Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Peraduan Beli Dan Menang Hadiah Bernilai RM10 000 "Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold"


Assalamualaikum... hi korang!

Jus Hidayah Gold

Jus Hidayah Gold sangat terkenal dengan slogannya iaitu "Raja Segala Herba" membuktikan gaya pemakanan serta penyediaan pemakanan kesihatan berasaskan herba mampu meningkatkan ketahanan tubuh badan manusia secara semulajadi. Minuman kesihatan bermutu tinggi dan menggabungkan 23 jenis herba ini memberi kebaikan dan kesan berganda untuk lebih sihat dan kekal cantik.



Malah, penerimaan terhadap produk berasaskan herba semakin popular, didorong oleh kecenderungan pengguna ke arah pengamalan gaya hidup yang lebih sihat. Bagi memberi kesan terbaik, ia juga digabungkan dengan makanan sunnah yang menjadi amalan sejak ratusan tahun lalu seperti madu, delima dan kurma merah. Dikilangkan di kilang bertaraf GMP, Jus Hidayah juga mendapat kelulusan daripada Biro Farmasi Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia selain diiktiraf halal oleh JAKIM.


Imam Muda Asyraf Sebagai Duta Produk

Imam Muda Asyraf juga turut dijadikan duta produk kesihatan yang terkenal dengan tagline ‘Lebih Kuat, Lebih Cergas, Lebih Beramal’ iaitu Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas.


Menerusi program bual bicara khas iaitu Hidayah Talk, pelbagai khasiat mengenai produk akan dikongsikan oleh Imam Muda Asyraf melalui laman Facebook Seraimas HQ. Program bual bicara yang berlangsung tiga kali dalam sebulan ini mengupas topik-topik semasa tentang kekeluargaan dan pentingnya kesihatan.


Peraduan Beli Dan Menang Hadiah Bernilai RM10 000 Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold

Cara Penyertaan 
  1. Beli Jus Hidayah Gold
  2. Peserta perlu bergambar beramai-ramai (“wefie”) bersertakan Jus Hidayah Gold sebagai bukti
  3. Muat turun aplikasi QR reader di App Store atau Play Store dan scan QR code yang tertera di kotak Jus Hidayah Gold
  4. Isi butiran lanjut dan masukkan “original code”. Ikut langkah seperti yang tertera di laman sesawang www.seraimas.my
  5. Masukan slogan "Saya sertai peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold kerana........." Ayat tidak boleh melebihi 50 patah perkataan.
  6. Muat naik gambar wefie raya anda di platform yang disediakan. Dengan memuatnaik gambar di platform ini anda telah mengakui bahawa:
  7. Gambar adalah milik anda
  8. Tiada sebarang pelanggaran hak cipta atau seumpamanya
  9. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar dan maklumat yang dimuatnaik
  10. Membenarkan pihak penganjur menggunakan atau menyiarkan gambar anda di sebarang media bagi tujuan pengiklanan dan promosi produk Seraimas.
  11. Untuk anda berpeluang memenangi hadiah, penyertaan anda mestilah diterima pada hari akhir tempoh peraduan. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan tidak akan dilayan.
  12. Dengan menyertai peraduan ini, anda adalah dengan ini dianggap telah menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat Peraduan #WefieRayaJusHidayahGold. Sila klik link ini
Tarikh Tutup Penyertaan: 1/7/2018 jam 10 malam



Hadiah Lumayan Menanti Anda!

Seramai 5 orang pemenang akan dipilih. Berikut adalah hadiah-hadiah yang bakal dimenangi.

Tempat Pertama:
Gold Bar (20g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Tempat Ke-2:
Gold Bar (10g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Tempat Ke-3 sehingga ke 5:
1 dinar emas + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas



Video Peraduan Wefie Raya



Mengenai Serai Mas Herbs

Serai Mas Herbs Sdn Bhd ditubuhkan pada 2005 di atas impian dan inspirasi oleh pengasas yang juga Pengarah Urusan Syarikat, Datin Hajjah Sunita Bibi Ali Akhbar. Menyedari hakikat bahawa sektor makanan tambahan bagi tujuan kesihatan dan juga produk kosmetik serta kecantikan amat menggalakkan, maka syarikat ini mula beroperasi dengan menyediakan pelbagai rangkaian produk yang bermutu tinggi.


Syarikat ini telah diperbadankan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 pada tarikh 22 Julai 2005. Dengan kejayaan cemerlang yang telah diperolehi sepanjang penglibatan syarikat dalam bidang ini, maka Serai Mas kini beroperasi sepenuhnya di Labis, Johor.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian: +6012 7848364

Website: www.seraimas.my
Facebook: Seraimas HQ
Instagram: @seraimashq
Youtube: Seraimas Herbs




Beli Handphone Honor Dan Nikmati Potongan 30% Sempena Super Honor Day


Assalamualaikum... hi


Beli Handphone Honor Dan Nikmati Potongan 30% Sempena Super Honor Day| Handphone Honor ni pun setanding dah dengan brands lain. Bagi peminat Jenama Honor pasti tak ketinggalan dan menantikan keluaran terbaru Honor kan?


Berita baiknya, sempena "Super honor Day" Honor 7A dan honor 10 Edisi Phantom Green telah dilancarkan Secara Eksklusif di Shopee Malaysia. Pada waktu macam ni lah anda kene reput peluang untuk beli handphone dengan harga yang murah. 

Mengenai Honor 7A

Honor 7A yang baharu dijangka menjadi telefon pintar bajet yang terbaik dengan paparan FullView 5.7 inci yang selesa dipegang. Untuk memberi pengguna swafoto yang berkualiti untuk diabadikan dan dikongsi bersama insan tersayang, honor 7A turut dilengkapi dengan dwikamera yang merangkumi kamera hadapan 8MP. 


