Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Bermain Kinetik Sand Melatih Sensory Play Anak-Anak


Sensory play seperti bermain kinetic sand meransangkan deria sentuh dan penglihatan anak anda. ia juga boleh memupuk kreativiti dan daya imaginasi mereka.




Nama “Kinetic Sand” atau pasir kinetik ini Terinspirasi dari struktur pasir basah atau pasir pantai, permainan ini disukai anak-anak kerana bentuknya yang boleh dibuat sesuka hati dan warnanya yang menarik. Daripada bermain kotor-kotoran dengan tanah, agaknya tidak banyak orang tua yang protes jika anak suka bermain dengan yang satu ini. Meskipun terlihat kotor, ternyata pasir kinetik sangat mudah dibersihkan. Pasir mainan ini tidak melekit.




4 sebab kenapa anak-anak anda perlu bermain kinetik sand

Sebagai salah satu mainan yang paling diminati, pasir kinetik menjanjikan banyak manfaat kepada anak-anak yang memainkannya. 4 sebab kenapa anak-anak anda perlu bermain kinetik sand

1. Melatih kretiviti

Pasir kinetik mampu membantu mengembangkan kretiviti anak. Anak boleh membuat bermacam-macam bentuk dengan mainan ini seperti bermain pasir di pantai. Anak akan terangsang untuk berimaginasi dan menyatakannya melalui mainan ini. Dengan bantuan bermacam bentuk cetakan, anak semakin mudah berkreasi.

2. Melatih motors kill

Selama anak menyibukkan diri dengan mainan ini, mereka akan melakukan banyak hal dengan tangannya. Mengeruk, menggenggam, menekan, membentuk, dan gerakan lainnya yang sangat penting untuk membiasakan motors killnya

3. Melatih kemampuan berfikir

Melalui mainan pasir kinetik ini anak akan mengenal dan mempelajari dengan mata dan tangannya. Mereka boleh membezakan tekstur, seperti halus dan kasar, basah dan kering, dan sebagainya.

4. Melatih anak bersosial

Saat bermain bersama rakan-rakannya, anak akan belajar bersosial dan mengembangkan kemampuan komunikasinya. Misalnya, mereka hendak membuat bangunan yang besar dengan mainan pasir tersebut atau berkongsi mainan dengan rakannya




Tekstur kinetik sand yang lembut dan menarik perhatian anak-anak

Pasir kinetik sand ini juga sangat lembut dan mudah untuk dibentuk. Pelbagai aksesori bentuk mainan yang disediakan seperti kenderaan, haiwan, nombor dan sebagainya. Jika nak beli kinetik sand ini pastikan anda membeli siap dengan pool kecik dan aksesori mainan kerana lebih berbaloi dan murah daripada beli secara asing. Pool ini sangat besar dan boleh memuatkan 4 orang bermain untuk satu masa. Harga set kinetik sand ini juga tidaklah mahal hanya RM30 sahaja anda boleh dapat jika beli di Shoppee.


Bukan sahaja anak, malah Fara turut seronok bermain kinetik sand ini bersama anak-anak. Dapat merapatkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak. Bonding time gitu 


Kinetik Sand ini sebenarnya mempunyai pelbagai warna yang lain seperti brown, hiju, kuning dan banyak lagi pilihan mengikut citarasa pembeli. Fara beli warna pink sebab lebih menarik perhatian anak bermain.



Kelebihan Kinetic Sand

  • Sangat sesuai untuk kemahiran motor halus anak-anak.
  • Sangat sesuai untuk melatih daya kreativiti dan melatih kemahiran menyelesaikan masalah anak-anak.
  • Sangat sesuai untuk tumbesaran daya sensori anak-anak
  • Sangat sesuai untuk tumbesaran daya kognitif anak-anak
  • Boleh mengalihkan tumpuan anak-anak daripada gadget



Tidak dapat dinafikan, sejak belikan kinetik sand ni, anak semakin kurang bermain handphone kerana kinetik sand ini lebih melekakan anak. keburukan dia satu je, kalau terjatuh kat simen susah nak kemas!




2 ulasan:

Normi Nieza berkata...

wah menariknya kinetik sand ni..:)

Fisya berkata...

Kinetik sand mmg bagus utk anak2.Anak2 pakai memang enjoy sangat.