Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Resepi Sardin Viral Meletop




Assalamualaikum... Hi!

Masak apa harini? Bila dah ketandusan idea nak fikir menu masak capai ajelah sardin kat almari tu. Alang-alang kat facebook tengah viral sardin sedap meletop fara pon try la buat. 

Memang rasa berbeza dari biasa resepi sardin ni. Ada rasa pedas bercampur bau kari yang harum memang ummmmphh. Berselera makan.

Kentalkan diri untuk masak walaupon kadang tak boleh nak bau sangat dapur gagahkan jugalah. Kalau tak masak lapar pulak baby dalam ni. 

Ok, nak buat sardin viral ni sangat mudah. Bahannya adalah :


5 ulas bawang putih - diketuk
3 biji bawang merah/besar potong biasa
3 tangkai daun kari
2 sudu lada boh
1 sudu kicap manis
1 tin sardin
10 tangkai cili padi
Air 1 cawan
Gula & garam secukup rasa

Cara-cara memasak sardin viral :

Tumis bawang putih dan merah hingga naik bau dan masukkan pula lada boh kacau sehingga pecah minyak. Masukkan pula sardin, daun kari, cili padi dan air biar hingga mendidih. Akhir sekali, letakkan pula kicap, garam dan gula. Siap untuk dihidang.


Sedap makan sardin dengan nasi panas. Selamat mencuba ;)




2 ulasan:

Lea Azleeya berkata...

Macam lea selalu buat cuma tak tarok daun kari jerk.. biasa tarok daun limau purut untuk kasi hilang hanyir ikan sardin tu.. hehe

Jia Rizaira berkata...

Kalau kat ofis. Lunch mesti nak cari sardin. Dulu sardin murah lagi. Tapi skrg ni boleh tahan mahal gak.