Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Sopoong - Makanan Korea di IOI City Mall


Assalamualaikum... Hi!

Bila banyak tengok drama korea tiba-tiba terasa nak makan makanan dorang. Tengok dalam drama bukan main sedap makanan korea sampai dorang makan maggie pon nampak sedap!

Kebetulan adik beradik nak makan masakan korea so kami pon plan nak makan di sopoong IOI City Mall, Puchong. 

Menu HOT di Sopoong


Set family merupakan menu hot disopoong kerana Harganya lebih murah dan jimat berbanding set alakat


Kami order set Family Hot Pot iaitu Bulgogi Hot Pot yang berharga hanya RM105.90. Antara set nya adalah kimchi, bulgogi, udon, topokki, gyeranjjim, nasi 2 dan air green tea 4.

Set lain pon ada pilih je mana yang korang teringin makan.


Tips ketika nak pilih set menu :

Kalau korang rasa confius nak pilih, kat menu ada tulis sedikit tips yang boleh korang fahamkan maksud makanan yang disediakan. Contoh:

Bap : bermaksud "nasi" dalam bahasa korea
Bibim : bermaksud "campur" dalam korea, (korang kene campurkan makanan tersebut sebelum makan) 

Bimbim tu akan lebih sedap jika korang campurkan makanan tersebut dan rasanya akan lebih menggoda. Sebab tu kalau korang perasan, orang korea suka campurkan kesemua bahan dalam makanan dorang, pastu baru makan. 


Suasan tenang di Sopoong

Tempat yang sangat cantik mata memandang dan servis yang sangat pantas dari pelayan di sopoong memang terbaik. Oh ye, kalau nak tambah air atau lauk FREE tanpa caj tersembunyi. Puas hati nak tambah makanan kat situ.

Inilah dia antara set menu bulgogi hot pot : 

 bulgogi

Topokki


Gyeranjjim

Udon

Topokki dan kimchi



Next time nak rasa menu yang lain pula. Puas hati dan kenyang! Set menu famili tu makan untuk 4 orang ye. Itu pon tak habis makan sebab memang banyak lauk yg disediakan. 




2 ulasan:

Liyana Anuar berkata...

kalau makan ramai2 baru berbaloi lah kot..hehe

Busyra Bt Takiyudin berkata...

wah. bnyk nya.. n nampak sedap!