Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Kenapa tak boleh makan telur mentah semasa hamil? Ini penjelasannya

Assalamualaikum...

Terlalu banyak info tidak betul yang para ibu hamil amalkan lagi-lagi untuk untuk memudahkan proses bersalin. Tahukah anda kenapa tak boleh makan telur mentah semasa hamil?

Ini penjelasannya : 

Dipetik dari facebook Hafiz Sulaiman

Astaghfirullah, sesak nafas terbaca petua mudah bersalin viral.. 

Nak mudahkan bersalin cuba makan plantah dan mee lor? Ada pula yang syorkan telur mentah 2 biji..? 

Saya biasanya mengelak komen benda viral atau isu semasa.. risau ada yang tersinggung. Kali ni saya bukan apa, tapi kesian dan rasa berdosa kalau tak tegur apa yang saya belajar.
Kita sama-sama betulkan dan belajar dari kesilapan :)

Bahaya tu puan...Risiko pada ibu.. risiko pada bayi dalam kandungan.. saraf bayi boleh terencat... penglihatan boleh jadi cacat!

Petua mesti ada asas..dan faham asbab petua serta risikonya.
.



KENAPA PERLU ELAKKAN TELUR MENTAH

Mengandung memberi stres kepada badan..meningkatkan kortisol (hormon steroid)..Ya, imuniti badan akan menurun. Steroid berlebihan kurangkan imuniti badan..

Telur mentah berisiko dijangkiti kuman Salmonella dan ibu berisiko keracunan makanan kerana kuman ini. Demam, muntah, sakit perut, cirit birit dan renjatan merupakan antara kesan keracunan kuman Salmonella.

.
MEE LOR TINGGI GULA.
 -----------------------------

Saya tidak tahu mengapa bersalin selalu orang syorkan makanan proses seperti mee lorr. Ia tinggi gula fructose proses dan juga mengandungi maltodextrin..yang meningkatkan gula darah ke langit..

Gula fruktosa ni toksik ya jika berlebihan. Menurut pakar hormon kanak-kanak, kesan berlebihan gula fruktosa ni sama seperti kesan arak kecuali tidak mabukkan. Kesan berlebihan gula ini dikaitkan dengan saraf, merosakkan hati (hati berlemak), meningkatkan asid urik, meningkatkan lemak jahat oxLDL penyebab sakit jantung serta menyebabkan obesiti.

Takde bukti pun Mee lor ambil masa bersalin cepatkan kelahiran. Buat masa ini, ia layak dikelaskan sebagai MITOS.
.

PLANTAH?
----------------
Lemak durjana yang mula diharamkan di US bermula tahun 2015 dan berkuatkuasa sepenuhnya pada tahun 2018 terkandung pada bahan masakan kegemaran ramai ini.

Apa bahaya lemak trans ini?

Rujukan : Weston A. Price Foundation
1) Risiko penyakit jantung. Denmark menyaksikan penurunan kes sakit jantung lebih 50% hanya dengan menurunkan kadar lemak trans daripada 6gram kepada 1gram.

2) Risiko kanser
3) Risiko kencing manis
4) Gangguan imuniti
5) Gangguan kesuburan dan organ pembiakan.
6) Jika menyusu, lemak trans boleh mencemari susu dan menggangu perkembangan saraf serta merencatkan penglihatan.
7) Trans fat mengurangkan berat badan fetus dan merencatkan perkembangan otak dan saraf kandungan.

Ambil maklum ya ibu-ibu kajian penting oleh Berghaus et al. 1998, 2001:  Paras darah kandungan trans fat bayi sama dengan paras trans fat ibu. Apa maknanya?

Trans fat MERENTASI uri ibu dan menjadi "makanan" bayi..maksud saya.. RACUN pada kandungan.
.

BETUL KE BERKESAN PETUA TU?
----------------------------------------------------
Saya hanya boleh speculate mengikut pemahaman sains saya.

Gula tinggi Mee Lorr, trans fat Plantah dan telur mentah tinggi histamin mungkin  meningkatkan keradangan..

Malah menurut pakar nutrisi Dr Loren Cordein. PhD, sejenis enzim, lysozyme yang terkandung dalam telur mentah menyebabkan sindrom "leaky gut" dan mungkin menyebabkan keradangan bagi mereka yang alah.

