Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Japan Seamless Bra Selesa Dipakai Setiap Masa | Hwoofit


Perasan atau tidak apabila kita memakai T-Shirt seringkali ternampak bentuk 'nipple' atau 'renda' walaupun telah memakai bra? Haaa, inilah kesilapan kita memilih bra mengikut kesesuaian pakaian. Ya! nak pakai bra pun kena pandai pilih kalau tidak boleh menimbulkan 'wak sangka' pada yang memandang.

Image result for happy

Pemilihan bra yang tepat sebenarnya penting agar tak nampak garisan bra bila memakai baju jenis T-Shirt. Fara sendiri baru tahu perkara ni setelah baca tips dari pakar. Sebelum mengetahui perkara ini, Fara hanya 'sekadar beli/amik je' apa yang murah dan berkualiti. Silap rupenya!

Jepun Seamless Bra Memberi Sokongan Dan Keselesaan Sempurna

Ok, dipendekkan cerita, Fara pun try la beli Seamless Bra dari Hwoofit untuk lihat perbezaannya. Yess! memang ada perbezaan. Bahagian hadapan Seamless Bra ni licin dan apabila memakai T-Shirt nampak lebih rapi dan rasa selamat.


Material bra ini pula diperbuat daripada bahan yang sangat lembut sehingga tidak ketara kelihatan bentuk payudara apabila memakai T-shirt. Warna Seamless Bra ini pula paling menarik perhatian Fara. Warna tona Hijau Lumut. Seamless Bra adalah alternatif push up bra tanpa dawai yang memberikan sokongan dan keselesaan yang sempurna pada masa yang sama.



Sesuai Dipakai Harian Dan Ketika Tidur

Japan Seamless Bra memberikan rasa ringan dan keselesaan paling best sesuai dipakai harian mahupun ketika tidur.  Satu-satunya keburukan memakai bra semasa tidur, terutamanya bra dengan sokongan dawai (underwire) adalah ia boleh menyekat peredaran darah anda. Jika dawai itu terlalu ketat, otot-otot dada akan tersempit, dan ini akan menjejaskan peredaran darah ke lengan dan tangan. Tanpa disedari, ketidakselesaan ini boleh menganggu anda tidur dengan nyenyak. Apabila seseorang tidak mendapat tidur secukupnya, kesihatan individu itu boleh terjejas.

5.png

Gambar diatas adalah bahagian dalam bra. Pemakaian bra jenis dawai adakalanya membuatkan rasa tidak selesa dan sakit kan? Japan Seamless Bra ni direka khas untuk memberikan keselesaan bagi peminat bra push up tanpa dawai. Paling istimewanya, bra ini menyokong penuh payudara nampak macam pakai 'push up'. Biasanya kena beli bra push up untuk terlihat montok tapi pakai bra ni pun sudah memadai. Kalau korang suka beli push up ber 'dawai' apa kata cuba jenis Japan Seamless ni pula?

Kelebihan Japan Seamless Bra :

  • Payudara lebih montok
  • Push Up Bra tanpa wayar
  • Boleh dipakai harian dan tidur
  • Selesa dan Ringan
  • Menyokong penuh payudara

Macam Mana Nak Beli Japan Seamless Bra ni?



kalau korang berminat nak beli, terus buat pembelian ke laman sesawang Hwoofit okay!