Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Resipi Ikan Tenggiri Masak Asam Paling Sedap Dan Mudah

Assalamualaikum...

Bulan puasa ni tiba-tiba nak makan ikan tenggiri masak asam. Biasa buat tapi tak pernah bubuh resipi kat blog. Kali ni rajin pula update resipi.


Bahan dan cara nak masak pun cukup mudah. Orang bujang pun boleh masak masakan ni. Yang mana dalam pantang bersalin pun sesuai makan masakan ni cuma tambah lada hitam dah jadi masakan orang pantang. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Bahan goreng dulu
4 keping ikan tenggiri
[boleh gunakan ikan lain saperti selar/kembung/bawal]

Ikan yang telah digoreng

Bahan Hiris
4 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
1 inci halia
8 biji cili padi
2 biji cili merah
1 labu bawang besar

Bahan yang perlu di hiris

Bahan Sos
1 cawan air asam jawa
1 biji tomato buah [belah 4]
minyak
garam

Cara masak
1. Ikan dibersihkan dan gaulkan dngan kunyit & garam
2. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Tumiskan semua bahan yg dihiriskan.
4. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa atau air cuka, tomato buah dan kunyit.
5. Bila dah mendideh masukkan ikan dan tutupkan api.
6. Sedap dimakan ngan nasi putih.


Siap! Mudah kan? ๐Ÿ˜Š



1 ulasan:

Normi Nieza berkata...

Senangnya..blh cuba ni. Thanks sharing fara๐Ÿ˜€