Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Makan food truck di Wilayah Persekutuan



Seperti yang anda tahu, food truck adalah sebuah truck bergerak untuk memudahkan anda mencari pelanggan. Kelebihan ini juga dapat memastikan barang-barang kelengkapan tidak mudah dicuri. Malah anda tidak perlu ke hulu-hilir membawa stok bahan mentah kerana mudah sudah tersimpan di dalam food truck melainkan stok tersebut itu perlu ditambah.




Dikenali dengan nama Food Truck, ia membawa kelainan kepada pelanggan kerana konsepnya menarik dan unik sehingga menjadi trend masa kini. Perasan tak, perniagaan dengan menggunakan food truck, atau trak makanan, semakin popular di Malaysia. Fara turut tertarik dengan makanan yang di jual di Food Truck kerana dihiasi dengan pelbagai variasi warna serta dekorasi menarik di Van Food Truck selain makanan yang dijual mereka juga sedap dan banyak pilihan


Menu food truck menarik perhatian ramai

Lazimnya, menu yang dijual di food truck juga sangat berlainan dari yang dijual di kedai kebanyakan. Menu di food truck jika dilihat, kebanyakannya telah di ‘upgrade’ sebagai contoh set menu chicken grill jika dahulu adalah biasa tapi sekarang telah di saluti pula dengan cheese. Walaupun harganya sedikit mahal, ianya tetap menjadi pilihan umum atau orang ramai kerana kuantiti makanan yang dihidangkan adalah banyak.

Warga Wilayah Persekutuan menerima lesen perniagaan Food Truck


Teringat masa pergi ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kelmarin, meriah sepanjang jalan dihiasi dengan food truck. Fara tak lepaskan peluang untuk mencuba segala menu disitu. Rupanya masa hari fara datang, ada event khas untuk para peniaga.


Kementerian Wilayah Persekutuan menyasarkan kira-kira 1,000 lesen perniagaan kenderaan saji (trak makanan, food truck) dikeluarkan akhir tahun ini bagi merealisasikan hasrat sifar penjaja tepi jalan di sekitar ibu negara menjelang tahun 2020.




Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata setakat ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan sebanyak 220 lesen kendera saji.

"Sekarang ini, kita sedang berbincang dengan pihak pembuat trak ini bagaimana kita boleh atasi masalah yang dihadapi peniaga masa ini. "Misalnya mendapat pinjaman dan sebagainya. Kita juga berbincang dengan pihak Majlis Amanah Rakyat, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) untuk membantu mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Food Truck (Kendera Saji) Hari Wilayah Persekutuan 2018 di sini, hari ini bersempena Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9).


Perniagaan Food Truck adalah Langkah kepada pengurangan berniaga di tepi jalan

“Tengku Adnan berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti lokasi untuk dijadikan pusat perniagaan kendera saji yang dilengkapi elektrik, air dan tempat pembuangan sampah. Sekarang ini mereka (peniaga) ada tempat-tempat statik, di kawasan parkir tertentu yang disediakan untuk mereka datang pada waktu makan tengah hari atau malam," katanya.



Walaupun food truck sejenis perniagaan bergerak, mencari lokasi yang bersesuaian bukannya mudah kerana jika di satu kawasan itu ramai orang tidak semestinya lokasi itu strategik untuk berniaga. Kawasan seperti taman dan sekitar stadium adalah kawasan yang strategik untuk berniaga tetapi perlu memastikan juga cuaca yang elok atau di tempat itu penuh bila ada perlawanan memungkinkan anda mendapat pulangan pendapatan yang besar dalam satu hari. Jika tidak anda perlu mencari lokasi yang lain untuk berniaga. Disebabkan inilah Tengku Adnan berusaha untuk mencari lokasi yang terbaik untuk peniaga Food Truck untuk membantu kita meningkatkan kos sara hidup diri.


Satu inisiatif terbaik untuk rakyat menjalankan perniagaan Food Truck


Alangkah beruntungnya masyarakat sekarang kerana mereka akan dibantu untuk meningkatkan lagi kos sara hidup yang semakain tinggi sekarang. Fara pernah dengar pendapatan perniagaan food truck ini walaupun tidak menentu tapi ada masa sangat lumayan. Apa yang penting, ia berdasarkan kecekapan, kerajinan dan cara anda mendapatkan pelanggan.



Rasa bangga menjadi rakyat Malaysia kerana akan ada mereka yang datang bantu memberikan pertolongan lebih-lebih lagi untuk peniaga.









59 ulasan:

::EIDA:: berkata...

Ida pon suka makan food truck! Kawasan lebih selesa dan bersih! At least peniaga ada tapak dan hala tuju berniagaaa kan, xde la niaga tepi tepi jalan gitueww. 👍🏻👍🏻

Shafyqah Azry berkata...

seronok tengok tempat yang ada food truck. kalau sha, sha lebih pilih food truck berbanding penjaja tepi jalan

zaza iman berkata...

Tak pernah lagi singgah kawasan foodtruck.. Area tmpt zaza blm ade.. Nk kena turun sini la nanti.. Kwsan pun best je tgk

Fieza Sani berkata...

Suka jugak makanan yang dijual dalam food truck ni..macam2 variasi yang diberi sentuhan moden,menarik minat pelanggan untuk mencuba menu dari food truck..me salah sorang ;)

Eny Abdullah berkata...

Pencen nanti ingat nak buka satu lah hehehehe

Khaty berkata...

Wau..trend sekarang memang menyenangkan peniaga untuk berniaga,Makanan pun kebanyakan sedap..

aima hassan berkata...

Layan juga sebenarnya lepak makan kat foodtruck ni. Harga not bad, and biasanya ada background music/busking sekali
Best suasana

Mya Farisha berkata...

Bagus betul ada food truck ni sebenarnya. Sebab makanan disediakan bila kita order. Kita nampak cara penyediaan dan sebagainya. Lagi best, biasanya kat kawasan foodtruck ni ada busking sekali. Layannn~

kak gojes berkata...

Dah lama teringin berniaga dgn food truck ni..tp selalu jd customer jer

Cekgu Norazimah berkata...

Nampak lagi class dgn food truck ni, bersih lagi

Mrs Pip berkata...

kalau nak sewa premis perniagaan agak mahal kan, so kalau dapat lesen food truck, at least bolehlah berniaga dengan modal yg sederhana ...

Cekgu Norazimah berkata...

Nampak lagi class dgn food truck ni, bersih lagi

Rodiah Amir berkata...

follow sini. Food truck yang bestnya sebab presentation dia menarik hati lepas tu open air concept yang rasa sempoi habis. Harapnya inisiatif membantu peniaga food truck ni dikekalkan

.atynFATHIN. berkata...

wahhhh menarikkk

Efa Othman berkata...

Memang best beli makan di food truck ni. Berbagai pilihan yang menyelerakan.

Miza Talib berkata...

Malaysia dah macam negara luar maju

CikLa Shahril berkata...

Bagus juga inisiatif ni. Di samping membantu para peniaga meng upgrade perniagaan mereka ia juga dapat memberi peluang kpd generasi muda untuk melibatkan diri dlm perniagaan. Mcm dekat tempat cikla ni, mmg ramai peniaga food truck yang terdiri dr belia muda remaja lagi. At least kuranglah sikit masa mereka dihabiskan untuk aktiviti tak berfaedah kan... Good job WPKL.

Shazril Shukri berkata...

Best bila ada banyak food truck ni, makanan pun banyak choice... =D
kaddang-kadang tu ada yang bawak konsep makanan baru yang memang susah nak jumpa kat mall tau kedai area Kl...

Hope boleh kembang ke tempat-tempat lain jugak =D

Noor Akma berkata...

Bagus ada food truck, konsep yg mudah ini menggalakkan ramai org berniaga dan pembeli pun boleh buat pilihan makanan...

marsha berkata...

Akak suka makan dekat food truck ni sebab terasa ala ala warung gtu. Best!!

Mrs Fuzy Hamid berkata...

Suka bwli makanannkt food truck..lebih bersih kan

Mastura Din berkata...

Suka food truck ni sebab banyak pilihan makanan dalam satu kawasan... Rambang mata jadinya.. Semua nk beli.. Hehehe

Dik bee berkata...

Sekarang dah makin ramai usahawan food truck ni. Kebanyakannya anak2 muda. Kadang teringin gak nak berniaga food truck tp tak tau nak jual apa 😅

Annur Syuhadah berkata...

Hye fara, AS singgah and follow sini.

Papaglamz dot com berkata...

Food truck ni mmg trending skrg ni kan? Usaha yang baik dari kerajaan bagi menambah bilangan dan membantu usahawan2 di Malaysia.

Maria Firdz berkata...

Senang nak berniaga dan mudahkan pembeli... Bagus jika diperluaskan di seluruh negara.

jessie koo berkata...

Best. Family I pon suka beli kat food truck. Macam macam ada

Mia Liana berkata...

inisiatif yang sangat bagus untuk bantu usahawan... senang nak berniaga...

