Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Cara/Tip Mencegah Kerosakan Gigi Daripada Berlaku


Kepentingan Gigi

Ramai yang masih memandang remeh tentang penjagaan gigi walaupun sedia umum mengetahui kekurangan amalan penjagaan mulut mampu memberi kesan kepada emosi. Namun begitu, penjagaan gigi yang betul termasuk membersihkan gigi dengan kerap mampu mencegah masalah tersebut. Malahan gigi yang bersih dan cantik sebenarnya memberi keyakinan kepada orang yang menjaganya dengan cara yang betul. Kesihatan gigi atau mulut sangat berkait rapat dengan kesihatan keseluruhan tubuh seseorang, malah doktor dan saintis terus mencari hubung kait antara penyakit mulut dengan penyakit lain.

Image result for song ji hyo


Cara/Tip Penjagaan Gigi yang Betul

Sekiranya anda tidak membersihkan gigi dengan baik setiap hari, risiko mendapat pereputan gigi akan meningkat. Tanda-tanda awal pereputan gigi termasuk lubang pada gigi, kesakitan ketika menggigit atau rasa sensitif dan sakit gigi. Oleh itu, beberapa tip mencegah gigi daripada rosak disebabkan bakteria ini mungkin berguna kepada anda. Jika kita memiliki gigi dan gusi yang sihat, maka kuranglah bakteria yang akan masuk ke dalam salur darah dan merebak ke bahagian tubuh lain, malah kualiti hidup akan menjadi lebih baik.

     1. Lakukan Pemeriksaan Ke Klinik Pergigian

Related image
  • Buat lawatan ke klinik gigi untuk pemeriksaan dan scaling. Cari doktor gigi yang sanggup meluangkan sedikit masa berbincang tentang penjagaan gigi, dan anda perlu tunjuk minat tentang kesihatan mulut dan gigi. Jika anda telah melakukan disiplin penjagaan gigi dengan betul, rutin berjumpa doktor gigi dua kali setahun boleh bertukar kepada sekali setahun sahaja.
  • Mengehadkan pengambilan makanan dan kurangkan memakan makanan ringan terutamanya yang mengandungi gula.

       2. Teknik Memberus Gigi 

Related image
  • Menerapkan tiga elemen sewaktu mencuci gigi iaitu berus, flos, dan kumur. Bukan hanya memberus. Sangat penting mulut dijaga bersih dengan tiga elemen ini kerana plak adalah punca masalah utama mulut seperti bau busuk, pereputan gigi dan penyakit gusi.
  • Berus gigi dua kali sehari dan menggunakan flos sekurang-kurangnya sekali sehari. Semasa memberus gigi, halakan berus 45 darjah ke arah gusi dan putarkan kepala berus dalam gerakan bulatan dengan perlahan. Sebaik-baiknya berus gigi di hadapan cermin supaya anda nampak bahagian mana yang telah diberus dan bahagian mana yang tertinggal.
       3. Guna Berus Gigi yang sesuai

  • Gunakan berus gigi yang sesuai dan tukar setiap tiga bulan. 
  • Memilih berus gigi yang betul serta mempunyai kebolehan menyingkir plak adalah penting bagi mengekalkan kesihatan gigi yang baik
  • Dalam usaha membantu meningkatkan tahap kesihatan gigi dan gusi rakyat Malaysia, Oral-B telah memperkenalkan berus gigi yang direka khas untuk penyingkiran plak secara efektif seperti berus gigi Oral-B CrossAction Massage.
  • Antara ciri unik berus gigi tersebut adalah CrisCross bristles (berus silang pangkah) dan gum stimulators (stimulator gusi) yang dapat membantu menyingkirkan plak dengan lebih efektif
       4. Guna pencuci mulut berflorida

  • Sebaiknya, kumur dengan pencuci mulut berflorida sekali sehari sebelum tidur tapi mesti digunakan selepas beberapa minit memberus gigi.
  • Dinasihatkan 30minit sebelum dan selepas menggunakan ‘mouthwash’ ini jangan ambil sebarang makanan. Pilih pencuci mulut berflorida yang tiada kandungan alkohol kerana ia boleh menyebabkan ‘ulcer’ bagi yang mempunyai gusi sensitif.

Kesihatan Diri Bermula dari mulut

Kesihatan yang baik bermula di mulut. Ini kerana permulaan proses pencernaan makanan ataupun permulaan sistem penghadaman berlaku di dalam mulut kita. Kebolehan untuk mengunyah dan menghadam makanan juga merupakan satu faktor penting dalam menjaga kesihatan diri.

Mulut yang bersih dapat mengurangkan risiko mendapati penyakit gigi seperti periodontitis yang boleh menyumbang kepada permulaan penyakit serius seperti penyakit jantung dan kencing manis.

IBKEEO Mencuci Mulut Dengan Bersih, Mencegah Gigi daripada Rosak dan Memutihkan Gigi Anda

Rakyat Malaysia perlu memberi keutamaan kepada kesihatan gigi bagi mengekalkan gaya hidup yang sihat dan perlu berhati-hati dalam pemilihan pemakanan. Pencegahan plak harus di mulakan di rumah dengan amalan dan penggunaan alatan pembersihan gigi, seperti berus gigi, yang betul dan mencuci mulut menggunakan Premium Mouthwash dari IBKEEO.


