Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017 anjuran Pusat Pungutan Zakat


Zakat


Pemberian zakat menjadikan harta seseorang diberkati, subur dan baik selain menjadikan hati tenang dan senang. Ia sekaligus dapat mensucikan diri pada pemberi zakat dan menjauhkan sifat bakhil dalam diri seseorang. Pusat Punguntan Zakat (PPZ) ialah organisasi di bwh MAIWP yg menguruskan KUTIPAN ZAKAT sahaja. Manakala semua urusan agihan diuruskan oleh Baitulmal MAIWP. 

Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017 anjuran Pusat Pungutan Zakat 

Pada 10 November 2017, telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017 anjuran Pusat Pungutan Zakat PPZ-MAIWP.


Pertandingan mencipta video ini telah bermula sejak 15 Ogos lalu sehingga 30 September baru-baru ini dan terbuka pada semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun keatas. Pemenang Pertandingan mencipta video kreatif berdurasi 3 minit ini dipilih berdasarkan jumlah "like & share" terbanyak di facebook.

Antara terma dan syarat pertandingan yang lain :

  1. "Like" page Pusat Pungutan Zakat
  2. Tajuk video "Mencari rezeki yang berkat"
  3. Video dirakam dengan hanya menggunakan telefon pintar dan bebas menggunakan sebarang perisian untuk tujuan penyuntingan
  4. Montaj video hendaklah memaparkan logo PPZ-MAIWP dan Caudre Kuala Lumpur
  5. Semua perserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan.

Kreativiti pemenang dalam menyediakan bahan serta pengisian dalam video adalah penting bagi memastikan penilai faham akan maksud yang ingin disampaikan barulah, orang ramai akan "like dan share" video tersebut di facebook.

Tn. haji Mohd Rais Haji Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, merasmikan Pertandingan Video Jom Kreatif 2017 


Majlis dirasmikan sendiri oleh Yang Berusaha Tn. haji Mohd Rais Haji Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP. Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017 ini dihadiri dan dimeriahkan oleh barisan pengurusan PPZ-MAIWP, para pemenang, rakan media blogger dan tetamu undangan.

Barisan Pemenang Mencipta Video Jom Kreatif 2017

Barisan pemenang Mencipta Video Jom Kreatif 2017

Peserta yang bertanding kesemuanya hebat belaka. Kalah dan menang adat dalam pertandingan. Buat mereka yang terpilih, jutaan tahniah diucapkan!

Senarai pemenang Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017 ;

Tempat pertama RM2000 : Muhammad Hanif bin Ngarisan

Tempat kedua RM1500 :
Syahidah binti Baharudin

Tempat ketiga RM1000 : Nurhidayah binti Atmin

Anugerah pilihan ramai RM1000 : Muhammad Hanif bin Ngarisan

Saguhati RM500 x 9 pemenang

Pemenang Anugerah Video Pilihan dan Tempat Pertama Mencipta Video Jom Kreatif 2017


Untuk maklumat lanjut mengenai PPZ boleh klik link di bawah : 


Website : www.zakat.com.my



Facebook Page : www.facebook.com/myzakat







5 ulasan:

mrhanafi dot com berkata...

hadiahnya sangat lumayan..RM2K

dapat beli sesuatu yang berharga untuk memulakan kerja-kerja online

admin berkata...

Untung Kan, dgn video dakwah dapat hadiah lumayan. Lenkali nak join juga lerrrr Mana tau rezeki

Sally Samsaiman berkata...

Tahniah saudara Muhammad Hanif bin Ngarisan dan semua pemenang yang lain!! :)

MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman berkata...

Hadiah lumayan juga tuh

Yasmin Aris berkata...

Jemput join ;)
https://mimintalk.blogspot.com/2017/11/blog-hop-giveaway-by-yasmin-aris_51.html