiap bayi tidak akan terlepas daripada masalah demam, batuk dan selsema. Hal ini disebabkan antibodi bayi yang masih lemah dan mudah terkena jangkitan dari persekitaran. CF-Rub berfungsi untuk :
CF-Rub
  • Bantu kurangkan selesema dan cairkan kahak
  • Bantu melegakan asthma
  • Mengurangkan suhu ketika demam

Cara guna:
Sapu pada hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki, dan dada

Ramuan:
Lemon, Sweet orange, Eucalyptus, Cypress, Tea Tree

Tummy Time


Masalah kembung perut pada bayi merupakan masalah yang biasa berlaku dan punca terjadinya masalah kembung perut agak sukar diketahui. Walaubagaimana pun, dengan mencuba balm ini inshaAllah dapat mengatasinya masalah kembung dari berlaku kerana fungsinya :
Tummy Time
  • Membuang angin dalam perut
  • Bantu melegakan perut sebu dan kembung
Cara guna:
Sapu pada perut dan tapak kaki

Ramuan:
Fennel, Ginger, Wild mint, Tangerine, Patchouli, Lemongrass, Anise, Juniper


Sleep Time


Bukan orang dewasa sahaja perlukan tidur yang berkualiti malah bayi juga perlukan tidur yang berkualiti. Apabila kita cukup tidur terutamanya bayi, barulah segala urusan kerja dapat dilakukan dengan tenang kan? antara fungsi balm sleep time adalah :

Sleep Time
  • Membantu anak supaya mudah tidur lena
  • Membantu anak bangun dalam mood ceria
  • Membaiki kualiti tidur

Cara guna:
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan

Ramuan:
Cedar, Vetiyer, Roman chamomile, Sweet orange, Marjoram, Targerine fruit fermet, Ylang ylang

Si Manja Ceria dengan Adanya Tasneem Natural



Alhamdulillah, si kecil sentiasa selesa dan ceria sejak pakaikan produk Tasneem Natural. Hilang segala resah fara melihat si kecil tidak lagi menangis. Yang peling penting, waktu malam si kecil lebih lena tidur berbanding sebelumnya dia suka berjaga dan nampak gelisah. 

Bagi anda yang ingin mencuba produk Tasneem Natural, bolehlah order di laman sesawang di bawah ya :

FB : TASNEEM NATUREL HQ

Ingin daftar Stokis atau Agen juga dialu-alukan. Hubungi no tertera di bawah :

HOTLINE: 011-20964665 (ORDER) , 010-8453469 (DAFTAR AGEN & STOKIS)


TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, JALAN PUTRA KAJANG, TAMAN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR

Testimoni Tasneem Natural :


C:\Users\ADMIN\Downloads\23584405_10208350215471692_1905573680_n (1).jpg



Milkbooster Terbaik MAMTEEN


Bila sudah bergelar seorang isteri sudah pasti teringin untuk melahirkan zuriat dari suami tercinta bak kata orang lama, anak merupakan penyeri dalam kehidupan rumahtangga. Anak jugalah penguat kasih sayang antara suami dan isteri. InshaAllah, semua wanita boleh hamil yang penting usaha, doa dan tawakal semoga dengan izin Allah SWT kita boleh merasa sendiri nikmat mengandung dan bergelar seorang ibu suatu hari nanti.


Cabaran menyusu badan

Susu ibu merupakan sumber makanan yang lengkap. ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi. Niatkan dalam hati anda ingin menyusukan bayi sehingga usia 2 tahun inshaAllah, segalanya akan dipermudahkan olehNYA.

Sesetengah wanita akan mudah menyesuaikan diri dan penyusuan dan tidak menghadapi sebarang masalah. Tetapi kebanyakan ibu-ibu baru mendapati ianya sukar untuk dilakukan. Jika anda rasa kecewa, ingatlah bahawa bukan hanya anda seorang yang rasa begitu. Jika anda berputus-asa, cuba dapatkan dorongan dari suami, keluarga atau rakan-rakan untuk membantu anda menangani masalah tekanan semasa penyusuan. Berbicara dengan mereka yang terdekat agar anda tidak keseorangan menghadapi masalah yang dihadapi.

Ibu mana tidak risau jika bayi tidak dapat menyusu dengan secukupnya kan? Fara percaya bukan fara seorang sahaja yang menghadapi masalah kekurangan susu malah ibu-ibu diluar sana juga mengalami masalah seperti ini.

Untuk memberi yang terbaik buat anak, fara akan ikhtiar sedaya upaya utk beri yang terbaik buat si kecik fara. Fara cuba supplement ini juga disebabkan ramai rakan-rakan yang suggest.


MAMTEEN milkbooster terbaik waktu penyusuan

Tidak mustahil jika milk booster atau makanan tambahan termasuk ubat-ubatan mampu meningkatkan pengeluaran susu badan. Antara supplement yang fara amalkan waktu penyusuan adalah MAMTEEN. Terbukti berkesan sebagai milk booster terbaik pilihan fara.



Fara percaya ramai sudah tahu akan kelebihan supplement yang akan membantu badan untuk menghasilkan sesuatu. Begitu juga seperti MAMTEEN sebagai milk booster yang dapat menyokong waktu penyusuan supaya lebih lancar. Tidak perlu dibancuh hanya kunyah tabletnya sahaja dan rasai sendiri pengaliran susu yang begitu padat sekali. Alhamdulillah, suka sangat bila tengok susu sentiasa cukup untuk si kecik.