Keradangan mungkin meningkatkan aktiviti kontraksi rahim. Tapi berbaloi kah gerakkan rahim dengan mengambil makanan menakutkan seperti lemak trans itu? 
.

Mengapa tak pilih alternatif lebih selamat? Jika low risk pregnancy, boleh cuba alternatif lebih selamat..saya kongsi dalam post saya yang seterusnya insha Allah 😊

Dalami lah ilmu pemakanan untuk semasa bersalin..Supaya kita tak terikut-ikut tanpa tahu sebab dan risiko kepada kesihatan kandungan dan kesihatan ibu mengandung sendiri. Kalau ada petua pelik nanti viral sebab taktik marketing pun, siapa tahu? 

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Saya harap mana yang dah buat tak tersinggung..kita belajar daripada kesilapan :)

SHARE supaya ramai orang tak buat amalan bahaya ini. Hubby oi tolong tag isteri kamu yang hamil ya.

Ikhlas,

Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-



Barangan Bayi Terbaik Pilihan Ibubapa | Johnson's Baby

Assalamualaikum... 

Barangan Johnson's Baby merupakan barangan bayi yang Fara percaya ramai kalangan ibu bapa menggunakannya. Dengan pengalaman sudah ke 125 tahun dalam penjagaan kulit bayi, jenama ini sentiasa mendapat sambutan ramai. Johnson's Baby sangat terkenal untuk menjaga dan membelai kulit bayi dari kulit biasa hingga kulit bayi yang sensitif.

Selamat ulang tahun ke-125 Tahun Johnson's Baby

Fara juga antara salah seorang pengguna tegar barangan Johnson's Baby seperti syampo dan mandiannya. Untuk anak-anak Fara, memang fara pakaikan syampoo dari Johnson's Baby kerana serasi dengan rambut anak yang panjang. Rambut anak menjadi lembut, sihat dan bersinar. Amat mudah untuk merapikan rambut anak yang panjang apabila menggunakan syampo dari produk ini.


Mandian dari Johnson's Baby juga begitu melembutkan kulit anak Fara. Wangiannya membuatkan sesiapa yang menghidu berasa tenang dan selesa. Fara agak menitikberatkan penjagaan kesihatan bukan sahaja untuk diri malah, anak-anak juga dan semestinya untuk anak, Fara akan memberi produk penjagaan kulit yang terbaik seperti Johnsons Baby.

Pelbagai rangkaian penjagaan diri dari Johnson's Baby dari hujung rambut hingga ke hujung kaki seperti mandian, lotion, bedak, syampo, baby oil dan banyak lagi boleh dipilih mengikut kesesuaian si manja anda. Pastinya, kesemua produk ini telah di uji kaji terlebih dahulu dan selamat digunakan oleh anak anda.

Johnson's Baby Di Uji Oleh Pakar

Menggunakan produk kesihatan yang tidak bersesuaian dengan kulit bayi akan menimbulkan masalah kesihatan seperti kegatalan pada bahagian kulit, keradangan dan ruam-ruam pada badan. Semestinya, bayi yang mengalami masalah kesan daripada penggunaan produk yang tidak sesuai akan menjejaskan kualiti hidup dan keselesaan mereka sepanjang hari. Oleh itu, Rangkaian produk Johnson's Baby yang telah diuji oleh pakar adalah pilihan yang bijak.



Nak Vintage Tin Bertulis Nama Sendiri Macam Ni?

Sempena ulang tahun ke-125 Tahun, Johnson's Baby telah mengadakan satu contest iaitu anda berpeluang untuk miliki vintage tin yang boleh tulis nama anda seperti yang fara terima. Caranya amat mudah, anda hanya perlu ke facebook page Johnson's Baby dan ikuti setiap langkah yang diberikan.



Terus ke facebook page untuk miliki vintage tin Tekan sini


Happy Anniversary Johnson's Baby




SUNTIKAN VAKSIN PNEUMOCOCCAL PERLINDUNGAN KEPADA SI MANJA ANDA.



Apa itu Vaksin Pneumococcal?

💗Perlindungan buat si manja anda !
- Vaksin Penumococcal adalah vaksin yang bertujuan mencegah jangkitan bakteria Streptococcus Pneumoniae buat bayi dan anak anda.

