Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Tips Melangsingkan pinggang dan mengempiskan perut dengan pantas | Shapee

Assalamualaikum..

Ramai di antara kita yang mempunyai masalah perut buncit dan menggelebeh kan? Tidak kira peringkat umur, masalah buncit ini dikatakan musuh pada mereka yang menjaga penampilan diri. Makan tidak terkawal boleh menyebabkan buncit, kurang senaman boleh jadi buncit, bagi wanita yang selepas bersalin juga pasti akan mengalami masalah ini.

Tips Melangsingkan Pinggang dan Mengempiskan Perot dengan Pantas

Jika anda rajin, boleh ikut cara tradisional untuk mengembalikan bentuk badan idaman. Cara tradisional sangat mudah dipraktiskan kerana bahan yang digunakan ada di dapur! Tinggal rajin atau tidak je. Boleh cuba 2 cara dibawah :

1) Mengempiskan Perut

Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan minum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. 

2) Badan ramping Selepas Bersalin

Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, segenggam ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

2 cara ni rata-rata disyorkan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman. Bukan orang dahulu sahaja yang mengatakan hal yang sama malah, bidan dan tukang urut sekarang juga ada yang menggunakan kaedah ini. Tapi kalau nak betul-betul berkesan, pastikan rajin dan amalkan selalu baru nampak perubahan. 

Kaedah Modern VS Tradisional mana lagi bagus untuk mengempiskan perut?

Okay, antara kaedah modern atau tradisional untuk mengempiskan perot dan merampingkan pinggang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Pendapat Fara, sekarang telah banyak produk yang lebih menyenangkan pengguna. Mungkin ada yang selesa cara tradisional dan ada yang lebih suka kaedah modern

Bengkung Modern Untuk mendapatkan pinggang yang ramping serta perut yang kempis

SHAPEE merupakan satu branding yang sangat terkenal dengan produk wanita seperti nursing bra, maternity cloth, bengkung dan banyak lagi. Dua produk yang Fara ingin kongsikan adalah High Waist Body Shapee dan Waist Shapee. Produk ni sangat sesuai bagi anda yang ingin fokus kempiskan perot dan rampingkan pinggang. Inilah yang fara guna Semasa berpantang dan sekarang.


High Waist Body Shapee 

Bahagian perut wajar diberi perhatian serius kerana perut yang tidak dijaga sepanjang tempoh pantang akan mengeleber. Sepanjang tempoh berpantang, Tubuh perlu diurut untuk melancarkan peredaran darah untuk membuang toksid dan kekotoran serta disapu dengan ramuan herba termasuk param dan pilis bagi tujuan membuang angin yang terkumpul di dalam tubuh.  Selepas sapuan, tubuh akan dibalut barut dan dipakaikan bengkung untuk mengembalikan bentuk tubuh asal yang ramping selama 44 hari iaitu selama dalam tempoh berpantang. Boleh dikatakan masa Fara pakai High Waist Body Shapee ni bahagian peha dan perot terasa mampat dan tidak mengelebeh. Rasa selesa dan kain sedap dipakai. 



Image may contain: one or more people

Kelebihan High Waist Body Shapee

> Ultra Firm control
> All over shaping and firming
> Whittles the waist and molds the midriff
> Focuses on those hard to tame love handles
> Gives you control and shape in all the right places


Waist Shapee

Waist shapee pula fara pakai setiap masa. Ia hanya fokus pada bahagian perut. Kalau sebelum ni perut nampak agak mengelebeh dan buncit, masa pakai waist shapee nampak sedikit perubahan seperti perut kempis! 




cara inilah mempercepatkan proses mengempiskan perut. Kehamilan dan kelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot, tulang, urat, sendi, dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil. Oleh itu, berbengkung adalah satu kemestian bagi mengempiskan kembali perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan faraj yang telah regang dan longgar. 




High Waist dan waist Shapee membantu mengembalikan semula bentuk kembali langsing dengan reka bentuk yang lebih moden dan mudah di pakai! Produk ini amat berguna untuk jangka masa panjang kerana Bengkung Moden ini masih boleh dipakai walaupun perut sudah kempis dan selepas habis tempoh berpantang kerana ianya juga mampu menampakkan susuk tubuh badan anda nampak lebih mantap setiap masa.

Kelebihan Waist Shapee

> Total waist smoothing and shaping
> Can be worn 3 ways!
>> Alone as a waist shapee
>> Paired with your favorite shapewear bottom for an instant high waist garment
>> Layered on top of hi-waisted shapewear for extra control!
> Perfect for layering


Tubuh lebih menawan dan ramping dengan Shapee


Rawatan mengembalikan kelangsingan tubuh itu penting kerana selama 9 bulan hamil, perut berubah bentuk dan fara mengalami pertambahan berat badan. Sekirannya rawatan tidak dilakukan, tubuh akan lesu tidak bermaya, muka pucat dan tidak berseri malah tubuh akan mengeleber dan tidak pejal. Fara sangat menjaga bentuk badan dan dengan memakai produk seperti ini sememangnya membantu dalam mendapatkan bentuk tubuh idaman.



Untuk pembelian atau pertanyaan boleh layari laman sesawang di bawah :








1 ulasan:

MaMa Chantique berkata...

wowww...cepat slim lah gini...