Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Pengalaman hyperemesis gravidarum semasa awal kehamilan


Assalamualaikum... Hi!


Mengandung kali ke-2 ni agak hebat sampai tiada selera makan langsung. Start dari minggu ke 6 hingga ke minggu 16 selera makan memang susah nak cari. Orang kata tu semua mainan minda so kene fikir positif, pelbagai cara fara buat supaya selera ada tapi tetap sama. Kadang tu kecik hati bila orang kata jangan ikutkan sangat perasaan tu, tapi hakikatnya memang tiada selera langsung. Bukan fara sengaja buat-buat atau ikutkan perasaan, dah memang begitu waktu hamil.

Kebetulan masa sebelum check up di klinik kesihatan, malam tu fara tak berapa sihat, nak makan atau minum semua muntah. Badan tak boleh terima ape2 makanan atau minuman langsung. 


Jadi, keesokan hari untuk check up memang semua tanda merah pada buku pink. Dengan tak dapat makan atau minum, ditambah pula dengan batuk dan badan yang agak panas memang ke hospital la tempatnya. 

Hyperemesis Gravidarum ni dalam erti kata bermaksud si ibu yang hamil tidak boleh menerima makanan atau minuman ketika kehamilan. Faktor utama yang menyebabkan ianya berlaku disebabkan faktor hormon. Kekurangan berat badan juga boleh terjadinya hyperemesis gravidarum dimana si ibu yang hamil tidak mampu untuk makan atau minum hingga menyebabkan turun berat badan dan kesannya boleh menyebabkan bayi didalam kandungan tidak menerima zat yang secukupnya. 

Walaupon Hyperemesis Gravidarum ni nampak remeh tapi kesannya boleh memudaratkan si ibu dan juga bayi. Berkemungkinan boleh menyebabkan keguguran jika dibiarkan.


Bende yang paling tak suka bila di hospital mudah sangat berasa bosan. Rasa 5 minit tu macam 2 jam lamanya. Tidur pun terganggu sebab nurse kerap  datang check tekanan darah dengan suhu badan. 




Perkara yang paling dirindukan bila berjauhan semestinya anak. Waktu ni duduk termenung je fikir anak tengah buat apa, dah mandi ke belum, makan apa dirumah, semua bende tentang anak fara rindukan. Bila sekarang dah zaman modern ada Whatsapp bolehlah voice call dengan anak. Dapat dengar suara anak dah buat fara cukup kuat kat sini.

Sepanjang berada di hospital fara cuma fikir lawan perasaan sebab nak cepat sembuh dan balik rumah bermain dengan anak. 

Sejak keluar dari hospital fara set kat minda kene makan untuk baby. Baby perlu cukup zat. Walaupon kadang kala rasa loya yang teramat, fara makan juga untuk baby. Fara anggap itu semua mainan minda. Kawan-kawan banyak nasihat cari makanan yang baby suka, makan buahan, dan ada yang beri tips untuk kurangkan loya. Terima kasih diatas tip dan nasihat yang sangat berguna. Fara berjaya hilangkan loya dengan tip yang diberikan. 

Untuk ibu-ibu yang sedang hamil, semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Sentiasa jaga diri dan kandungan baik-baik. 


2 ulasan:

PeRdU cINta berkata...

InsyaAllah mana tahukan dengan kehadiran Ramadhan semuanya berubah...ameen.

Elih Japahar berkata...

Masa isteri sy mengandung anak pertama, saya dan isteri tak berselera makan..hidu bau nasi pun nak muntah, hilang banyak berat badan..haha.