💗Vaksin Pneumococcal ini telah pun diwajibkan di banyak negara-negara maju. Di Malaysia ianya telah diminta oleh Persatuan Doktor Paediatrik Malaysia untuk dimasukkan didalam jadual imunisasi wajib, tetapi masih belum menjadi relaiti buat masa ini.
.
Mengapa perlu Vaksin Pneumococcal?
.
❣️ Bakteria Strep. Pneumonia adalah bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru (pneumonia), jangkitan darah (septicaemia), jangkitan telinga (otitis media), atau jangkitan selaput otak (meningitis). Semua jangkitan ini adalah jangkitan yang boleh membawa maut!
.
❣️Kini terdapat Vaksin Pneumococcal yang merupakan cara terbaik untuk mencegah jangkitan oleh Strep. Pneumoniae ini.
.
❣️Vaksin pneumococcal lebih penting sekiranya anak anda tinggal di taska atau rumah pengasuh yang ramai orang, sebab penyakit senang merebak bila bersesak-sesak.
.
❣️Jadi walaupun anak kita tidak dihantar ke pengasuh, tinggal di rumah dan hanya bersekolah seperti biasa, mereka tetap bersosial apabila kita bawa mereka keluar di hujung minggu.Perkara ini tidak dapat dielakkan.
.
❣️Anda boleh dapatkan Vaksin Tambahan Pneumococcal ini di klinik kami, Jumlah Dos Vaksin diberi adalah mengikut umur anak anda:

Umur Bayi Mengikut Dos Suntikan VAKSIN PNEUMOCOCCAL

➡ 2-6 Bulan: 4 dos
➡ 7-11 Bulan: 3 dos
➡ 12 bulan - 5 tahun: 2 dos

Harga Suntikan VAKSIN PNEUMOCOCCAL

Satu dose RM250.00

Senarai Klinik yang boleh vaksin Pneumococcal?


Suntikan vaksin Pneumococaal di Shah Alam :

Synflorix rm200. Cover 10 bcteria
Prevenar rm260. Cover 13 bcteria

Lokasi Klinik Azimah :

No. 9-1, Jalan Pegaga B U12/B, Desa Alam 40170 Shah Alam Selangor



Suntikan vaksin pneumococcal di Kedah :

Suntikan vaksin pneumococcal di klinik Damai Seksyen 7 Shah Alam :



Suntikan vaksin pneumococcal di kawasan Bangi :



Produk Terbaik Bersihkan Muka Paling Berkesan


Penting untuk mengetahui agar wajah anda tidak lagi dicemari dan kotor. Fara juga sering praktikkan cara dibawah untuk mengekalkan wajah yang bersih dan berseri sepanjang hari.

3 Langkah Mudah Penjagaan Muka Yang Betul

1. CUCI TANGAN

Pastikan tiada kotoran yang tertinggal di tangan anda melainkan anda mahu kuman dan bakteria pada tangan anda hinggap di muka anda. Oleh itu, pastikan tangan anda sentiasa dalam keadaan bersih apabila memegang wajah.


2. GUNA MAKE UP REMOVER 

Buang kotoran dan kesan make up di muka anda dengan menggunakan makeup removal. Make up amat susah nak tanggal dengan hanya mencuci muka. Pilih mana-mana makeup remover yang ada dipasaran dan bersihkan wajah anda dari solekan. Selepas itu, barulah mencuci muka pakai cleanser.


3. CUCI MUKA PAKAI KLEENEX SKINCARE FACIAL TISSUE 

Cara mudah dan pantas untuk bersihkan muka guna je Kleenex Facial Tissue Skincare. Ya, hanya pakai tisu muka boleh bersih dan  berseri tanpa perlu guna banyak produk.

No automatic alt text available.

Kleenex Skincare Facial Tissue Menjadikan Kulit Lembut Seperti Bayi


Kleenex Skincare Facial Tissue memberikan kelembutan yang terbaik untuk pembersihan muka secara mendalam dan juga boleh digunakan sebagai penanggal solekan (makeup remover). Boleh digunakan pada bila-bila masa, tidak kira tempat jika anda ingin memberikan kesegaran pada muka lapkan sahaja Kleenex Skincare Facial Tissue ini. Produk ini terbaik dalam membersihkan muka yang telah banyak terdedah pada kotoran dan memberikan kesegaran yang berpanjangan pada muka.


Image may contain: 1 person, close-up

Bahan Utama Kleenex Skincare Facial Tissue  Mengandungi Ekstrak Shea Butter dan Vitamin E


Shea butter terkenal kerana manfaatnya yang sangat baik untuk kecantikan kulit. Produk yang berasal dari lemak semulajadi ini, diekstrak terus dari buah pohon shea.

1. MELEMBAPKAN KULIT
Shea butter telah lama dikenali sebagai pelembap semulajadi kerana dapat menghasilkan minyak yang sama yang biasa dihasilkan oleh kelenjar sebaceous yang meliputi kulit. Ini akan membuatkan kulit menjadi lebih lembut dan gebu.

2. MENYEMBUHKAN MASALAH KULIT
Shea butter juga memiliki kemampuan sebagai penyembuh semulajadi untuk berbagai jenis penyakit kulit seperti ekzema, ruam, parut, bintik-bintik gelap dan bekas luka di kulit. Ini juga membantu melembutkan kulit kering dan membuat kulit jadi lebih halus dan tetap lembap.

3. ANTI BAKTERIA
Ini adalah salah satu manfaat shea butter yang sangat baik untuk kulit. Oleh itu, shea butter sering digunakan untuk menyembuhkan luka atau luka kebakaran pada kulit (sun burn), serta menyembuhkan bekas gigitan serangga.

Image may contain: 1 person, smiling, close-up

4. PELINDUNG MATAHARI
Shea butter juga dikenal sebagai pelindung matahari semulajadi yang dapat anda gunakan sebelum keluar. Namun, disarankan untuk memakai SPF 30 bersama dengan shea butter untuk mendapatkan perlindungan ekstra.

5. MERATAKAN WARNA KULIT
Jika anda memiliki warna kulit tidak rata akibat sinaran matahari, anda perlu menggunakan shea butter untuk meratakan warna kulit Anda.

6. MENEGANGKAN KULIT
Shea butter dapat membantu memperbaharui sel-sel kulit dan menjaga keanjalan kulit. Ini juga dapat menganjalkan kulit kerana shea butter mengandung kolagen yang membuatkan kulit tetap segar dan muda.


Muka Yang Terdedah Pada Sinaran Matahari Penyebab Kulit Muka Bermasalah. Atasinya Dengan Kleenex Skincare Facial Tissue


Kulit wajah yang sering terdedah kepada sinaran matahari lebih mudah terjadinya sunburn, kusam, berjerawat dan berminyak. Bayangkan, dalam sehari kita berada di bawah sinaran matahari, berapa kalikah kita memegang wajah dengan tangan yang kotor? Bakteria yang tidak dapat dilihat boleh memasuki ruang muka dengan mudah dan pantas. Dijangkakan lebih 360 kali kita memegang wajah bukan? 

Oleh itu, pentingnya Kleenex Skincare Facial Tissue ini ia dapat membersihkan kulit wajah sekaligus menjadikan wajah anda bersih dari kotoran. Tisu ini sangat lembut dan tidak menyakitkan wajah. Ia akan memberikan kelembapan pada wajah yang berpanjangan serta melindungi wajah pada tahap optimum


Lihat Situasi Dibawah, Adakah Pernah Terjadi Pada anda?

Jika ya, apa kata anda cuba sendiri Kleenex Skincare Facial Tissue dan rasai sendiri pengalaman menggunakannya.


New Kleenex Tissues with shea butter and vitamin E extracts gives you the superior softness and cushiony-feel on the skin. With three plies of softness and 100% imported virgin fiber, Kleenex gives you and your family a softer, smoother experience

Dapatkan segera Kleenex Skincare Facial Tissue Sekarang!

Beli Sekarang di Klik untuk beli


Huawei Honor 9 Lite Harga Dan Spec Terkini




Honor merupakan e-jenama peranti mobil terkemuka yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Perniagaan Pengguna HUAWEI. Seiring dengan slogan ‘for the brave’, jenama ini ditubuhkan untuk memenuhi keperluan warga milenia menerusi produk yang dikuasakan oleh internet yang menawarkan pengalaman pengguna yang hebat, memberi inspirasi, mencetuskan kreativiti dan mengilhamkan golongan muda untuk mengejar impian mereka. Dengan ini, honor telah meletakkan dirinya ke hadapan dengan pendekatan yang berani dan berbeza and mengambil langkah perlu untuk menawarkan teknologi dan inovasi terbaharu kepada pelanggannya.



Telefon pintar honor 9 Lite akan dijual secara eksklusif di Kedai Rasmi honor di platform Shopee pada 9 Mac pada harga istimewa sebanyak RM699 sahaja


Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah menandatangani usahasama rasmi dengan honor Malaysia untuk melancarkan telefon pintar honor 9 Lite yang akan dijual secara eksklusif di platform Shopee. Usahasama tersebut membolehkan kira-kira 9 juta pengguna Shopee di Malaysia untuk membeli telefon pintar 4-kamera tersebut pada harga istimewa sebanyak RM699 sahaja (Harga pasaran: RM749) untuk masa terhad pada 9 Mac 2018. Honor merupakan jenama terbaharu yang menyertai Shopee Mall, portal membeli-belah dalam talian khas yang membariskan lebih daripada 400 jenama terkemuka dan pengedar sah yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang premium kepada pengguna Shopee.



Abadikan Kenangan Anda Secara HD (Definisi Tinggi) dengan Empat Kamera

Honor 9 Lite menampilkan kamera dua lensa 13MP+2MP di bahagian hadapan dan belakang, yang membolehkan pengguna mengambil gambar yang jelas dan cantik tanpa mengira masa, tempat dan teknik. Dengan ciri-ciri kecantikan yang telah dinaiktaraf dan boleh diubahsuai, serta kesan ‘bokeh’ setaraf standard perisian komputer, telefon pintar ini pasti menjadi peranti pilihan bagi penggemar swafoto.

Image result for honor 9 Lite

Rekaan dan Paparan Yang Menawan 

Direka dengan ciri-ciri yang cantik dan praktikal, honor 9 Lite menampilkan teknik pembuatan yang tiada tolok bandingan dari semua sudut. Telefon ini mempunyai skrin paparan tanpa ‘bezelFullView HD (Berdefinisi Tinggi) dan kemasan seakan-akan cermin dengan nisbah skrin-ke-badan yang tinggi, menjanjikan penggunanya rekaan yang mewah.


Berprestasi Tinggi

Telefon honor 9 Lite ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 659 dan dilengkapi dengan 3GB RAM dan ruangan storan 32GB (boleh ditambah sehingga 256GB). Ia turut dibina dengan bateri berkuasa 3,000mAh yang boleh menampung penggunaan harian.



Telefon honor 9 Lite ini boleh didapati dalam variasi Sapphire Blue dan Glacier Gray. 


Bagi meraikan pelancaran ini, Shopee turut menganjurkan pertandingan swafoto di Instagram dari 12 hingga 31 Mac yang memberi peluang kepada peserta untuk memenangi telefon honor 9 Lite baharu ini. Pengguna Shopee hanya perlu memuat naik satu swafoto dengan rakan baik mereka di Instagram, letakkan keterangan yang menyatakan sebab mereka rasa rakan baik mereka adalah seorang yang cantik atau kacak, tag pada @shopee_my dengan tanda pagar #ShopeeXhonor. Dua pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi sebuah honor 9 Lite untuk mereka dan rakan mereka. Manakala 10 pemenang lain akan menerima hadiah berbentuk 10,000 syiling Shopee setiap seorang. Selain itu, dari 7 hingga 9 Mac, pengguna Shopee boleh bermain permainan Facebook Live untuk membuka kunci ‘Code of Honor’ yang menawarkan hadiah berupa sebuah honor 9 Lite setiap hari.

Image result for huawei honor 9 Lite blue and grey


150 pembeli pertama honor 9 Lite akan menerima set solekan khas untuk swafoto dari Maybelline New York, peneraju dalam industri kosmetik global, bernilai RM50. Nantikan kejutan yang mengujakan daripada jenama solekan No 1 Malaysia yang diispirasikan daripada trend terhangat dari New York yang akan bekerjasama dengan honor pada sambutan ‘Hari honor’.

Lihat Spec Penuh Huawei Honor 9 Lite di bawah :



Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my atau www.hihonor.com.my

Untuk mendapatkan tawaran eksklusif sempena pelancaran ini, layari www.shopee.com.my/honormy.officialstore. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.