Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Rumah Mampu Milik Kos Rendah | RUMAWIP


Rumah merupakan salah satu keperluan asas bagi manusia. Semua sedia maklum bahawa rumah merupakan aset yang penting bagi semua rakyat tanpa mengira lapisan umur. Namun begitu, harga rumah pada masa ini adalah sangat tinggi sekali gus menyebabkan kebanyakan golongan berpendapatan rendah dan sederhana mengalami kesukaran untuk membeli dan memiliki rumah sendiri terutama bagi mereka yang baru mendirikan rumah tangga

Teringat dulu masa baru kahwin, susah sangat nak cari rumah lebih-lebih lagi bila tinggal di kawasan bandar semua harga dua kali ganda. Dengan kewangan yang belom stabil, rasa agak tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi bila tinggal di kawasan bandar yang maju ni. Rasa macam dah banyak benda berjimat tapi, kewangan tetap sekadar cukup-cukup makan. Langsung tidak dapat menabung. Perasaan stress tu Allah je tahu. 

Pernah sekali duduk berangan nak rasa rumah sendiri pada usia muda. Bila ada masa kelapangan duduk mendeko dan tambah kelengkapan rumah sampai penuh. Ada sekali tu sampai berangan nak jadikan rumah macam hotel sebab terlalu suka konsep hotel yang nampak mewah tapi simple. lucu bila teringat. hehe...

Ada suatu hari tu, kawan pernah bagitahu kenapa tak apply rumah RUMAWIP? Fara pun apa lagi 'search' la apa benda RUMAWIP yang kawan maksudkan tu. Untuk anda yang sudah tahu, baguslah. Bagi yang belum tahu mesti tertanya juga apa RUMAWIP ni kan? 


Apakah itu RUMAWIP? 

RUMAWIP ialah singkatan kepada Rumah Wilayah Persekutuan. Ia merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan.

Secara amnya, RUMAWIP ini dibina khusus untuk golongan belia dan pasangan muda yang baharu berkahwin dan belum memiliki kediaman sendiri.


Kadar Sewa Yang Murah

Time Fara dulu nak cari rumah sewa paling murah pun RM1200. Kawasan rumah pula jauh dari kemudahan awam dan tidak berapa strategik. Jauh dengan rumah jiran lagi membimbangkan sebab apa sahaja boleh berlaku bila kawasan rumah jauh dengan kejiranan. Apa pun, mintak dijauhkan perkara  tidak diingini.

Berbalik dengan cerita, mata masih tengah scroll dan baca lagi tentang RUMAWIP. Bila lihat kadar sewa RM800 sebulan dan penyewa perlu bayar selama 5 tahun sahaja kepada DBKL manakala RM300 daripada jumlah sewa akan disimpan untuk mereka pulangkan semula sebagai deposit. Deposit apa? andai kata penyewa sudah mampu membeli kediaman sendiri melalui Rumah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RUMAWIP) kelak, itulah duit yang kita boleh gunakan. What? Seriously? Jika dapat RUMAWIP ni fara sudah dapat jimat sebanyak RM400. Setahun menabung dah boleh kumpul RM4800. Fuhh! banyak juga tu.

Fara baca banyak kali sebab macam tak percaya ada inisiatif macam ni ditawarkan pada golongan muda yang berkahwin. Lokasi apartment RUMAWIP juga sangat strategik dan paling penting sekala kemudahan awam turut dilengkapi seperti surau, parkir, dewan dan gelangsang futsal.


Image result for rumawip

Kategori rumah mampu milik yang ditawarkan di bawah RUMAWIP?

Kategori untuk RUMAWIP pula ada 3 jenis iaitu Rumah Harga Rendah, Rumah Harga Sederhana Rendah dan Rumah Harga Sedarhana. Harga yang ditawarkan sangat tak masuk akal! Rumah RUMAWIP semua berada di kawasan strategik. Nak diikutkan, rumah di Kuala Lumpur mana dapat harga macam ni? Apartment yang cantik dengan harga yang murah memang menggugat hati.



RUMAWIP Mengurangkan Kos Sara Hidup Masyarakat

Kos sara hidup di tengah bandar tidak dinafikan memang tinggi. Nak bayar duit sewa rumah, kereta, belanja dapur, dan lain-lain hampir separuh gaji. Belum masuk nak bayar keperluan lain lagi. Pening kepala memikirkan. Terlalu cukup-cukup makan. RUMAWIP ni sekurangnya dapatlah meringankan sedikit kos sara hidup. Lebihan duit gaji boleh disimpan untuk masa akan datang.


Antara syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi memohon RUMAWIP adalah:


Bila dah tahu kelebihan dan ciri-ciri lain RUMAWIP ni Fara pun lihat pula syarat untuk apply. Dukacita, Fara atau suami tidak layak kerana kami tidak tinggal atau menetap di Wilayah Persekutuan. Berikut adalah syarat untuk apply atau memohon RUMAWIP :

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000 (Bujang) dan RM15,000 (Suami dan Isteri)
  • Pembeli perlu mendiami rumah yang dibeli dan tidak boleh disewakan
  • Pemohon tidak diisytiharkan muflis



Menarik kan RUMAWIP ni?

Walaupun RUMAWIP ni mempunyai semua ciri-ciri rumah idaman, tapi Fara tidak layak untuk 'apply' lagi sebab bukan tinggal atau bekerja di Wilayah Persekutuan. Rasa sedikit terkilan. 

Mungkin bukan rezeki Fara disini. Jika korang ada ciri-ciri seperti yang telah dinyatakan cubalah apply mana tahu dapat duduk di RUMAWIP lebih-lebih lagi bagi yang sudah berkahwin dan sedang mencari rumah sangat mudah untuk lulus syarat diatas. Kalau berminat terus je laman web RUMAWIP ok!







18 ulasan:

kak gojes berkata...

warga KL bolehlah try memohon

Mrs Pip berkata...

rumah sekarang ni harga mahal, beruntung yg dapat rumah melalui program ni...

Cik Tie berkata...

Alahaiii apasal la baru tahu ni. Memang bukan rezeki la ciktie nak cuba pun

Cekgu Norazimah berkata...

Cepat2 la apply kalau yg layak tu

el berkata...

ha mereka yg plan nak kawin tu boleh plan nak duduk rumah transit ni..jimat kos hidup wei

Noor Akma berkata...

Cantik rumah ni, kawasan strategik plak tu.. rugi warga KL kalau x mohon :)

Atikah Norbaki berkata...

Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

sHaRiNa eLyaNa berkata...

seriusly? wah untungnya org wilayah

Eintan Nurfuzie berkata...

simpanan paksa rela tu bagus

luqman zakaria berkata...

bertuahnya warga WP dapat kemudahan yang macam nih..jeles plak saya.

Miza Talib berkata...

Untungnya warga kota.

Kin Naz berkata...

Cantikla rumah tu dan dibina pula dikawasan yang strategik. Keperluan asas pun lengkap. Orang KL baik apply cepat

Hasrul Hassan berkata...

Terima kasih atas info berkaitan perumahan ni. Ramai di WP tu memang mencari peluang nak rumah sendiri

Nurul Shahira berkata...

Bestnyaaa, fasiliti lengkap.

Mrs Fuzy Hamid berkata...

Bagus inisiatif ni utk bantu golongan muda dan semoga anak-anak muda ambil peluang yg diberikan

Marshalizadotcom berkata...

Alhamdulillah...suka dengar dapat beli rumah serendah 300k. Rumah sekarang mahal

khaty aiman berkata...

peluang yang bagus ni, ye la kan, nak beli rmah zaman sekarang pun susah juga.

sayidah napisah berkata...

wow murah la tu kan sewa kalau duduk kat KL.