Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Tempat Makan Steamboat Terbaik Di Shah Alam | D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet

Assalamualaikum.. hi korang!

Sebut je steamboat mesti terbayang makan sampai puas kan? Bagi Penggemar steamboat macam Fara pasti mencari kelainan steamboat yang ditawarkan. Jadi hari ni, rasa nak suggest satu tempat makan yang sesuai untuk pergi bersama keluarga. Bagi yang mencari Restaurant Steamboat terbaik di Shah Alam, korang kena cuba sendiri steamboat di D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet. Di sini pelbagai aneka jenis bebola wajib cuba tak lupa juga ayam dan daging yang boleh digrill. Bertambah sedap apabila makan beramai-ramai bersama keluarga tercinta!


Pertama kali jejak di D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet dah rasa terpukau dengan dekorasi tempat ini. Walaupun agak sukar dicari kerana lokasinya yang terletak di Sri Acapella Service Apartment bukanlah halangan untuk Fara mencuba. Settingkan aplikasi waza "D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet" inshaAllah jumpa.

Fara tertarik dengan dekorasi D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet yang dihiasi dengan puluhan lampu jenis mentol begitu menaikkan seri restaurant ini. Susun atur makanan  juga memudahkan pelanggan untuk memilih dan mengambil mengikut citarasa.


Jadi, ruangan seperti gambar diatas inilah pelanggan akan mengambil segala menu yang ada. Untuk makluman, Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan menawarkan lebih 150 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 600 orang dalam satu masa iaitu seramai 200 orang dibahagian dalam dan 400 orang di bahagian ruang terbuka. Terdapat juga kemudahan seperti surau perempuan dan lelaki yang selesa dan juga tempat letak kereta yang luas. Pendek kata, semua ada di sini berbanding dengan restoran steamboat yang lain.




Bagi Fara, kelainan yang dibawa oleh D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet terletak pada sos steamboatnya. Sekali cuba pasti nak cuba lagi keenakan sos steamboat disini. Tambahan, hidangan steamboat disini sedap, murah dan banyak! 

Beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam buffet seperti, hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap didalam kertas aluminium, Kepak Ayam BBQ dan juga 12 jenis ais krim termasuk perisa Oreo dan Mint sebagai pencuci mulut. Yang paling terbaru, ada juga menu tenpayaki dekat sini. Pada yang suka makan teppanyaki boleh cuba makan dekat sini specialnye dimasak secara panas-panas ayam, daging dan sayuran semua segar .


Mengenai kuah pula, D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet mempunyai dua pilihan kuah, iaitu tomyam dan sup. Fara pilih kuah sup sebab nak bagi anak-anak makan sekali. Selain pilihan untuk steamboat, anda juga boleh menggril pelbagai jenis protein mentah seperti ayam, daging dan makanan laut. Yang pasti, semuanya sudah diperap dengan rempah istimewa dan rasanya juga sedap.

Pilihan yang Fara ambil tentunya udang besar, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk turut disediakan untuk pilihan pelanggan. Paling best Perapan untuk bahan grill seperti ayam dan daging menaikkan lagi selera kami sekeluarga. Baru tahu yang restoran ini menggunakan masakan stail Cina dan India didalam bahan-bahan perapannya.


Memang rasa lain sangat perapan daging dan ayam disini manakan tidak perapan tersebut menggunakan bahan-bahan asli sahaja. Kesemua ini amat bersesuaian untuk dimasak menggunakan grill yang disediakan kerana aroma rempah ratus dan bahan-bahannya menjadi lebih harum dan memikat selera.

Diantara menu grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan paling menarik Kambing Grill yang diperam dengan 15 jenis rempah. 

Harga D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet

Harga terbaru yang ditawarkan amat berpatutan iaitu hanya :

RM33 nett bagi dewasa
RM12.50 nett bagi kanak-kanak yang berusia 5 – 11 tahun. 
Tiada bayaran tambahan untuk ‘refill’ sup. 

Bagi pengunjung yang membelanjakan lebih daripada RM150, kad diskaun rm10 akan diberikan kepada mereka.


Akhir kata, kalau korang jenis suka makan steamboat kat tempat yang luas dan selesa D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet adalah tempatnya!

Untuk info lanjut korang boleh terus ke laman sesawang mereka ok! 


Lokasi :

D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET,
Sri Acapella Service Apartment,
No. 1, jalan Lompat Tinggi 13/33,
Seksyen 13, Shah Alam,
40100, Selangor Darul Ehsan




Tiada ulasan: