Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Cara Merawat Masalah Kembung perut, dan selsema pada Bayi | Balm Bayi Tok Syed

Bayi meragam dengan tangisan berpanjangan ada kalanya membuatkan ibu bapa berasa bimbang dan tertekan. Tanpa teknik yang betul dan tidak mengenal pasti punca sebenar si kecil menangis akan menyebabkan situasi berkenaan dirasakan agak sukar diatasi dengan baik.


Dalam era serba canggih ini, memang tidak dinafikan semua maklumat boleh dicapai pantas di  hujung jari. Namun dalam hal penjagaan bayi, ibu bapa digalak mendapatkan maklumat lebih tepat menerusi kelas antenatal lengkap

Ilmu yang diperoleh sepanjang menghadiri kelas antenatal bukan saja berupaya meningkatkan tahap keyakinan ibu bapa dalam menguruskan bayi, tetapi turut membolehkan ibu melalui proses berpantang dengan tenang.

Menangis, cara bayi berkomunikasi dengan kita

Jangan mudah panik jika bayi menangis, tetapi cuba amati bunyi tangisan mereka dan cari punca kenapa bayi menangis. Ada kalanya tangisan mereka disebabkan masalah kembung perut, berasa takut, tidak selesa dengan keadaan sekeliling dan sebagainya.

Oleh itu, kita jangan sesekali membiarkan bayi menangis dalam jangka masa panjang tanpa dipujuk. Dalam situasi ini, bayi perlu didakap rapat ke tubuh si ibu untuk menenangkan dirinya. Ini tanda bayi memerlukan kasih sayang, perhatian dan mahu usapan manja ibu bapanya.


Selalu kita lihat, tidak kira di mana-mana, bayi yang menangis akan terus dibawa ke pangkuan ibu untuk disusukan. Namun dalam sesetengah keadaan, bayi akan menolak dan terus menangis. Pada tahap ini, ibu bapa sepatutnya sedar tangisan ialah cara komunikasi pertama dikuasai bayi

Mereka menangis bukan saja kerana lapar, sebaliknya mungkin disebabkan mengantuk, tidak selesa, kegatalan, panas atau disebabkan kembung perut. Usah dengar mitos mengatakan bayi akan menjadi terlebih manja jika kerap dipegang atau dipangku kerana fitrah bayi itu sendiri memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada ibunya sendiri.


Kembung Perut masalah utama bayi

Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis berterusan disebabkan oleh sakit perut. Jangan main-main masalah kembung perut di kalangan bayi! Ia boleh menyebabkan bayi menangis tanpa henti dan tak boleh tidur lena


Oleh itu pentingnya kita sebagai ibu bapa mendapatkan info tentang masalah kembung perut bayi dan bagaimana cara terbaik mengatasinya. Jangan nanti bila bayi menangis tengah malam sebab kembung perut, terus stress dan buntu tidak tahu cara untuk mengurangkan masalah kembung bayi. Ikhtiarlah sebaik mungkin dengan cara menyapukan balm pada perut si manja atau sebagainya.

BALM BAYI TOK SYED menangani Masalah Kembung Perut dengan Pantas

Cara yang paling pantas melegakan masalah kembung perut bayi adalah menggunakan BALM BAYI TOK SYED. Balm Bayi Tok Syed merupakan balm yang mampu menangani masalah kembung perut, melegakan batuk, selsema, dan juga hidung tersumbat. Selain digunakan pada bayi, Balm ini juga boleh digunakan oleh seisi keluarga.


Tekstur Balm ini sangat lembut dan berbau wangi. Ketika disapukan ke bahagian yang sakit seperti perut, balm ini akan berangin tapi dalam keadaan yang begitu menyenangkan. Si manja berasa begitu selesa setiap kali disapukan Balm ini kepadanya. Dalam masa yang singkat selepas penyapuan balm ini kepada simanja, tangisannya semakin hilang dan berkurangan.

BALM BAYI TOK SYED Halal, Suci dan Selamat digunakan

Balm ini diproses di kilang GMP, diadun dari bahan-bahan semulajadi dan bukan hanya dikhususkan pada bayi sahaja malah ianya juga selamat digunakan pada semua peringkat umur tidak kira lelaki mahupun wanita.


