Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Bengkung moden terbaik dari shapee




Assalamualaikum.. hi!

Perkara utama selepas bersalin yang menakutkan para mommies adalah perut membuncit dan menggelebeh selepas melahirkan bayi. Memang tidak dinafikan, selepas bersalin perkara tersebut akan dialami setiap wanita yang bergelar ibu. Tidak kira anda melahirkan bayi secara normal atau pembedahan, perut tetap nampak buncit dan tidak cantik dipandang. Ada kalanya, nak pakai baju pon rasa takut ternampak perut yang buncit itu.

Kali ini, fara nak share salah 1 produk dari shapee iaitu bengkung modern yang mampu mengembalikan perut anda seperti sedia kala. Bagaimana ianya mampu mengembalikan perut asal anda? Dapatkah anda mengembalikan perut seperti sedia kala dalam masa yang singkat? Mudah dan selamatkah produk ini? Haa, kesemua soalan ini akan terbongkar selepas anda melihat sendiri kelebihan serta keistimewaan belly wrap plus+ dan hips wrap plus+



Belly Wrap Plus+





Bengkung ini khas untuk bahagian perut serta reka bentuknya yang mudah dipakai memudahkan anda pakai dan buka. Keselesaan belly wrap plus+ ini sememangnya menepati kehendak mommies kerana bahagian perut anda akan rasa ketat tapi tidak menyakitkan apabila pakai. Bengkung yang biasa jual dipasaran selalunya membuatkan bahagian perut anda tidak selesa kerana reka bentuk serta material kainnya yang tidak sesuai. Tetapi, belly wrap plus+ ini mempunyai reka bentuk yang tersendiri serta tidak rimas ketika memakainya. Perut akan ramping dan membentuk dengan cantik selepas menggunakannya.



Kebaikan Belly Wrap Plus+ Untuk Anda

Ia boleh mula dipakai dalam masa 24 jam selepas bersalin.

Sebagai sokongan kepada perut lepas bersalin agar boleh berdiri dengan lurus dan mudah bergerak. Juga untuk mengelakkan dari berasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin

Bentuknya yang direka untuk keselesaan pemakai. Bahagian bawahnya yang lebih lebar dari bahagian atas untuk memastikan bengkung tidak menggelunsur, tidak bergulung, berlipat atau bergerak seperti kebanyakan bengkung yang ada dipasaran.

Reka bentuknya juga adalah sebagai bantuan kepada tulang belakang buat ibu-ibu yangg baru lepas bersalin. Ia juga berkesan untuk menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan proses kelahiran.

Mudah untuk di pakai. Strap boleh dilekatkan di mana-mana bahagian luar bengkung mengikut keselesaan. Ia juga amat berguna untuk jangka masa panjang kerana Bengkung Moden ini masih boleh dipakai walaupun perut sudah kempis dan selepas habis tempoh berpantang kerana materialnya membolehkan “Strap” melekat di mana-mana bahagian luar bengkung.


Hips Wrap Plus+





Hips Wrap Plus+ ini pula fungsinya untuk memulihkan keadaan bawah perut anda. Selain memulihkan perut menjadi bentuk asal, ianya juga membantu menguruskan atau membuang lemak yang berlebihan pada perut. Jika dipakai dengan kerap, tidak mustahil perut anda akan menjadi cantik seperti anak dara.


Kelebihan Hips Wrap Plus+

Diperbuat daripada bahan elastik yang terbaik dengan kain yang tidak panas membolehkan anda untuk bergerak bebas.

Membantu sokongan perut

Menyokong otot abdomen teras dan membantu kembali rahim kepada saiz asalnya lebih awal.

Hilang inci lebih cepat di perut dan pinggang anda.

Menghilangkan lemak diperut

Membantu meningkatkan penyusuan postur.

Diperbuat daripada bahan-bahan lembut dan tidak panas untuk memberi keselesaan kepada ibu-ibu.

 Mampatan Sangat laras dan sokongan.

Menyokong semua dua belah pelvis, lantai pelvik, bahagian bawah abdomen, pinggul dan belakang yang lebih rendah.





Mereka yang sedang tercari-cari bengkung yang mudah, praktikal dan selesa untuk dipakai dan menyerap peluh boleh mencuba bengkung dari shapee ini sama ada Belly Wrap Plus+ atau Hips Wrap Plus+ .  Kedua-dua produk ini direka khas untuk mereka yang inginkan perut dan pinggang yang ramping. Sesuai untuk Ibu-ibu yang lepas bersalin dan juga wanita yang ingin menguruskan badan. Kelebihan utama produk ini merupakan "strap on" yang memudahkan para ibu memakainya.

Mereka yang ingin mengempiskan perut. Fara pasti ramai diantara kita yang mengalami masalah perut buncit lepas bersalin walaupun berjaya menurunkan berat badan tapi buncit di perut tidak hilang. Ini kerana Bengkung Moden ini boleh dijadikan korset untuk menguruskan badan dan mengembalikan bentuk tubuh idaman. Bengkung Moden ini tidak mengandungi dawai atau besi dibahagian tepi dan belakang seperti kebanyakan korset yang terdapat dipasaran bagi memberikan keselesaan kepada pemakainya.


Untuk keterengan lanjut mengenai produk atau pembelian boleh layari laman sesawang di bawah :

Website :

Facebook :

Instagram :





Tiada ulasan: