Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Shopee Bersama Skuad Selebriti Shopee Yang Baharu

Assalamualaikum... 

SHOPEE antara platform membeli-belah kesukaan Fara ketika ini kerana Shopee sentiasa menawarkan tawaran harga yang sangat murah berbanding platform lain. Hampir setiap hari akan ada 'shocking sale' yang mana korang boleh dapatkan harga barang separuh dari harga normal. Yang penting kena rajin tengok barangan 'shocking sale' yang ditawarkan.

Tiap hari tak sah kalau tak buka aplikasi Shopee dan baru-baru ini Fara perasan ada terbaharu mengenai Shopee iaitu Skuad Selebriti.



Barisan pelopor Skuad Selebriti Shopee: 

Skuad Selebriti Shopee kesemuanya hebat-hebat belaka antaranya YBhg. Dato Sri Siti Nurhaliza, Nora Danish, Heliza Helmi, Elfira Loy, Izara Aishah dan Emma Maembong. Di dalam Skuad Selebriti, artis terkenal tersebut akan menjual segala koleksi mereka. Lepas ni korang tak payah la susah-susah pergi mall shopping. Beli je barangan artis kesayangan anda di Shopee.



Penyanyi Nombor 1 Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin yang menawarkan produk penjagaan kulit dan kosmetik, SimplySiti




Pelakon popular, Nora Danish dengan jenama tersendiri Owl, yang menawarkan fesyen Muslim tradisional dengan sentuhan moden 



Pelakon kegemaran ramai, Izara Aishah memperkenalkan produk bibir berjenama Madame Izara di Shopee



Bintang drama popular Separuh Jiwaku, Elfira Loy dan finalis Akademi Fantasia Musim Ke-5, Heliza Helmi dengan jenama masing-masing EL dan Heliza Guzel Hive - menjual pakaian tradisional Muslim

 


Artis serba boleh, Emma Maembong bukan sahaja bergiat dalam bidang lakonan dan peragaan, mala juga memulakan perniagaan sendiri yang membariskan produk penjagaan kulit, EMBS



Lebih ramai Selebriti akan menyertai Skuad Selebriti Shopee pada masa akan datang

Di samping memperkenalkan lebih ramai selebriti untuk menyertai Skuad Selebriti Shopee pada masa akan datang, pengguna Shopee juga pasti teruja dengan kempen mingguan istimewa Skuad Selebriti yang menampilkan pelbagai tawaran dan aktiviti yang tidak boleh dilepaskan. Kempen mingguan ini akan menampilkan pelancaran eksklusif produk termasuklah koleksi alat solek bertemakan emas keluaran YBhg. Dato’ Siti Nurhaliza, SIMPLYSITI New Gold Edition menggunakan teknologi fokus lembut dan debuan emas yang hanya boleh didapatkan di Shopee.


Peminat selebriti ini pasti ternanti-nanti akan siri acara komuniti dan pemberian hadiah yang dianjurkan oleh Shopee seperti sesi temu mesra bersama selebriti dan pertandingan media sosial yang menawarkan hadiah menarik.


Untuk maklumat lanjut tentang Skuad Selebriti Shopee, layari https://shopee.com.my/m/Shopee-Celebrity-Squad

Untuk maklumat lanjut tentang Kempen Cahaya Raya, layari https://shopee.com.my/m/shopee-cahaya-raya.









Tiada ulasan: