Home My Story Travel Review Contest Tutorial

Resepi sotong goreng kunyit berkuah paling sedap


Sotong bila dibuat berkuah ditambah pula dengan rasa yang pedas sambil makan dengan nasi panas memang bertambah 2 pinggan.

Kebiasaannya, bila ada sotong dirumah fara suka buat goreng kunyit berkuah daripada goreng biasa. Minat sangat dengan makanan pedas dan berkuah sejak kecil lagi. Sehari tak makan pedas rasa tak lengkap.

Tambahan pula pada bulan puasa menu sotong goreng kunyit berkuah menjadi pilihan utama fara. Nak buat masakan ini pun sangat senang dan mudah.

Bahan-Bahannya :

5 ekor sotong - sederhana besar
1 biji bawang besar - dipotong nipis membulat
2 biji bawang putih - tumbuk halus
10 biji cili padi - tumbuk halus
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar kicap lemak manis JALEN
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh lada hitam - ditumbuk kasar
1/2 kiub pati ayam
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara masak :

Sotong yang telah dipotong digaul dahulu dengan kunyit dan letakkan garam kemudian perapkan sementara dalam 5 minit. Tumis bahan tumbuk hingga agak garing kemudian masukkan sotong yang telah diperap tadi. Kemudian, masukkan kicap lemak manis Jalen, sos tiram dan 1/2 kiub pati ayam kedalam kuali. Tambah sedikit air. Kuantiti air boleh ikut cara sendiri sama ada suka kuah sedikit atau banyak.  Biarkan mendidih seketika dan Siap! Jangan masak lama sangat takut liat pula sotongnya.


Selamat menjamu selera 😉



4 ulasan:

Shahida Dzulkafli berkata...

Adoi.. Asyik nampak sotong je..

Lea Azleeya berkata...

Perghhh terliur lea fara oiiii.. Nape kejam sangat ni.. Hahaha.. Nanti lea try yek.. Memang nampak sedap sangat..

Normi Nieza berkata...

sdap tu..:)

Mrs FaRa berkata...

Selamat menjamu selera ya.. :)