Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

12 Tip Penyediaan Hidangan Sihat Semasa Berbuka Puasa


Related image

12 Tip Penyediaan Hidangan Sihat Semasa Berbuka Puasa

1. Mulakan dengan yang ringan dan mudah dihadam seperti kurma, buah-buahan dan jus buah-buahan. Ini dapat memberi tenaga segera kepada tubuh

2. Banyakkan minum air kosong

3. Elakkan berbuka dengan kopi atau teh, ini kerana kopi dan teh mengandungi kafein yang membuatkan anda kerap membuang air kecil

4.Elakkan berbuka dengan air berkarbonat kerana ia boleh membuatkan anda mengalami masalah perut kembung dan berangin

5. Jika membeli juadah di Bazar Ramadhan, elakkan memilih makanan yang berminyak atau dimasak menggunakan santan

6. Hidangan utama boleh diambil setelah menunaikan solat maghrib bagi mengelakkan ketidakselesaan perut

7. Pilih makanan yang berkarbohidrat kompleks seperti nasi, mi atau roti berbanding kuih-muih. Kuih-muih yang manis mengandungi kandungan gula yang tinggi yang menyumbang kepada lebihan kalori

9. Pilih makanan yang dipanggang, dikukus, atau rebus jika mahukan makanan bergoreng, gunakan sedikit minyak sahaja ketika memasak

10. Pengambilan makanan yang pedas serta berempah adalah tidak digalakkan semasa berbuka. Ini kerana di khuatiri menimbulkan ketidakselesaan perut di siang hari

11. Kurangkan pengambilan air manis semasa berbuka bagi mengelakkan ketidakselesaan perut

12. Perbanyakkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi seperti kekacang, produk bijiran penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengurangkan rasa lapar pada siang hari

Tiada ulasan: