Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Cara memilih Syampoo mengikut jenis Masalah Rambut






Assalamualaikum... Hi!

Faktor cuaca yang panas sering merisaukan wanita lebih-lebih lagi bagi mereka yang berhijab kerana menutup rambut sepanjang hari boleh mengakibatkan rambut mudah berminyak dan mengakibatkan kelemumur. Ketidakselesaan ini akan membuatkan individu berasa kurang keyakinan diri dan tidak selesa.

Syampu yang sesuai dengan jenis rambut adalah penting untuk memastikan rambut dan kulit kepala anda kekal sihat. Pemilihan syampu yang tepat pada kulit kepala boleh merawat masalah yang dihadapi oleh kulit kepala.

Penyelesaian masalah kulit kepala boleh dihindari jika anda mengikut tips yang diberikan dibawah. Sebagai contoh, jika anda menghadapi jenis kulit kepala berkelemumur, haruslah mencari yang jenis anti kelemumur. Jika dipakai selain dari masalah kulit kepala anda, tidak hairanlah masalah kulit kepala anda semakin teruk. Jadi, buatlah pilihan yang tepat dalam pemilihan syampu.


Terbaru!! Rangkaian Syampu Shurah menampilkan 4 set berbeza KHAS untuk Wanita Bertudung

Syampu Shurah Ariana telah diperkenalkan untuk membantu dalam penjagaan rambut wanita terutamanya wanita berhijab. Ia diperkaya dengan bahan aktif semulajadi DANDRILYS yang mampu mengurangkan kelemumur dan ia lebih efisyen berbanding molekul anti-kelemumur terkenal, Zinc Pyrithione (ZPT). Ia berupaya mengurangkan kerengsaan, ketidakselesaan akibat kegatalan dan mengawal pengeluaran minyak pada kulit kepala. Selain itu, bahan aktif Farnesol dan aroma wangian yang disertakan dengan teknologi pengurangan bau akan membuatkan rambut kekal harum dan segar sepanjang hari.

Rangkaian syampu Shurah Ariana baharu ini hadir dalam empat set berbeza untuk menangani pelbagai masalah rambut khususnya rambut wanita berhijab.


  1. Botol Pink - Lembut Dan Bersinar atau Smooth & Silky Hair, dirumuskan dengan pati buah tin dan delima yang membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kekotoran. Kandungan bahan antioksidan yang tinggi memelihara kesihatan kulit kepala walaupun berhijab sepanjang hari.


  1. Botol Hijau - Anti Kelemumur atau Anti Dandruff, diformulasi dengan bahan aktif Octopirox dan Menthol dapat mengurangkan masalah kelemumur melalui pengawalan minyak berlebihan, mengoptimumkan tahap sebum serta melindungi dari unsur-unsur luar. Kandungan menthol di dalam syampu ini juga membuatkan kulit kepala dan rambut anda kekal sihat, menawan dan segar sepanjang hari.


  1. Botol Oren- Rambut Kering & Rosak atau Dry & Damaged Hair, diadun menggunakan ekstrak minyak Argan, minyak Jojoba, Vitamin A, B5 dan E yang berupaya membekalkan nutrisi mencukupi untuk mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut lebih lembut, subur dan bermaya. Vitamin A memberi kelembapan berkekalan kepada kulit rambut. Vitamin B5 menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur, membantu mengawal kerosakan rambut akibat terdedah kepada panas dan mengurangkan masalah rambut bercabang. Vitamin E pula mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya.


  1. Botol Biru - Kawalan Rambut Gugur atau Hair Fall Control diperkaya dengan protein dan minyak zaitun untuk menguatkan, memperbaiki serta melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat. Kandungan minyak zaitun membantu mengawal kesan anti radang pada kulit kepala. Bahan anti oksidan pula menyubur dan menguatkan akar rambut serta mengurangkan kelemumur.



Seleksi syampu Shurah Ariana boleh didapati di  :

pasaraya dan farmasi utama seluruh negara 
RM12.30 untuk 330ml 
RM7.90 untuk 170ml


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian Shurah Pencerah, anda boleh layari:

Facebook Shurah Malaysia : https://www.facebook.com/ShurahMalaysia/

Instagram : https://www.instagram.com/shurahmalaysia/

Untuk pembelian di dalam talian: http://www.jetaine.com/shop/



Tiada ulasan: