Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Lazada Birthday Blogger Contest


Assalamualaikum.. hi!

Lazada Birthday Blogger Contest kini bermula guys!! Berita gembira buat semua blogger kaki shopping jangan ketinggalan untuk join contest lazada yang bermula dari 1-23 March 2017. Lazada mencari 30 orang blogger bertuah untuk berkongsi hari jadi dengan anda! 

Syarat untuk join Lazada Birthday Blogger Contest juga sangat mudah dan senang sekali. Apa yang perlu anda buat adalah :

1. Contest bermula dari 1 march hingga 23 march 2017

2. Setiap blogger perlu menulis satu entry and jawab soalan yang diberi oleh Lazada :

a) Apa yang anda suka tentang Lazada Malaysia
b) 3 pilihan utama produk dari website Lazada Malaysia yang anda suka atau idamkan
c) Pada pendapat anda, bagaimana Lazada Malaysia boleh dipertingkatkan lagi?
d) Apakah ucapan Hari Jadi anda untuk Lazada Malaysia?

3. Entry anda haruslah mengandungi "screenshots" untuk 3 produk pilihan seperti yang dinyatakan pada point 2.b

4. Peserta yang bertanding haruslah menghantar link entry anda kepada contest@lazada.com.my dengan bertajukkan : Lazada Birthday Blogger Contest

5. Peserta boleh menggunakan pelbagai bahasa

6. Pemenang akan dipilih secara random

Mudah kan syarat yang dikehendaki Lazada Malaysia? Apa tunggu lagi, jom ajak ramai-ramai join contest ini okay! 

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dengan rasminya Fara pon turut serta contest yang dibuat oleh Lazada Malaysia! Wish me luck guys! 



a) Apa yang anda suka tentang Lazada Malaysia?

Fara percaya, Online shopping pilihan Fara dan juga seluruh kaki shopping semestinya dari website Lazada Malaysia. Kenapa? Paling best tentang Lazada ni ianya menawarkan diskaun yang berganda terutamanya pada hari-hari istimewa seperti black friday, hari raya, gong xii fa cai, dan sebagainya. Fara boleh beli barang dengan harga yang tidak masuk akal! Kualiti memang terbaik dan servis penghantaran juga sangat cepat dan pantas.

b) 3 pilihan utama produk dari website Lazada Malaysia yang anda suka atau idamkan 





Pilihan utama yang menarik perhatian Fara semestinya kamera nikon lebih-lebih lagi warna merah! Di Lazada kamera nikon coolpix B500 digital camera ini hanya berharga RM1075 dan dapat jimat sebanyak 8%. 



Untuk pemilihan laptop, Fara suka jenama Asus sebab ianya merupakan laptop pertama yang fara pakai masa zaman belajar dahulu. Jenama Asus agak tahan lasak dan tidak cepat panas atau hang. Memandangkan laptop fara telah lama rosak sebab berpindah randah, Asus Transformer ini adalah lebih sesuai untuk orang seperti fara selitkan di dalam beg tangan dan boleh buat kerja blogging dimana sahaja. Harga yang ditawarkan di Lazada adalah RM1149 sahaja. Sesiapa yang cari laptop bajet memang sesuailah guna Asus Transformer ni.



inshaAllah untuk bakal baby nanti teringin nak ada Play Gym ni. Boleh fara fokus buat kerja rumah sambil anak-anak leka kat sini. Harga yang ditawarakan juga berbaloi iaitu RM68 dan jimat sebanyak 79% dari harga asal RM320. Play Gym ni ada muzik dan patung comel yang boleh membuatkan anak-anak leka dan selesa baring diatas toto yang disediakan.



c) Pada pendapat anda, bagaimana Lazada Malaysia boleh dipertingkatkan lagi?

So far, Fara tersangat berpuas hati bila shopping di Lazada kerana tidak pernah mengalami sebarang masalah ketika pembelian dan juga penghantaran. Cuma, ada terdengar luahan kawan-kawan lain yang shopping ada masalah sedikit ketika penghantaran yang terlalu lambat. Di harap, Lazada sentiasa mengekalkan penghantaran yang cepat kepada pelanggannya dan jika ada masalah teknikal ketika menghantar barang, perlu di beritahu terdahulu kepada pelanggan melalui panggilan telefon untuk memastikan pelanggan ada dirumah semasa penghantaran. 

d) Apakah ucapan Hari Jadi anda untuk Lazada Malaysia?


Hello Lazada Malaysia! Its me, mrs fara wish you the best ever happy birthday to you. Semoga Lazada Malaysia menjadi TOP 1 Malaysia Online Shopping forever!! 

Related image

Blogger yang nak join dan ketahui lebih lanjut tentang contest ini boleh layari laman sesawang di bawah ini :

Website :


6 ulasan:

afzalsukasuki berkata...

Perghh pilihan kamera tu memang terbaik. Semoga bertuah ye Fara 😁

Mrs FaRa berkata...

Haha.. mmg berkenan sgt camera coolpix tu...

Lea Azleeya berkata...

gut luck fara.. ehh sama lak kite punye laptop.. hahaa.. moga ada rezeki kita fara utk menang contest ni..

Husein Rider berkata...

Kamera nikon tu nampak macam nak bagi suami pegang je. hahaha..
Laptop tu memang sesuai orang macam fara

Mrs FaRa berkata...

Hahaha... Nk kamera... Nkkkk!!!

Hasrul Hassan berkata...

Fuh .. boleh tahan juga pilihan tu ... :)
Goodluck.