Eintan Nurfuzie berkata...

Pakai foodtruck lg ok dri bukak gerai tepi jalan. Lebih selamat

mamapp berkata...

Semakin banyak usahawan food truck Dan makanan food truck pun not bad juga kan

aRzMoHa berkata...

Konsep food truck ni sebenarnya dah lama...

Cuma berkonsepkan makanan masih baru.

Apa yang.best makanan hipster. Untung penduduk Wilayah persekutuan. Kementerian support dengan memberi lesen Dan event

aRzMoHa berkata...

Bagusnya kementerian membantu dalam mempermudahkan modal Dan lokasi.


sayidah napisah berkata...

tak pernah lagi makan kat foodtruck tapi ramai yang suka. teringin sebenarnya hehhee.

Afizah Abd Rahman berkata...

Pernah jugak makan dekat food truck ni. Macam-macam makanan ada. Bagus juga food truck ni sebab secara tak langsung boleh mengurangkan bilangan peniaga tepi jalan.

irra yyan berkata...

Mommy suka cendoiii..klu korang lalu kat icity ada satu deretan food truck. Sedap cendoi depaaa

Nina Mirza berkata...

Adanya lokasi setempat tuk peniaga ni memudahkan kita nikmati pelbagai versi menu makanan yang sedap. Anak kak nina kata menu hipster gitu. Hehee

shamiera osment berkata...

Teringin nak ada food truck sendiri..best niaga ada food truck ni..

AimNub Haris berkata...

Wahhh..dekat Dataran Merdeka ye banyak food trucks ni..? Nah cuba la nanti.. :)

...

Siti Rohaida Yusof berkata...

Bestnya dapat makan pelbagai jenis makanan dari perniagaan food truck ni.

Cik Puan Ena berkata...

Konsep yg sgt bagus n berkesan. Menggalakkan usahawan muda berniaga. Tak terlalu membebankan dan tak perlu nak buka kedai tepi jalan yg perlukan kos lebih. Tambahan pula cantik n trendy.mereka pula kreatif dlm mhias. Tu pon mnjadi tarikan ntk pengguna mcm sy ni 😁👍

Anizz Annisa berkata...

best ada food truck ni..

Hanim Hashim berkata...

konsep begini memang jadi pilihan ramai kan. Tahniah, moga dapat diteruskan lagi

iu zira berkata...

Sekarang dekat Malaysia dah banyak juga food truck, tak payah pasang Khemah tapi kos tinggi yang tak mampu boleh cari bantuan food truck kan

sHaRiNa eLyaNa berkata...

sng nak cr makanan yg sdp2 n byk pilihan lps ni

Ema Tunz berkata...

kemudahan sebegini membantu rakyat malaysia menjana pendapatan dan membantu keluarga dari segi ekonomi. bestnya dok KL, macam macam hado

wayne harraz berkata...

Saya selalu lalu dekat foodtruck putrajaya ni. Tp msh xberkesempatan nk singgah

Eyda Rashid berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Maisarah Humaira berkata...

inisiatif yang sangat bagus untuk para peniaga ni. sangat memudahkan mereka berniaga di mana sahaja

www.maisarahsidi.com

Tunsha berkata...

Program yang menarik untuk anak muda yang baru belajar dan berjinak dalam perniagaan.

luqman zakaria berkata...

betul cakap fara..perniagaan menggunakan food truck ini menjadi trend masa kini..luqman ada dengar ada satu hotel atau kedai mkn kot yang akan buat buffet ramadhan nanti menggunakan konsep food truck jugak..

farhanna jafri berkata...

suka jugak makan dekat food truck ni sebab banyak yang best & urban

Cahaya Hayati berkata...

Suka dengan makanan food truck sebab terdapat banyak pilihan dan murah

Inani Hazwani berkata...

Sekarang dah banyak kan food truck. Nani memang prefer food truck sebab bersih

Cik Tie berkata...

Alhamdulillah, ciktie pun tumpang berbangga sebab pihak kerajaan sentiasa menjaga kebajikan warganya

safurara berkata...

Akk suka sbb xyah susah susah nak masak. Haha.

Ana Jingga berkata...

Memang best makan di food truck ni kan.. macam2 pilihan :)

yoorin melacolea berkata...

suka dengan program food truck. lebih nampak kemas dan teratur berbanding pacak payung kat tepi jalan

Atikah Norbaki berkata...

makanan foodtruck skg memang unik2... tu yg menariknya tu...

khaty aiman berkata...

Khaty memang suka menu di food truck sebab ada banyak pilihan. Harga pun berpatutan