Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Beli Handphone Honor Dan Nikmati Potongan 30% Sempena Super Honor Day


Assalamualaikum... hi


Beli Handphone Honor Dan Nikmati Potongan 30% Sempena Super Honor Day| Handphone Honor ni pun setanding dah dengan brands lain. Bagi peminat Jenama Honor pasti tak ketinggalan dan menantikan keluaran terbaru Honor kan?


Berita baiknya, sempena "Super honor Day" Honor 7A dan honor 10 Edisi Phantom Green telah dilancarkan Secara Eksklusif di Shopee Malaysia. Pada waktu macam ni lah anda kene reput peluang untuk beli handphone dengan harga yang murah. 

Mengenai Honor 7A

Honor 7A yang baharu dijangka menjadi telefon pintar bajet yang terbaik dengan paparan FullView 5.7 inci yang selesa dipegang. Untuk memberi pengguna swafoto yang berkualiti untuk diabadikan dan dikongsi bersama insan tersayang, honor 7A turut dilengkapi dengan dwikamera yang merangkumi kamera hadapan 8MP. 


Ia juga dilengkapi dengan bateri 3000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari walaupun digunakan secara berterusan. Telefon pintar ini juga lebih berkuasa dengan EMUI 8.0 yang mampu menyokong pelbagai fungsi. honor 7A juga menampilkan dua SIM dan slot kad SD untuk kemudahan pengguna. Pengguna boleh mendapatkan honor 7A menerusi hihonor dan Kedai Rasmi honor di Shopee pada harga istimewa RM429 (RRP: RM479) sepanjang Super honor Day.



Bagi mereka yang terlepas tawaran istimewa honor 10 yang lalu pasti akan teruja dengan pengenalan honor 10 dalam edisi Phantom Green yang didatangkan khas di Shopee pada jualan Super honor Day. Pada 8 Jun 2018, peminat honor bukan sahaja boleh mendapatkan variasi Phantom Green ini pada harga RM1,599, malahan dengan setiap pembelian, pembeli akan diberi hadiah percuma bernilai RM298, selagi stok masih ada.

Anda juga boleh beli produk lain Honor dan nikmati potongan harga sehingga 30% pada setiap pembelian.


Untuk menikmati keistimewaan pada Super honor Day, layari: https://www.hihonor.com.my atau https://shopee.com.my/honormy.officialstore




Tiada ulasan: