Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Colmar Tropicale Berjaya Hills, Menarik ke Tidak?


Short Vacay | Colmar Tropicale Berjaya Hills


Gerak pada jam 9.00am dan tiba di Colmar Tropicale pada 11.00am dan tidak berlalu kesesakan lalu lintas melancarkan perjalanan kami seisi keluarga. Hanya mengambil masa dalam 1 jam dari shah alam menghala ke Colmar Tropicale Berjaya Hills kiraan perjalanan ke sana termasuk berhenti sarapan di RnR Genting Sempah. 

Keseronokkan berganda apabila kesemua adik-beradik ikut sama untuk kesini dan dapat merapatkan hubungan silaturahim kekeluargaan. Keinginan untuk kesini sudah lama tapi tidak berkesempatan kerana tiap kali sudah merancang, pasti ada halangan yang menghalang. Alhamdulillah, 19/8/2017 baru dapat tunaikan hajat untuk menikmati keindahan Colmar Tropicale Berjaya Hills yang terletak di Bukit Tinggi, Pahang.

Jalan-jalan masa tengah sarat mengandung ni ada kalanya seronok juga sebab dapat tingkatkkan stamina diri bak kata orang, boleh memudahkan waktu bersalin nanti pembukaan akan lebih cepat buka. Selain amalkan buah kurma 7 biji setiap hari dan minum 1 sudu minyak zaitun dapat memudahkan proses bersalin. Ini antara tips mudah bersalin yang inshaAllah fara sendiri akan amalkan.



Apa yang menarik di Colmar Tropicale Berjaya Hills?

Memang tidak dinafikan, setiap orang mempunyai maksud keseronokkan mereka yang tersendiri. Bagi Fara, Colmar Tropicale ni sangat sesuai untuk short vacay kerana korang boleh habiskan kesemua tempat dalam ni hanya dalam setengah hari sahaja!

Antara tempat menarik yang ada di Colmar Tropicale antaranya Taman Botani, Japanese Village, Adventure Park, Horse Trail, Animal Park dan banyak lagi. Fara hanya berkesempatan pergi ke Japanese Village dan Animal Park sahaja.

Keindahan bangunan French Theme paling menarik perhatian ramai terasa bagai di luar negara. Keadaan struktur bangunan dan reka bentuknya sangat unik dan membuatkan sesiapa yang memandang pasti akan jatuh cinta. Selain itu, Pada waktu pagi, cuaca di sini sangat dingin membuatkan diri berasa tenang dan damai.



 Harga Tiket Colmar Tropicale Berjaya Hills

Dewasa : RM15


Fara tidak ingat harga tiket untuk kanak-kanak bawah umur berapa tidak dikenakan bayaran al-maklumlah anak fara dan anak buah yang lain semua bawah umur 6 tahun free masa masuk kesini. Untuk makluman, harga tiket yang korang bayar di counter masuk awal sebelum sampai ke French Theme sudah termasuk dalam bayaran ke Taman Botani dan juga Japanese Village. Bas juga ada disediakan disini untuk memudahkan korang bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Jika ingin menaiki kenderaan sendiri juga dibolehkan kerana bas hanya mengambil penumpang mengikut jam yang telah ditetapkan sahaja. Jika ketinggalan bas, korang terpaksa menunggu bas dalam 1-2 jam berikutnya. 


Japanese Village


Paling excited nak ke Japanese Village sebab tengok di google taman dan rumah Jepunnya kecil dan comel sekali. Untuk ke Japanese Village korang kena menaiki tangga yang agak tinggi dan selepas itu, jalan kaki lagi beberapa meter untuk sampai ke destinasi. Sejujurnya, masa menaiki tangga dan berjalan kaki memerlukan stamina yang kuat. Fara hampir give up masa menaiki tangga tapi disebabkan tengok muka anak-anak yang tengah happy terus kuatkan semangat.

Mujurlah anak-anak waktu ni masih dalam mood yang masih baik dan tidak meragam penat. 



Inilah dia rumah jepun yang fara maksudkan sebentar tadi memang kecil dan cantik. Nak merasa pakai kimono jepun juga boleh hanya sewa RM15 seorang dapatlah photoshoot ala-ala berada di jepun. Fara tidak berkesempaian untuk pakai sebab kurang sesuai dengan keadaan perut yang membesar ni.











 French Themes


Suka sangat dengan bangunan yang berwarna ceria macam ini sangat menenangkan hati. Dalam French Themes ni kawasan dia kecil dan padat.







Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan di Colmar Tropicale Berjaya Hills boleh rujuk gambar di atas.



Karenah masing-masing sepanjang berada disini membuatkan hilang rasa letih. Boleh dikatakan Fara berpuas hati dan sarankan untuk mereka yang belum kesini datang lihat dan merasa sendiri.








Tiada ulasan: