Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Senarai Serum Drugstore POPULAR


Serum

Serum adalah produk yang mampu merawat kulit dan mampu melembabkan kulit dengan bahan-bahan yang kuat.

Serum mengandungi molekul kecil yang dapat meresap ke dalam lapisan kulit terdalam dan membawa bahan aktif dengan tindakbalas yang cukup efektif.

Pemakaian serum bermanfaat untuk meningkatkan proses regenerasi kulit, sehingga sel-sel kulit mati akan digantikan dengan lapisan kulit haru dan menjadikan kulit muka lebih halus lembut dan bersinar serta bebas dari masalah kedutan.

Antara Kebaikan Serum Kecantikan Muka:

  • Membuat struktur kulit lebih tegang dan anjal
  • Melembabkan kulit muka.
  • Menyamarkan kedutan pada muka hingga leher.
  • Mencegah penuaan semulajadi.
  • Menutrisikan kulit.
  • Memberikan sensasi kulit muka yang lebih bersinar dan cerah.
  • Menghaluskan serta mencerahkan warna kulit muka yang kusam.
  • Menghilangkan tompok-tompok hitam pada muka.

5 Jenis Serum Popular di Drugstore :

Sebelum itu, di sarankan membasuh muka terlebih dahulu dengan cleanser kemudian memakai toner dan akhir sekali barulah apply serum ke muka. Ikut step ini inshaAllah muka akan nampak perbezaan. Oh ya, pemilihan serum juga penting bagi memastikan serum dapat 'bekerja' merawat masalah yang dihadapi kulit. 

Pemilihan serum yang tepat dapat merawat masalah kulit dengan pantas. Inilah dia 5 senarai serum popular yang ada di jual di Drugstore seperti watson dan guardian :

1. EUCERIN DERMO PURIFYER CONCENTRATE SERUM

Image result for EUCERIN DERMO PURIFYER CONCENTRATE SERUM

  • L-Carnitine - mengelakkan pembesaran liang pori (pores)
  • Decandiol - mematikan bakteria yang tumbuh akibat kekotoran yang melekat di muka
  • Dapat mengurangkan parut/hyperpigmentation
  • Licochalcone extract - mengurangkan rasa keradangan kulit 
  • Lactid Acid - melembutkan whitehead or blackhead yang keras supaya tidak tersumbat. Dan dapat mengetatkan pori semula. 

2. NARUKO TEA TREE SHINE CONTROL & BLEMISH CLEAR SERUM

Image result for NARUKO TEA TREE SHINE CONTROL & BLEMISH CLEAR SERUM

  • Mengawal minyak pada muka
  • Mengurangkan pembentukan jerawat/menghapuskan jerawat 
  • Memudarkan parut jerawat seterusnya mengurangkan kekusaman pada wajah
  • Mempunyai 1% salicylic acid iaitu bahan untuk mengurangkan pembentukan jerawat pada wajah.
  • Mengurangkan kilauan pada wajah akibat minyak yg berlebihan, mengetatkan pori.
  • Mengurangkan kemerah-merahan pada wajah
Tea tree sgt bagus untuk mengurangkan jerawat. Sesuai untuk muka berminyak dan berjerawat serta kusam. Suitable for all skin types.


3. NARUKO RAW JOB’S TEARS PORE MINIMIZING & BRIGHTENING ESSENCE

Image result for NARUKO RAW JOB’S TEARS PORE MINIMIZING & BRIGHTENING ESSENCE

  • Gluconolactone 5% - perlahan-lahan membuang sel kulit mati, mengawal pengeluaran minyak pada kulit
  • Menutup lian pori yang terbuka
  • Raw Job’s Tears (barley-like grain used in chinese medicine) untuk kesan mencerahkan wajah 
  • Memperbaiki kulit kusam

Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah pori terbuka dan kulit kusam. Suitable for all skin types.


4. PURE BEAUTY PINK PORE PERFECTION ESSENCE


Related image

  • Pink Clay untuk mengelakkan iritasi pada wajah dan kekeringan. 
  • Mengurangkan minyak yg berlebihan pada wajah
  • Volcanic Ash dari Pulau Jeju. dapat menyerap minyak berlebihan.
  • Carbonated Thermal Water untuk melembabkan kulit dari luar dan dalam. Menguatkan collagen untuk Mengekekalkan keanjalan pada wajah. 
  • Mat-xs Bright dapat mengurangkan pengeluaran minyak yg berlebihan dan juga dapat mengurangkan size pori (pores)

Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak dan pori terbuka. Untuk combination skin pon boleh. Mcm dalam kulit dry, luar kulit berminyak. Atau terbalik.


5. BIO-ESSENCE TANAKA BIO WHITE ADVANCE WHITENING SERUM

Image result for BIO-ESSENCE TANAKA BIO WHITE ADVANCE WHITENING SERUM

  • Tanaka Tree Bark extract sebagai ejen pemutihan 
  • Melindungi kulit daripada sinaran matahari
  • Mengelakkan kulit daripada kering.
  • Mengelakkan daripada pembentukan bintik hitam (pigmentation)

Sesuai untuk mereka yang mengalami kulit kusam dan mempunyai bintik2 hitam. Suitable for all skin types.

Banyak lagi serum yang bagus ada jual di Drugstore. Jika ada masalah seperti tidak tahu jenis masalah kulit di sarankan 'bertanya' dengan orang farmasi di sana. Mereka akan bantu memilih serum mengikut jenis masalah kulit.






2 ulasan:

Normi Nieza berkata...

suka pakai serum..klu tak pakai makeup pun muka still floless..:)

atiehilmi dot com berkata...

pergh !! memang kena beli yang eucerin tu gayanya nih.. hee~ kakak memang collector serum.. tak tau nak buat ape.. simpan jekkkkk..