Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Kenapa tak boleh makan telur mentah semasa hamil? Ini penjelasannya

Assalamualaikum...

Terlalu banyak info tidak betul yang para ibu hamil amalkan lagi-lagi untuk untuk memudahkan proses bersalin. Tahukah anda kenapa tak boleh makan telur mentah semasa hamil?

Ini penjelasannya : 

Dipetik dari facebook Hafiz Sulaiman

Astaghfirullah, sesak nafas terbaca petua mudah bersalin viral.. 

Nak mudahkan bersalin cuba makan plantah dan mee lor? Ada pula yang syorkan telur mentah 2 biji..? 

Saya biasanya mengelak komen benda viral atau isu semasa.. risau ada yang tersinggung. Kali ni saya bukan apa, tapi kesian dan rasa berdosa kalau tak tegur apa yang saya belajar.
Kita sama-sama betulkan dan belajar dari kesilapan :)

Bahaya tu puan...Risiko pada ibu.. risiko pada bayi dalam kandungan.. saraf bayi boleh terencat... penglihatan boleh jadi cacat!

Petua mesti ada asas..dan faham asbab petua serta risikonya.
.



KENAPA PERLU ELAKKAN TELUR MENTAH

Mengandung memberi stres kepada badan..meningkatkan kortisol (hormon steroid)..Ya, imuniti badan akan menurun. Steroid berlebihan kurangkan imuniti badan..

Telur mentah berisiko dijangkiti kuman Salmonella dan ibu berisiko keracunan makanan kerana kuman ini. Demam, muntah, sakit perut, cirit birit dan renjatan merupakan antara kesan keracunan kuman Salmonella.

.
MEE LOR TINGGI GULA.
 -----------------------------

Saya tidak tahu mengapa bersalin selalu orang syorkan makanan proses seperti mee lorr. Ia tinggi gula fructose proses dan juga mengandungi maltodextrin..yang meningkatkan gula darah ke langit..

Gula fruktosa ni toksik ya jika berlebihan. Menurut pakar hormon kanak-kanak, kesan berlebihan gula fruktosa ni sama seperti kesan arak kecuali tidak mabukkan. Kesan berlebihan gula ini dikaitkan dengan saraf, merosakkan hati (hati berlemak), meningkatkan asid urik, meningkatkan lemak jahat oxLDL penyebab sakit jantung serta menyebabkan obesiti.

Takde bukti pun Mee lor ambil masa bersalin cepatkan kelahiran. Buat masa ini, ia layak dikelaskan sebagai MITOS.
.

PLANTAH?
----------------
Lemak durjana yang mula diharamkan di US bermula tahun 2015 dan berkuatkuasa sepenuhnya pada tahun 2018 terkandung pada bahan masakan kegemaran ramai ini.

Apa bahaya lemak trans ini?

Rujukan : Weston A. Price Foundation
1) Risiko penyakit jantung. Denmark menyaksikan penurunan kes sakit jantung lebih 50% hanya dengan menurunkan kadar lemak trans daripada 6gram kepada 1gram.

2) Risiko kanser
3) Risiko kencing manis
4) Gangguan imuniti
5) Gangguan kesuburan dan organ pembiakan.
6) Jika menyusu, lemak trans boleh mencemari susu dan menggangu perkembangan saraf serta merencatkan penglihatan.
7) Trans fat mengurangkan berat badan fetus dan merencatkan perkembangan otak dan saraf kandungan.

Ambil maklum ya ibu-ibu kajian penting oleh Berghaus et al. 1998, 2001:  Paras darah kandungan trans fat bayi sama dengan paras trans fat ibu. Apa maknanya?

Trans fat MERENTASI uri ibu dan menjadi "makanan" bayi..maksud saya.. RACUN pada kandungan.
.

BETUL KE BERKESAN PETUA TU?
----------------------------------------------------
Saya hanya boleh speculate mengikut pemahaman sains saya.

Gula tinggi Mee Lorr, trans fat Plantah dan telur mentah tinggi histamin mungkin  meningkatkan keradangan..

Malah menurut pakar nutrisi Dr Loren Cordein. PhD, sejenis enzim, lysozyme yang terkandung dalam telur mentah menyebabkan sindrom "leaky gut" dan mungkin menyebabkan keradangan bagi mereka yang alah.

Keradangan mungkin meningkatkan aktiviti kontraksi rahim. Tapi berbaloi kah gerakkan rahim dengan mengambil makanan menakutkan seperti lemak trans itu? 
.

Mengapa tak pilih alternatif lebih selamat? Jika low risk pregnancy, boleh cuba alternatif lebih selamat..saya kongsi dalam post saya yang seterusnya insha Allah 😊

Dalami lah ilmu pemakanan untuk semasa bersalin..Supaya kita tak terikut-ikut tanpa tahu sebab dan risiko kepada kesihatan kandungan dan kesihatan ibu mengandung sendiri. Kalau ada petua pelik nanti viral sebab taktik marketing pun, siapa tahu? 

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Saya harap mana yang dah buat tak tersinggung..kita belajar daripada kesilapan :)

SHARE supaya ramai orang tak buat amalan bahaya ini. Hubby oi tolong tag isteri kamu yang hamil ya.

Ikhlas,

Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-



1 ulasan:

PeRdU cINta berkata...

Terima kasih perkingsian....sangat bermanfaat...mana boleh ubah kita perbetulkan...yang betul terus amalkan...