Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Berocca Vitamin yang diamalkan Tun Dr Mahathir Mohamad





Supplement Tun M (Berocca)

Sejak gambar Tun M dinner tu tersebar tu, semua nak ikut apa yang Tun M ambik. Saya pun sejak semalam ada few orang PM saya tanya pasal supplement yang Tun M ambik tu.

Selama ni memang banyak je farmasi jual, tapi orang tak heran pun nak beli walaupun kita ada juga advice on kebaikan dia. Takpelah, harini saya komen sikit pasal Berocca ni ye.

Berocca ni kandungan dia Vitamin B (8 jenis), Vitamin C dan essential mineral macam magnesium, zinc, calcium dan macam2 lagi.

Antara kebaikan dan fungsi dia adalah:

1. Boost stamina by boosting energy release

2. Meningkatkan konsentrasi dan mental performance.

3. Mengurangkan keletihan dan kelesuan (tiredness and fatigue).

Ada yang nasihat kata tak perlu supplement2 ni sebab cukup dah apa kita makan. Tapi percayalah, bila anda jenis yang kerja menggunakan physical, atau anda seorang pelajar yang banyak memerlukan otak untuk berfikir, anda akan mendapat manfaat dari pengambilan supplement.

By the way, BEROCCA ni kalau anda tanya saya sebagai seorang ahli farmasi, saya akan advice untuk ambil bila anda memerlukan je. Tak perlu ambil hari2.

Macam Tun M, hari2 dia memang hectic dan dia perlukan something untuk boost tenaga dia sepanjang hari. So, patutlah dia ambil setiap hari.

Macam saya, saya ambil bila saya kena pergi outstation yang memerlukan saya drive 4-5jam straight. So, jika anda tahu yang haritu anda akan perlukan tenaga extra atau perlu menghadiri long meeting or long lectures yang memerlukan mental concentration and sharpness, ambillah sebiji Berocca ni. Insya Allah, dengan izin Allah it will help your day.

Berocca ni ada je few alternative dia. Surbex Zinc dan Redoxon pun antara yang bagus juga. So, kalau anda cari Berocca sekarang kat farmasi, and Berocca out of stock (maklumlah, bila benda dah viral, memang sentiasa habis), boleh je beli Redoxon atau Surbex Zinc. Biasanya orang nak yang sama jugak! hahahah...

Berocca > Surbex Zinc > Redoxon

p/s: dah lama tak tulis post pasal ubat and product. huhuhuu. Sumber : Fb

#farmasiideal
#communitypharmacist


Related image.



1 ulasan:

Lady SHAH berkata...

Vitamin untuk ibu yg menyusukan anak.. ada tak?? Hehe.. tp baby kak shaz ada congenital hypothyroid... any suggestion tak..