Setelah melalui beberapa peringkat R&D didapati bahan-bahan utama yang terkandung di dalam balm ini dapat memberikan kesan yang sangat baik kepada yang menggunakannya. ini kerana sebahagian bahannya diperkaya dari bahan-bahan yang halal lagi suci yang merupakan warisan herba sepanjang zaman

4 Bahan semulajadi yang diperkaya dengan khasiat terbaik untuk anda

Di antara bahan yang terkandung pada BALM BAYI TOK SYED adalah seperti beeswax atau dikenali juga sebagai lilin lebah merupakan pekatan bahan asli yang di hasilkan dari lebah serta membantu masalah radang kulit. Minyak kelapa dara yang terbukti kebaikkannya yang di iktiraf seluruh dunia. Minyak bunga matahari yang di ekstrak dari bijinya kaya dengan nutrien yang seimbang komposisinya.


kandungan  vitamin E dan asid lemak omega 6 yang tinggi menjadikannya sangat efektif untuk urutan luaran. Begitu juga dengan minyak pati lavender yang menjadi agen utama berfungsi mengurangkan tekanan. Dengan wangiannya yang menenangkan, pati minyak lavender ini bukan sekadar sebagai bahan aromaterapi, kebaikannya di dalam demam dan selsema juga sangat terbukti berkesan menangani masalah kembung perut, selsema, hidung tersumbat dan melegakan batuk.

Balm Bayi Tok Syed mengurangkan masalah ketidakselesaan seisi rumah

Kebiasaan balm hanya dikhaskan untuk bayi sahaja tapi Balm Bayi Tok Syed pula boleh digunakan oleh semua golongan tidak kira muda, tua, wanita dan lelaki. Balm ini mampu mengurangkan masalah ketidakselesaan seperti selesema, kembung perut, melegakan batuk dan juga merawat hidung yang tersumbat. Sakit seperti ini memang akan dihadapi oleh bayi dan juga kita sendiri. Jadi, dengan adanya Balm Bayi Tok Syed ini merupakan satu keistimewaan kerana hanya dengan satu produk sahaja khasiatnya boleh digunakan oleh semua.



BALM BAYI TOK SYED Mencegah masalah selesema 

Simptom-simptom selesema selalunya akan reda selepas tiga hingga 10 hari, walaupun pada bayi yang terlalu muda, ia mungkin akan berlarutan sehingga dua minggu. Menyusukan ialah salah satu cara untuk melindungi kesihatan bayi anda sebab selagi dia menyusu badan, dia akan mendapat antibodi anda dan keimunan semula jadi anda. Dan apabila bayi yang disusukan jatuh sakit, penyakit itu ringan sahaja.

Cara yang lain untuk merawat selesema bayi adalah dengan menyapukan Balm Bayi Tok Syed sejurus bayi menunjukkan tanda-tanda awal akan menghadapi selesema. Perkara yang paling sukar dilalui oleh ibu bapa adalah apabila bayi menghadapi selesema. Bayi akan berasa tidak selesa, tersenguk-senguk, sukar untuk tidur akibat hidung yang tersumbat malah, tidurnya juga akan terganggu. Keadaan ini akan menyebabkan bayi meragam dan kita juga akan jadi tidak senang duduk apabila si manja tidak selesa. 


Sapukan sedikit Balm Bayi Tok Syed di bahagian T Zone muka bayi inshaAllah akan membuatkan bayi selesa. Sedikit demi sedikit masalah selesema bayi akan berkurang dan hilang dalam beberapa hari sahaja.


Cara Sapu BALM BAYI TOK SYED

Sapu Balm di telapak kaki bayi
  • Sapukan balm dan urut perlahan-lahan pada telapak kaki bayi
Sapu Balm di belakang badan bayi
  • Urut perlahan di belakang badan bayi
Sapu Balm di bahagian dada dan perut
  • Urutan perlahan di bahagian dada dan juga perut
Boleh juga disapu pada bahagian T-Zone muka 
  • Jika bayi atau anda mengalami selsema atau hidung tersumbat, sapukan balm bayi di bahagian T zone muka.



Rata-rata Pengguna BALM BAYI TOK SYED berpuas hati :



Image may contain: text

No automatic alt text available.

lihat lagi testimoni di sini (klik)

Dapatkan segera BALM BAYI TOK SYED sekarang!

Sokongan daripada testimoni di atas ini lebih menyakinkan untuk membeli apabila ramai berpuas hati akan keberkesanannya merawat masalah bayi. Walaupun produk ini agak baru, tapi testimoni tersebut telah menunjukkan bahawa produk ini begitu bagus digunakan. 





BALM BAYI TOK SYED
=== balm berasaskan bahan semulajadi, Halal dan Suci ===


No Telefon HQ : 016-826 2990


2 ulasan:

Mimi Azirah berkata...

Bila ada anak kecil memang kena standby balm macam nih uk mudahkan kita.sebab anak kecil mudah batuk dan selsema kan.

Mimi Azirah berkata...

Bila ada anak kecil memang kena standby balm macam nih uk mudahkan kita.sebab anak kecil mudah batuk dan selsema kan.