Home My Story Travel Review Contest Tutorial

Friso Gold - Susu terbaik untuk simanja


Assalamualaikum... hi!

Susu formula yang bagus, jangan dilihat dari harganya. Akan tetapi kandungan yang ada di dalam susu formula tersebut. Kerana, tidak semua susu formula yang memiliki harga mahal dapat sesuai dengan si kecil. Setiap ibu bapa pasti menginginkan anaknya selalu sihat. 

Akan tetapi pemilihan susu formula juga harus diperhatikan. Ini karena pemberian susu formula yang salah dapat menyebabkan alergi, kembung perut, dan masalah kesihatan lainnya. 


Pengalaman menggunakan Friso Gold

Pengalaman yang sukar Fara lupakan adalah terpaksa memutuskan bekalan susu badan pada simanja kerana had umur yang sudah sepatutnya diberhentikan susu badan iaitu setelah umur 2 tahun. Sudah pasti Fara dan suami akan cari susu tepung yang terbaik buat simanja. 

Perkara yang selalu bermain difikiran adalah susu tepung apa yang bagus? sesuaikah untuk simanja? Banyak lagi persoalan yang tidak mampu dijawab kerana pemilihan susu tepung memainkan peranan penting untuk simanja kekal sihat dengan nutrisi yang dibekalkan oleh susu tepung tersebut.

Setelah beberapa sampel susu tepung Fara cuba pada simanja, kebanyakannya membuatkan simanja kerap kembung perut, rasa kurang enak, tidak mahu makan nasi kerana kerap minum susu sahaja dan ada ketikanya, tidak mahu langsung makan atau minum apa-apa. Kerisauan hati mula terjadi kerana risau simanja tidak memperolehi nutrien-nutrien penting untuk membantu pertumbuhan menyeluruh.

Alhamdulillah, sejak cuba simanja susu tepung Friso Gold banyak perubahan yang terjadi antaranya, simanja lebih banyak makan nasi, tidak mudah jatuh sakit, malah perkembangan simanja dari segi percakapan, perbuatan, tingkah laku turut nampak perubahan. Dalam erti kata lain, susu Friso Gold ni sesuai untuk simanja Fara



Keistimewaan Friso Gold

Badan simanja lebih kuat dari dalam kerana kandungan utama susu tepung ini membekalkan LocNutri iaitu teknologi pemprosesan yang membantu memelihara struktur asal protein susu. Selain itu, ianya juga membekalkan nutrien-nutrien penting untuk membantu pertumbuhan menyeluruh seperti vitamin D, Zink, Taurina, Selenium, DHA, dan GOS pada simanja anda

Friso Gold merupakan produk import dari Holland yang sememangnya terkenal dengan produk tenusu yang terbaik didunia. 

Friso Gold adalah jenama global dan dikenali di lebih 20 buah negara di seluruh dunia.



Penutup tin Friso Gold juga kemas dan ditutup rapi bagi memastikan kualiti susu sentiasa dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan. Dilengkapi dengan tempat letak pencedok khas agar mudah untuk menyimpan penyedok selepas digunakan.


Cara penyimpanan:

Pastikan pencedok sentiasa kering dan bersih
simpan tin ditempat yang dingin dan kering sebelum dan selepas dibuka
Untuk memastikan kesegaran, gunakan kandungan tin ini dalam tempoh 4 minggu selepas dibuka.






Tiada ulasan: