Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

5 pelengkap accessories wanita masa kini



Pemakaian aksesori seperti beg tangan, gelang, rantai dan banyak lagi menjadi pelengkap gaya terutama kepada golongan wanita yang mementingkan penampilan diri, sekali gus mampu menceriakan hari yang padat dengan pelbagai tuntutan tugasan.

Aksesori juga memainkan peranan penting sebagai alat penakrifan fesyen dan meningkatkan keyakinan diri seseorang. Pada masa sama, ia membantu melunturkan kekurangan diri individu terbabit.

5 Pelengkap Aksesori Wanita Masa Kini 

Membantu wanita yang mahu tampil menawan dengan diserikan aksesori yang unik, 5 aksesori ini kini, tidak lengkap jika tidak digayakan oleh kaum wanita.



1. Kaca mata hitam

Kaca mata merupakan sesuatu keperluan, ianya juga menjadi sebahagian daripada aksesori, tambahan pula jika anda harus memakai kaca mata pada setiap masa tak kira waktu. Kaca mata hitam juga menjadi antara fashion item yang sering menjadi tumpuan golongan remaja untuk digayakan dalam penampilan mereka.

Related image


2. Jam tangan

Dalam dunia fesyen yang sinonim dengan gaya dan kecantikan, jam tangan bukan sekadar penunjuk waktu sebaliknya sebahagian aksesori pelengkap penampilan. aksesori seperti ini memberi kelainan dengan penampilan yang eksotik dan ranggi, selain kelihatan lincah dan bertenaga.

Image result for bracelet for girls


3. Beg tangan

Beg tangan adalah aksesori paling dekat dengan wanita kerana tidak kira apa juga status anda ia menjadi pelengkap gaya paling asas dalam berfesyen. Sedar atau tidak, beg tangan sebenarnya memainkan peranan penting dalam menyerlahkan atau mencacatkan keseluruhan penampilan anda.

Image result for fashion handbags



4. Gelang tangan

Bangles atau gelang tangan adalah antara aksesori yang tidak patut ditinggalkan. Dengan bangles, penampilan anda akan lebih menarik malah bangles pelengkap gaya anda. Anda tidak perlu terlalu banyak memakai aksesori cukup saja dengan bangles. Yang simple dan nampak trendy sudah memadai.

Image result for bracelet for girls


5. Rantai leher

Kehadiran rantai tidak terlepas dari menaikkan seri wajah seseorang wanita.Wanita berhijab juga boleh melaram dengan memakai koleksi rantai leher yang sesuai mengikut tema.  

Image result for fesyen rantai leher muslimah


Pilihan aksesori yang cantik dan tepat mampu menyerlahkan lagi penampilan dan pastinya menjadikan imej individu terbabit lebih menyerlah berbanding individu lain. Aksesori ini boleh sahaja di dapati di kedai. Paling mudah, anda boleh juga dapatkan di laman sesawang yang menjual pelbagai aksesori menarik seperti di Zalora atau lihat terus di sini : women accessories




3 ulasan:

PeRdU cINta berkata...

Jam tangan dan beg tangan..rasa janggal bila tak ada..

Lea Azleeya berkata...

Skrg ni nk bergaya pun dah malas.. hehehe

Normi Nieza berkata...

gaya, mutu, keunggulan..hehe