Ia juga dilengkapi dengan bateri 3000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari walaupun digunakan secara berterusan. Telefon pintar ini juga lebih berkuasa dengan EMUI 8.0 yang mampu menyokong pelbagai fungsi. honor 7A juga menampilkan dua SIM dan slot kad SD untuk kemudahan pengguna. Pengguna boleh mendapatkan honor 7A menerusi hihonor dan Kedai Rasmi honor di Shopee pada harga istimewa RM429 (RRP: RM479) sepanjang Super honor Day.



Bagi mereka yang terlepas tawaran istimewa honor 10 yang lalu pasti akan teruja dengan pengenalan honor 10 dalam edisi Phantom Green yang didatangkan khas di Shopee pada jualan Super honor Day. Pada 8 Jun 2018, peminat honor bukan sahaja boleh mendapatkan variasi Phantom Green ini pada harga RM1,599, malahan dengan setiap pembelian, pembeli akan diberi hadiah percuma bernilai RM298, selagi stok masih ada.

Anda juga boleh beli produk lain Honor dan nikmati potongan harga sehingga 30% pada setiap pembelian.


Untuk menikmati keistimewaan pada Super honor Day, layari: https://www.hihonor.com.my atau https://shopee.com.my/honormy.officialstore




Cara Bayar Zakat Secara Online


Penggunaan media sosial Memberi Impak Besar Pada Masa Sekarang Dan Akan Datang

Penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, Blog dan Instagram bukanlah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia adalah pengguna internet dan media sosial yang aktif

Pengguna media sosial pula perlulah bijak menggunakan media sosial agar natijahnya memberikan kebaikan. Misalnya, ruangan mesej yang ada dalam Facebook itu perlu digunakan sebagai medium untuk kekal berhubung dan berinteraksi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan yang berjauhan terutama bagi mereka yang tinggal di luar negara.


Malahan, media sosial seperti Facebook, Instagram, Blog mahupun Twitter juga boleh digunakan sebagai medium untuk mencari rakan lama yang terpisah dan kembali berhubung semula dengan mereka serta mengikat ukhuwah sesama insan.

Zakat Boleh Dibayar Secara Online

Selain itu, apa yang Fara tertarik sekarang jika dahulu apabila hendak membayar zakat kita perlu keluar dari rumah untuk membayar zakat tetapi kini, semua boleh dilakukan di hujung jari sahaja. Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) telah mengambil langkah terbaik dengan mewujudkan bayaran zakat yang boleh terus di bayar secara online.

Related image

Tidak ketinggalan, jika ada permasalahan berkaitan zakat dari segi kiraan mahupun bayaran kita boleh terus bertanyakan atau merujuk terus info yang sahih dari website mereka. Jadi, selepas ini jika ada sebarang persoalan atau keraguan mengenai bayaran/kitaran zakat anda boleh terus ke website PPZ-MAIWP. Dengan membuat seperti ini, Fara percaya dapat memudahkan masyarakat untuk terus rujuk dari sumber yang sahih.

Kelebihan Membayar Zakat

Sedar atau tidak, kurang beberapa hari lagi Ramadan yang mulia bakal meninggalkan kita. Selain digalakkan untuk memaksimumkan pelbagai amal ibadah pada bulan tersebut, terdapat satu ibadah lagi yang tidak boleh dipandang ringan iaitu menunaikan zakat fitrah. Berikut adalah kelebihan membayar zakat

1. Mendapat rahmat daripada Allah swt - dgn berzakat, harta dan rezeki kita akan bertambah dan bukannya berkurang.

2. Mengeratkan Kasih Sayang - orang yg kaya dan senang membantu orang yg miskin dan fakir. Si kaya turut merasai kepayahan dan kedhaifan yg dilalui oleh saudara seislam tersebut.

3. Mendapat ganjaran Syurga Firdausi - Allah swt telah menjanjikan balasan Syurga yg tertinggi sekali iaitu Jannatul Firdausi buat semua pembayar zakat.

4. Membersihkan Hati dan Harta Daripada perkara yg merosakkan - Zakat mengajar dan mendidik kita agar bersikap pemurah, saling bantu membantu dan memberi pertolongan kepada org yg berhak mendapatkannya. Justeru itu terhindarlah sikap tamak, bakhil dan sombong yg berada di hati2 kita Na’uzubillah…

Image result for bayar zakat online

Cara Bayar Zakat Secara Online

Perkhidmatan yang dilakukan oleh PPZ-MAIWP ini adalah satu perkhidmatan yang sangat baik dan memudahkan  umat Islam yang mempunyai akaun mana mana bank dan kemudahan internet. Melalui perkhidmatan ini, umat Islam hanya perlu melayari portal khas pembayaran zakat di www.zakat.com.my untuk melaksanakan pembayaran zakat.

Pembayaran zakat melalui www.zakat.com.my juga menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu penyertaan niat sewaktu pembayaran. Seseorang pembayar zakat online hanya perlu menyertakan niat untuk membayar zakat sewaktu menekan butang komputer yang menunjukkan bahawa ia bersetuju untuk membayar zakat tersebut


Usah ragu- ragu lagi . Jom kira zakat anda dan tunaikan secara online di www.zakat.com.my. Segalanya hanya dihujung jari. Kurang dari lima minit, urusan zakat kita akan selesai dengan izin Allah.

Talian bebas tol : 1 300 88 5757
Facebook : Pusat Pungutan Zakat

#zakatwilayah
#ramadanterbaik