Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Lukisan Mural Sempena Merdeka di BEACONHOUSE SRI LETHIA, Klang bersama Yusof Gajah



24 Ogos 2017, telah berlangsungnya satu sambutan sempena Hari Kemerdekaan yang bakal tiba tidak lama lagi di sebuah sekolah terkenal iaitu BEACONHOUSE SRI LETHIA, Klang dengan bertemakan "Lukisan Dinding atau Mural"


Apa itu Mural?

Mural (Lukisan dinding)

Mural berasal dari kata ‘murus’ kata dari Bahasa Latin yang membawa maksud dinding. Dalam erti kata lain, mural adalah lukisan berukuran besar yang dilukis pada dinding (interior ataupun eksterior), langit-langit, atau dalam canvas yang besar. 

Lukisan dinding atau mural adalah sesuatu lukisan yang menyenangkan kerana mengisi ruang kosong dengan cara berkreasi dan dapat menyentuh sisi emosi, memberikan nilai filosofis, dan memberikan sisi energi positif.

Yusof Ismail (Yusof Gajah)

Sempena sambutan 60 Tahun Merdeka, ilustrator antarabangsa artis dan ilustrator buku kanak-kanak, Yusof ismail (atau lebih dikenali sebagai Yusof Gajah) telah mengetuai dan membimbing seramai 176 pelajar yang menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Sekolah BEACONHOUSE SRI LETHIA berkonsepkan lukisan mural iaitu "our wonderful wildlife", "truly traditional", "on land and under the sea" dan "Malaysian culture", dan sebanyak 8 lukisan akan dipilih secara peribadi oleh Yusof Gajah untuk dipamerkan di dinding sekolah tersebut.

Puan Sanam

Puan Sanam merupakan pengetua sekolah Beaconhouse Sri Lethia Klang turut menyampaikan sedikit ucapan kepada para pelajar yang menyertai pertandingan ini dan ucapan penghargaan pada para tetamu yang hadir.

Pengetua Beaconhouse Sri Lethia sangat menggalakkan lagi kreativiti di dalam kalangan pelajar melalui pertandingan seni sebegini kerana terdapat kepelbagaian di dalam Malaysia seperti budaya, tradisi, hidupan liar dan juga hidupan marin dan beliau berasa amat berbangga kerana dapat menyaksikan sendiri pelajar beliau bersemangat dan mempunyai nilai patriotisme yang tinggi dengan mempamerkannya ke dalam lukisan mural.


Tuan Yusof Gajah turut membantu dan menilai sepanjang pertandingan ini berlansung dari pukul 10.30 pagi hingga 3.30 petang








Inilah dia 8 pemenang yang dipilih oleh Tuan Yusof Gajah. Tahniah buat semua pemenang :







8 lukisan tersebut akan dipamerkan di dinding sekolah tersebut untuk membangkitkan lagi semangat kemerdekaan yang ke 60 tahun Merdeka.
Fara juga tidak lepaskan peluang bergambar sebagai kenangan bersama Tuan Yusof Gajah


Tuan Yusof Gajah berpendapat bahawa kanak-kanak yang membawa karya seni ke dalam kehidupan menjadikan mereka lebih gembira dan memberikan mereka lebih bersemangat untuk mempamerkan kreativiti mereka dengan cara tersendiri. Tuan Yusof Gajah ingin memupuk idea dan keberanian untuk disematkan ke dalam jiwa kanak-kanak dimana kreativiti adalah khusus dalam setiap kanak-kanak.


Untuk maklumat lanjut mengenai Beaconhouse Sri Lethia, sila layari :











Tiada ulasan: