Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Huawei Honor 9 Lite Harga Dan Spec Terkini




Honor merupakan e-jenama peranti mobil terkemuka yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Perniagaan Pengguna HUAWEI. Seiring dengan slogan ‘for the brave’, jenama ini ditubuhkan untuk memenuhi keperluan warga milenia menerusi produk yang dikuasakan oleh internet yang menawarkan pengalaman pengguna yang hebat, memberi inspirasi, mencetuskan kreativiti dan mengilhamkan golongan muda untuk mengejar impian mereka. Dengan ini, honor telah meletakkan dirinya ke hadapan dengan pendekatan yang berani dan berbeza and mengambil langkah perlu untuk menawarkan teknologi dan inovasi terbaharu kepada pelanggannya.



Telefon pintar honor 9 Lite akan dijual secara eksklusif di Kedai Rasmi honor di platform Shopee pada 9 Mac pada harga istimewa sebanyak RM699 sahaja


Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah menandatangani usahasama rasmi dengan honor Malaysia untuk melancarkan telefon pintar honor 9 Lite yang akan dijual secara eksklusif di platform Shopee. Usahasama tersebut membolehkan kira-kira 9 juta pengguna Shopee di Malaysia untuk membeli telefon pintar 4-kamera tersebut pada harga istimewa sebanyak RM699 sahaja (Harga pasaran: RM749) untuk masa terhad pada 9 Mac 2018. Honor merupakan jenama terbaharu yang menyertai Shopee Mall, portal membeli-belah dalam talian khas yang membariskan lebih daripada 400 jenama terkemuka dan pengedar sah yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang premium kepada pengguna Shopee.



Abadikan Kenangan Anda Secara HD (Definisi Tinggi) dengan Empat Kamera

Honor 9 Lite menampilkan kamera dua lensa 13MP+2MP di bahagian hadapan dan belakang, yang membolehkan pengguna mengambil gambar yang jelas dan cantik tanpa mengira masa, tempat dan teknik. Dengan ciri-ciri kecantikan yang telah dinaiktaraf dan boleh diubahsuai, serta kesan ‘bokeh’ setaraf standard perisian komputer, telefon pintar ini pasti menjadi peranti pilihan bagi penggemar swafoto.

Image result for honor 9 Lite

Rekaan dan Paparan Yang Menawan 

Direka dengan ciri-ciri yang cantik dan praktikal, honor 9 Lite menampilkan teknik pembuatan yang tiada tolok bandingan dari semua sudut. Telefon ini mempunyai skrin paparan tanpa ‘bezelFullView HD (Berdefinisi Tinggi) dan kemasan seakan-akan cermin dengan nisbah skrin-ke-badan yang tinggi, menjanjikan penggunanya rekaan yang mewah.


Berprestasi Tinggi

Telefon honor 9 Lite ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 659 dan dilengkapi dengan 3GB RAM dan ruangan storan 32GB (boleh ditambah sehingga 256GB). Ia turut dibina dengan bateri berkuasa 3,000mAh yang boleh menampung penggunaan harian.



Telefon honor 9 Lite ini boleh didapati dalam variasi Sapphire Blue dan Glacier Gray. 


Bagi meraikan pelancaran ini, Shopee turut menganjurkan pertandingan swafoto di Instagram dari 12 hingga 31 Mac yang memberi peluang kepada peserta untuk memenangi telefon honor 9 Lite baharu ini. Pengguna Shopee hanya perlu memuat naik satu swafoto dengan rakan baik mereka di Instagram, letakkan keterangan yang menyatakan sebab mereka rasa rakan baik mereka adalah seorang yang cantik atau kacak, tag pada @shopee_my dengan tanda pagar #ShopeeXhonor. Dua pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi sebuah honor 9 Lite untuk mereka dan rakan mereka. Manakala 10 pemenang lain akan menerima hadiah berbentuk 10,000 syiling Shopee setiap seorang. Selain itu, dari 7 hingga 9 Mac, pengguna Shopee boleh bermain permainan Facebook Live untuk membuka kunci ‘Code of Honor’ yang menawarkan hadiah berupa sebuah honor 9 Lite setiap hari.

Image result for huawei honor 9 Lite blue and grey


150 pembeli pertama honor 9 Lite akan menerima set solekan khas untuk swafoto dari Maybelline New York, peneraju dalam industri kosmetik global, bernilai RM50. Nantikan kejutan yang mengujakan daripada jenama solekan No 1 Malaysia yang diispirasikan daripada trend terhangat dari New York yang akan bekerjasama dengan honor pada sambutan ‘Hari honor’.

Lihat Spec Penuh Huawei Honor 9 Lite di bawah :



Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my atau www.hihonor.com.my

Untuk mendapatkan tawaran eksklusif sempena pelancaran ini, layari www.shopee.com.my/honormy.officialstore. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. 















1 ulasan:

Raydah berkata...

jmput singgah join n meriahkan segment GA kt sini

http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html