 MAMTEEN pelengkap Nutrisi badan

Sejak mengamalkan MAMTEEN, fara semakin berasa tenang waktu penyusuan. Bila lihat si kecik tidur lena, fara berasa syukur kerana supplement untuk milkbooster sememangnya diperlukan oleh fara sendiri. Mungkin makanan yang fara amalkan tidak menucukupi dan MAMTEEN telah melengkapkan nutirisi badan fara. Faktor utama fara memilih MAMTEEN sebagai Milkbooster disebabkan bahan yang terkandung dalam produk ini sukar untuk dicari atau diamalkan dalam rutin harian.


Makanan sunnah yang terkandung di dalam MAMTEEN seperti Kurma, susu, dan delima mengandungi khasiat yang cukup sempurna yang diperlukan oleh badan. Delima berkesan mengurangkan kemungkinan diserang kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser payudara. Manakala Kandungan magnesium dalam susu dapat memberikan kekuatan kepada jantung dan sistem saraf. Dan kurma pula Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin yang membantu memberi tenaga tambahan pada badan



Golongan yang sesuai mengambil MAMTEEN 

💠 IKHTIHAR HAMIL

💠 SEDANG HAMIL

💠 SEDANG MENYUSU

💠 MASALAH PERIOD TIDAK TERATUR

Mamteen bertindak sebagai makanan tambahan yang memberikan tenaga berpanjangan serta menstabilkan hormon wanita. Berat tidak stabil, jerawat, depresi, masalah kesuburan dll kebanyakannya berpunca dari hormon yang tidak stabil.

Bagi wanita yang sedang mencuba untuk hamil juga boleh mengamalkan MAMTEEN. InshaAllah ianya dapat membantu anda untuk menstabilkan hormon dalaman. Kita hanya ikhtiar dan selebihnya tawakal pada Allah SWT.



Info Produk/ Harga MAMTEEN

MAMTEEN – 30 TABLET KUNYAH

RM 65 SEMENANJUNG MALAYSIA
RM 69 SABAH DAN SARAWAK

Testimoni pengguna MAMTEEN :







Kepercayaan dari testimoni pengguna seperti gambar di atas lebih menyakinkan fara sendiri untuk mencubanya.

Ingin dapatkan info lanjut mengenai produk MAMTEEN? Sila layari laman sesawang dibawah:





Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017 anjuran Pusat Pungutan Zakat


Zakat


Pemberian zakat menjadikan harta seseorang diberkati, subur dan baik selain menjadikan hati tenang dan senang. Ia sekaligus dapat mensucikan diri pada pemberi zakat dan menjauhkan sifat bakhil dalam diri seseorang. Pusat Punguntan Zakat (PPZ) ialah organisasi di bwh MAIWP yg menguruskan KUTIPAN ZAKAT sahaja. Manakala semua urusan agihan diuruskan oleh Baitulmal MAIWP. 

Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017 anjuran Pusat Pungutan Zakat 

Pada 10 November 2017, telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017 anjuran Pusat Pungutan Zakat PPZ-MAIWP.


Pertandingan mencipta video ini telah bermula sejak 15 Ogos lalu sehingga 30 September baru-baru ini dan terbuka pada semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun keatas. Pemenang Pertandingan mencipta video kreatif berdurasi 3 minit ini dipilih berdasarkan jumlah "like & share" terbanyak di facebook.

Antara terma dan syarat pertandingan yang lain :

  1. "Like" page Pusat Pungutan Zakat
  2. Tajuk video "Mencari rezeki yang berkat"
  3. Video dirakam dengan hanya menggunakan telefon pintar dan bebas menggunakan sebarang perisian untuk tujuan penyuntingan
  4. Montaj video hendaklah memaparkan logo PPZ-MAIWP dan Caudre Kuala Lumpur
  5. Semua perserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan.

Kreativiti pemenang dalam menyediakan bahan serta pengisian dalam video adalah penting bagi memastikan penilai faham akan maksud yang ingin disampaikan barulah, orang ramai akan "like dan share" video tersebut di facebook.

Tn. haji Mohd Rais Haji Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, merasmikan Pertandingan Video Jom Kreatif 2017 


Majlis dirasmikan sendiri oleh Yang Berusaha Tn. haji Mohd Rais Haji Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP. Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017 ini dihadiri dan dimeriahkan oleh barisan pengurusan PPZ-MAIWP, para pemenang, rakan media blogger dan tetamu undangan.

Barisan Pemenang Mencipta Video Jom Kreatif 2017

Barisan pemenang Mencipta Video Jom Kreatif 2017

Peserta yang bertanding kesemuanya hebat belaka. Kalah dan menang adat dalam pertandingan. Buat mereka yang terpilih, jutaan tahniah diucapkan!

Senarai pemenang Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017 ;

Tempat pertama RM2000 : Muhammad Hanif bin Ngarisan

Tempat kedua RM1500 :
Syahidah binti Baharudin

Tempat ketiga RM1000 : Nurhidayah binti Atmin

Anugerah pilihan ramai RM1000 : Muhammad Hanif bin Ngarisan

Saguhati RM500 x 9 pemenang

Pemenang Anugerah Video Pilihan dan Tempat Pertama Mencipta Video Jom Kreatif 2017


Untuk maklumat lanjut mengenai PPZ boleh klik link di bawah : 


Website : www.zakat.com.my



Facebook Page : www.facebook.com/myzakat







[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di mrs.fara92@gmail.com [PENAFIAN] www.mrsfara.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.