Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Cara kekalkan makeup tahan lama | Bedak Asas Arab

Assalamualaikum....

Bila berbicara mengenai kecantikan, memang tidak dinafikan wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan tidak kira kecantikan dalaman mahupun luaran. Fara percaya ramai suka mencuba benda baharu yang ada dipasaran selagi ianya tiada kesan sampingan ketika penggunaan yakni mendapat kelulusan dari KKM.

Fungsi bedak asas dalam solekan

Bedak asas atau foundation merupakan ramuan asas dalam solekan, tanpa bedak asas mana mungkin solekan itu menyerlah dan lengkap. Walaupun terdapat pelbagai jenis dan fungsi bedak asas dijual di pasaran tapi masih ada yang belum dapat memuaskan hati dengan memberi kesan flawless dan tidak pecah.

Image result for bedak asas

Bedak Asas Arab kekal Glowing selama 12 jam

Penggunaan bedak asas dapat membantu wanita menutupi kekurangan di wajahnya terutama apabila penggunaanya betul dan tepat. Ia bagaikan “nadi’ di dalam memulakan solekan. Oleh sebab itu,  bedak asas arab menjadi pilihan kerana apabila pakai ianya serasi dengan warna kulit Fara malah wajah kekal glowing selama 12 jam walaupun sedang berpeluh lagi nampak cantik. Disamping itu, ianya juga mempunyai glitter yang akan menjadikan wajah anda kelihatan glowing.



Bedak Asas Arab Mengekalkan Kekemasan Sempurna dalam solekan

Pernah tak anda lihat solekan menjadi 'cakey' dalam 2 hingga 3 jam selepas penggunaan? Solekan wajah yang 'cakey' akan menjadikan solekan mula menampakkan garis-garis halus pada muka. Solekan 'cakey' akan merosakkan penampilan seseorang dan akan menyebabkan anda tidak berkeyakinan untuk melakukan aktiviti diluar kerana khuatir akan orang yang memandangnya. Ramai mengatakan punca solekan menjadi 'cakey' disebabkan penggunaan bedak asas yang terlalu tebal.



Tidak seperti Bedak Asas Arab yang mempunyai tekstur yang lembut dan mudah menyerap ke dalam kulit. Apabila bedak asas mudah diserap barulah solekan tidak mudah 'cakey' dan kekal lama. Bahan utama dalam Bedak Asas Arab ialah olive oil yang berfungsi untuk merawat dan melindungi kulit supaya wajah tidak kelihatan kering dan kusam. 

Bedak Asas Arab mengandungi Vitamin E yang terbaik untuk kulit 

Siapa taknak apabila produk yang kita guna untuk kegunaan harian ada kandungan vitamin kan? Begitu juga dengan Bedak Asas Arab ini yang mengandungi Vitamin E yang berfungsi membantu dalam memudarkan parut dengan pantas dan melindungi muka dari terbakar dari sinaran matahari dengan perlindungan spf 50. Peratusan untuk terkena sunburn amat tipis bila memakai bedak asas arab ini.


Minyak Argan kaya dengan Vitamin E malah kandungan vitaminnya 2 kali ganda lebih banyak berbanding Minyak Zaitun. Vitamin E kaya dengan antioksidan dan berfungsi untuk melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan berlaku pada kulit wajah. Selain itu, Minyak Argan juga berfungsi melembapkan kulit yang kering dan membuatkan kulit anda lebih lembap.

Bedak Asas Arab dari sumber semulajadi

Bedak Asas Arab merupakan bedak asas yang berasaskan sumber bahan kualiti, segar dan semulajadi. Fungsi utama bedak asas ini adalah untuk merawat dan melindungi kulit supaya tidak kering dan tidak kusam. Selain itu, bedak asas ini juga sangat selamat diguakan kerana tidak mempunyai silikon yang merbahaya.



Kebaikan Bedak Asas Arab

  • Dari sumber bahan kualiti, segar dan semulajadi.
  • Tidak mempunyai silikon, mesra wuduk dan halal.
  • Mengekalkan solekan lebih lama sehingga 12 jam.
  • Membantutkan pertumbuhan jerawat serta lingkaran gelap bawah mata.
  • Kemasan sempurna serta serap terus ke kulit agar kulit kelihatan lembab, licin dan halus.
  • Mempunyai spf 50 serta mengurangkan kedutan dan garis-garis halus.

Wajah tampak natural dan flawless sepanjang hari


Boleh dikatakan sepanjang pakai Bedak Asas Arab ini wajah Fara tidak 'cakey' dan sentiasa flawless walaupun berpeluh. Seronok bila Bedak Asas ini juga membantutkan pertumbuhan jerawat serta menutup lingkaran gelap bawah mata.


Wajah pengguna Bedak Asas Arab menjadi cantik dan glowing, testimoni :







Jika anda berminat nak dapatkan Bedak Asas Arab ini hubungi :

Hubungi : 019 844 4867 (syitah)
                :  018 571 4962 (wani)




1 ulasan:

Amanda Suria berkata...

Menarik la bedak asas ni..nak skodeng la ig diorang