Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Tempahan/Servis Jahitan Pukal Murah di Selangor

Assalamualaikum...

Safraa Tailor menyediakan perkhidmatan menjahit secara pukal khusus untuk anda dan usahawan-usahawan pakaian serta tudung yang ingin mengeluarkan pakaian di atas jenama sendiri.

Pernah tak anda menghadapi kesukaran untuk mendapatkan khidmat tukang jahit yang berkemahiran untuk menghasilkan hasil jahitan yang berkualiti tinggi?


Perkhidmatan Menjahit Tudung & Baju Secara Pukal. 

Disitulah kemahiran dari servis Safraa' Tailor bukan sahaja mampu menghasilkan hasil kerja yang berkualiti dan bagus malah, membantu anda fokus pada jualan dan selebihnya seperti jahitan mereka akan uruskan.


Mesin Jahit berkualiti untuk kekemasan jahitan

Safraa Tailor sanggup melabur dengan banyak bagi memiliki mesin-mesin jahit ini kerana kebolehan mesin jahit tersebut dapat menghasilkan jahitan yang berkualiti tinggi lagi terbaik.


Kelebihan jahitan pukal berbanding borong

Anda mempunyai kelebihan berbanding peniaga-peniaga pakaian lain di mana anda boleh menempah produk pakaian anda mengikut kehendak dan citarasa permintaan pelanggan anda. Dalam kata yang lain, anda boleh buat custom-made dalam kuantiti yang lebih banyak dan pantas!

Berbeza jika anda beli daripada pemborong, anda 'terpaksa' ikut pattern yang mereka sediakan. Jika anda yang berpengalaman, tentunya anda akan tahu dengan tren fesyen sebenar kehendak pelanggan tetap anda.




Kelebihan servis jahitan pukal di Safraa' Tailor

➡ Produksi di kedai mereka berjalan pada pagi hinggalah ke malam bagi memenuhi permintaan 'macam goreng pisang panas!' daripada para pelanggan kami yang terdiri daripada usahawan pakaian seperti anda.

➡ Mengikut rekod safraa'Tailor, mereka banyak menerima tempahan jahit pukal jenis-jenis pakaian seperti tudung, shawl, halfmoon, jubah, telekung, baju kurung, baju wanita bersaiz besar serta baju nursing (ibu menyusu).

➡ Dari situ anda sendiri boleh lihat inilah dia hot niche dalam perniagaan pakaian yang saya pasti tentunya anda sendiri pun inginkannya. Inilah potensi produk-produk pakaian yang boleh berikan 'wang besar' untuk anda!

➡ Berapa minimum helai yang kami terima untuk tempahan? Inilah salah-satu soalan 'panas' sering ditanya. Baiklah begini ... Minimum Order Quantity (MOQ) yang Safraa'Tailor terima bagi tempahan tudung adalah sekodi yang bersamaan dengan 30 helai. Bagi pakaian jenis baju kurung, top, skirt, jubah dan pelbagai lagi yang seangkatan dengannya pula adalah juga 30 helai Minimum Quantity Order yang kami terima.

➡ Bagi ke semua jenis tudung dan pakaian ini, dari segi pola iaitu pattern rekabentuk & saiz perlulah sama. Dari segi warna dan material jenis kain pula boleh campur-campur tiada masalah.





Kepuasan Pelanggan Keutamaan kami

Safraa' Tailor turut menekankan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dalam setiap tempahan yang diterima bagi menjamin kepuasan pelanggan pada paras maksimum. Pekerja jahitan juga akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mempunyai tugas berasingan seperti memotong kain, menjahit tepi, jahitan penuh pakaian, menyeterika serta membungkus pakaian yang siap dijahit.


Tempat/Lokasi kedai Jahit Pukal Safraa' Tailor :

Alamat
no 8-2, jalan klang sentral 11/ku5
klang central
41050 klang selangor



Saffraa' Trailor Mahir dalam pemotongan dan jahitan pakaian baju wanita seperti Baju Kurung Biasa, Baju Kurung Pahang, Baju Kurung Moden, Baju Kurung Riau, Blause, Jubah,tudung, khimar dan lain-lain.

Kedai Jahit Saffraa' Tailor yang terletak di Klang Sentral semakin mendapat nama dan tempat dalam masyarakat kerana hasil jahitannya begitu kemas, teliti, dan yang paling penting murah mengikut budget anda. 

"Pengalaman adalah faktor safra' Tailor dapat bertahan di dalam industri ini"


PERHATIAN!!

