Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Bio Oil -Menghilangkan parut lama dan baru dan kulit tidak sekata


Assalamualaikum.. hai!

Bio oil adalah produk penjagaan kulit yang disyorkan untuk membantu memperbaiki kesan parut, regangan kulit dan kulit kering.

Ia mengandungi ramuan PureCellin Oil yang mengurangkan ketumpatan formulasi. Ini menjadikan Bio Oil mudah diserap dan membantu penghantaran ramuan aktif Vitamin A dan E, serta minyak tumbuhan semulajadi kalendula, lavender, rosemary dan kamomil.

Bio Oil adalah mudah diserap dan tidak berminyak. Ia juga sesuai untuk kulit sensitif yang diformulasi untuk kegunaan pada muka dan badan.

5 kesan memakai Bio Oil dan fungsinya

Parut

Bio oil membantu memperbaiki kesan parut samaada baru atau lama.

Cara pakai

Sapu bio oil pada parut dua kali sehari, urut dengan hujung jari pergerakan membulat sehingga diserap sepenuhnya. Gunakan selama 3bulan minima. Jangan gunakan pada kulit luka.

Regangan kulit

Bio oil diformulasi untuk mencegah kemungkinan pembentukan regangan kulit semasa perubahan saiz badan seperti kehamilan, peningkatan remaja, dan kegemukan

Cara pakai

Sapu bio oil dua kali sehari pada bahagian yang paling mudah mendapat regangan kulit.

Sepanjang kehamilan, sapu bio oil pada perut, pinggul, payudara, pinggang dan peha dua kali sehari dari permulaan trismeter kedua

Warna kulit tidak sekata

Bio oil membantu memperbaiki kesan pigmen dan cela yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, pencerahan kulit dan pendedahan pada sinar matahari.

Cara pakai

Sapu bio oil dua kali sehari, urut dengan hujung jari pergerakan membulat sehingga diserap sepenuhnya. Gunakan selama 3 bulan minima.

Penuaan kulit

Bio oil membantu melicinkan serta menegangkan kulit yang mengalami penuaan dan kedutan pada muka dan badan.

Cara pakai

Sapu bio oil dua kali sehari, urut dengan hujung jari pergerakan membulat sehingga diserap sepenuhnya.

Kulit kering

Bio oil membantu menambahkan minyak kulit yang terhakis oleh faktor-faktor seperti cuaca yang melampau, kandungan kimia yang tinggi dalam air, mandi yang kerap dan kesan pengeringan disebabkan sistem pemanasan atau penghawa dingjn.

Cara pakai

Sapu bio oil selepas mandi, pendedahan pada sinar matahari atau berenang. Urut pada kukit, berikan perhatian pada bahagian badan yang kering. Bio oil juga boleh digunakan sebagai minyak mandi



Arahan dan langkah pencegahan

Hanya untuk kegunaan luar sahaja. Jangan gunakan pada kulit yang luka. Jika terdapat keradangan pada kulit, hentikan penggunaan. Kesan mungkin berbeza bagi setiap individu. Simpan ditempat yang dingin jauh dari pancaran matahari.

Botol kedua menggunakan bio oil memang puas hati. Perubahan seperi tona kulit lebih sekata, parut semakin pudar dan kesan regangan kulit ketika hamil semakin hilang. 





Tiada ulasan:

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di mrs.fara92@gmail.com [PENAFIAN] www.mrsfara.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.