Dengan menggunakan IBKEEO Premium Mouthwash ini gigi anda dapat dilindungi dari kerosakan. Malah, ianya juga boleh mengurangkan masalah nafas berbau. Sememangnya produk yang menjaga kebersihan mulut dengan begitu hebat sekali!

Lihat Bagaimana Ianya berfungsi membersihkan mulut



Pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. lihat sendiri gambar diatas bagaimana Plak dapat di singkirkan secara efektif dengan IBKEEO Premium Mouthwash. Di sarankan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali setiap hari, selepas makan, dengan menggunakan berus gigi yang betul kemudian baru menggunakan IBKEEO Premium Mouthwash untuk kesan yang menakjubkan.

Selamat Tinggal Bakteria Jahat!!


Usah risau lagi jika selepas makan ada makanan yang terselit di celah gigi. Hanya kumur-kumur dengan Premium Mouthwash gigi anda bebas dari bakteria.

Perokok juga boleh menggunakan IBKEEO Premium Mouthwash


Perokok adalah dua kali lebih terdedah kepada masalah pergigian daripada bukan perokok. Kebersihan mulut yang baik akan mengurangkan kesan nikotin dan mengurangkan jangkitan Leukoplakia. Walaupun anda masih merokok, tidak salah untuk mencuci mulut menggunakan Premium Mouthwash ini. Sekurangnya gigi anda masih dalam keadaan baik dan terjaga.

Cara Menggunakan IBKEEO Premium Mouthwash

Dengan hanya 4 langkah mudah penggunaan Premium Mouthwash gigi anda dilindungi setiap masa!


Ikut Step pada gambar diatas bagaimana cara pemnggunaan Premium Mouthwash :

Langkah pertama : Letakkan 10-15ml IBKEEO ke dalam cawan kosong
Langkah Kedua : kumur-kumur dalam 20 ke 30 saat
Langkah Ketiga : Meludah keluar ke dalam cawan kosong tadi dan anda akan melihat sisa protein yang kelihatan!
Langkah Keempat : Nikmati gigi segar dan kebersihan mulut yang sihat


Senyuman menjadi indah dengan adanya IBKEEO Premium Mouthwash 

Senyuman itu mampu membuat hati yang resah berasa tenang. Dengan tersenyum anda lebih berasa yakin dan ceria selalu. Percaya tak, dengan disebalik sebuah senyuman itu juga memiliki makna dan manfaat yang mendalam. Meskipun hanya sekejap, senyuman dapat menjadi sebuah kenangan yang terpahat selamanya. Senyum dapat membuatkan orang disekeliling kita turut berasa gembira dan selesa. Kegelisahan dapat ditenangkan dengan senyuman yang juga mendatangkan keceriaan bagi yang berkecil hati serta suasana kegembiraan bagi yang sedih.



Jika anda seorang yang.......

inginkan gigi yang putih
suka tersenyum
perokok
memakai pendakap gigi
penjaga keberishan

cubalah Premium Mouthwash dari IBKEEO ini. Selain mencegah bakteria ianya juga boleh memutihkan gigi yang kuning, menyegarkan mulut, melindungi gigi dari cavity dan sekaligus menguatkan gigi. 4 Bahan asasnya iaitu Ginseng, Tea Tree, White Peony, Allantoin, dan Licorice masing-masing mempunyai khasiat yang tersendiri untuk kesihatan gigi dan mulut.



Macam mana nak dapatkan IBKEEO Premium Mouthwash ni? Senang je.. Layari atau buat tempahan melalui laman sesawang dibawah :









8 ulasan:

Jia Rizaira berkata...

Ramai orang boleh berus gigi tapi belum tentu caranya betul. Macam sayalah. Gigi tak cantik dah. Nak senyum kena katup mulut. Hahaha

Mrs FaRa berkata...

Hehe... Kene rjin pergi klinik utk pemeriksaan... blh cntikkan gigi kembali...

Cik Puan Ena berkata...

penjagaan rapi gigi tu amat penting.. setiap tahun mesti scalling gigi ni kt klnik..kalau tak rasa xconfident je nk cakap kn..hehe..

Mrs FaRa berkata...

Iye.. betol tu cik puan ena....

Elih Japahar berkata...

Memang penting...alahai, lawanya Song Ji Hyo tu ermm..haha..

Mrs FaRa berkata...

hahaha... mmg lawa... minat die tu yg letak... :D

Hasrul Hassan berkata...

Ramai yang tak tahu cara jaga gigi dengan betul. Benda simple macam teknik memberus pun ramai yang masih buat cara yang salah, termasuklah saya ni .. hahaha
...
Tapi lepas dah tahu, memang buatlah.

Blogzine Peribadi HASRULHASSAN.COM

Mar Mansor berkata...

besar juga botalnya tu
JanjiKita