Bagi yang ingin membuat tempahan atau pertanyaan harga baju sila hubungi atau Whatsapp terus :



Tel : 012 7713753 (Mastura Abdullah)


Tel : 011 14215554 (Mila Ramli)

Tel : 011 1258 2328 (Rohaya)



Atau ikuti TEAM SAFFRAA' TAILOR di Laman sesawang di bawah : 

Instagram :

Facebook :



Bayi dan Jaundis | Jangan Ambil Mudah |

Apakah Jaundis?

Jaundis di kalangan bayi dikenalpasti daripada keadaan mata dan kulit yang bewarna kekuningan. Sebanyak 75% daripada bayi yang baru lahir mendapat jaundis

Image result for jaundis


Apakah yang menyebabkan jaundis?

Tubuh manusia menghasilkan darah baru dan menghapuskan darah lama setiap masa. Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia diproses di dalam hati dan di buang melalui najis dan air kencing. Walau bagaimanapun, hati bayi baru lahir tidak berfungsi begitu sempurna. Oleh itu tahap bilirubin akan bertambah di dalam badan. Keadaan inilah yang menyebabkan jaundis.

Bayi yang sering mendapat Jaundis adalah:
  • Bayi pramatang
  • Bayi yang mengalami infeksi
  • Bayi kekurangan G6PD
  • Bayi yang tidak mempunyai keserasian kumpulan darah dengan ibunya :
          - Ibu mengalami Rhesus Negatif(-ve)
          - Ibu dari kumpulan darah jenis O

Adakah Jaundis Merbahaya?

Jaundis yang teruk atau tahap bilirubin yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kepekakan, kecederaan otak, dan kematian otak

Apakah tanda-tanda bayi dalam bahaya?
  • Jaundis dalam masa 24jam selepas dilahirkan
  • Jaundis mencapai sehingga ke paras bawah pusat
  • Kurang aktif, tidak sihat atau demam
  • Enggan menyusu
  • Mengalami kekejangan
  • Jaundis berterusan melebihi 14 hari
  • Najis bayi pucat atau air kencing berwarna teh

Apa yang perlu dilakukan oleh ibubapa sekiranya bayi mengalami jaundis?
  • Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berhampiran
  • Jalani ujian darah bagi memastikan tahap bilirubin dalam darah bayi
  • Elakkan dari menjemur bayi dibawah cahaya matahari
  • Tingkatkan kekerapan penyusuan susu ibu



Apakah masalah jangka panjang daripada Jaundis?

sekiranya tidak dirawat dengan segera bayi boleh mengalami :
  • Masalah pendengaran (pekak)
  • Masalah pembelajaran
  • Kecacatan intelektual
  • Palsi serebrum

Petua/Tip Menurunkan Jaundis Paling Berkesan

Setiap bayi mempunyai Jaundis yang berbeza tahap Bilirubin dalam badan Termasuk bayi fara sendiri menghadapi masalah Jaundis selepas dilahirkan. Ibu-ibu jangan khuatir kerana setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali Mati. InshaAllah tips atau petua yang fara amalkan untuk menurunkan Jaundis pada bayi fara mujarab dan paling senang untuk diamalkan. Sebagai seorang ibu, jika bayi anda mengalami Jaundis, ikhtiarlah semampu yang boleh untuk memastikan Jaundis tersebut dapat di turunkan sebelum perkara yang tidak di ingini terjadi.

Hati ibu mana tidak risau jika anak terkena Jaundis kan? Perkara pertama sejurus check bayi ada Jaundis terus fara "search" di google dan bertanyakan pada orang tua tip untuk menurunkan Jaundis dengan cepat. Rata-rata suggest fara minum air sengkuang cina.


Sepanjang bayi kena jaundis, Fara minum air tin F&N seasons NutriWell water chestnut sahaja untuk menurunkan Jaundis. Dan alhamdulillah kesan yang dapat dilihat sangat memberangsangkan. Result bilirubin yang turun begitu ketara sekali. Selain itu, pastikan anak anda kerap minum susu selang 2 jam. Minum susu yang kerap juga turut membantu menurunkan kadar Jaundis.


Lega hati bila tengok result Jaundis dari 192 TURUN ke 85 dalam masa 3 hari... Kerapkan penyusuan dan amalkan Air tin F&N water Chestnuts sahaja sepanjang bayi Jaundis.


Rujukan : Buku klinik kesihatan