Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

7 hadiah cenderahati terbaik untuk korporat/perkahwinan dan lain-lain

Assalamualaikum… hai!

Memilih hadiah untuk apa jua majlis seperti hari jadi, korporat, wedding dan lain-lain tidaklah sukar mana pun. Anda perlu memilih salah satu pihak yang membekalkan anda dengan hadiah yang premium dan dalam kualiti yang baik. Sesetengah stokis tertentu mungkin mempunyai banyak pilihan yang berbeza dalam inventori mereka, tetapi ada juga beberapa produk hadiah yang berkemungkinan berkualiti rendah. Nak cari cenderahati murah tapi berkualiti? Jika ya, Fara nak cadangkan kepada anda salah satu website iaitu Printcious. Website ini ada buat pelbagai jenis hadiah seperti magnet fridge, tote bag, mugs, dan banyak lagi yang boleh “diy” sendiri. Menarik bukan?


Penghantaran yang cepat dan pantas dari Printcious

Mungkin ada sesetengah pihak menjual produk yang baik, tetapi jangka masa penghantaran mereka mungkin menjadi perlahan dan ini merupakan masalah besar. Di Printcious, Fara telah beberapa kali membeli barangan mereka dan boleh dikatakan penghantaran adalah sangat cepat hanya mengambil masa dalam 2-3 hari sahaja. Barang yang dapat pula berada dalam keadaan baik sekali tiada kerosakan kerana dibalut dengan kemas.


Pelbagai jenis cenderahati menarik boleh buat sendiri di Printcious

Sebahagian daripada barangan yang terbaik untuk persekitaran cenderahati tidak kira untuk korporat, majlis hari jadi, anniversary atau lain-lain adalah barangan yang terdapat di dalam kategori praktikal dan terpilih, kerana jenis produk ini yang berkemungkinan disimpan dan digunakan. Barang yang disimpan jika tidak digunakan sekarang mana tahu boleh digunakan pada masa hadapan. Printcious menawarkan pelbagai barangan menarik seperti Lanyards,mugs, button badges, pvc cards dan banyak lagi. Semua bergantung pada bajet anda!


7 senarai hadiah cenderahati terbaik di Printcious :


Jika dilihat pada meja staff, pasti ada bekas minuman. Untuk lebih menghargai mereka, syarikat boleh menghadiahkan mug pada majlis tertentu seperti Majlis Hari Lahir staff. Selain memberikan penghargaan dengan mug bercetak nama sendiri, majlis tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan sesama staff. Terasa lebih dihargai bila mug yang diberikan oleh seseorang boleh dicetak nama sendiri atau ayat sebagai tanda peringatan sepanjang hayat bukan?



Mug ni bukan untuk korporat sahaja sesuai malah, hadiah untuk annniversary, hari jadi, valentine day semua boleh diberikan mug. Istimewanya jenis magic mug ini adalah bila diletakkan air panas ke dalam mug ianya akan bertukar warna. Mug ni antara hot item kat Printcious.




Metal Key Holder dan keychain juga sering menjadi pilihan ramai sebagai cenderamata. Kepelbagaian reka bentuk metal key holder yang ada di pasaran menjadikannya amat sesuai untuk dijadikan cenderamata korporat, perkahwinan, hadiah harijadi, door gift untuk majlis korporat dan sebagainya. Reka bentuk metal key holder dan keychain Printcious amat ringkas. Tujuan utama metal key holder pada masa tersebut semata-mata untuk menggantung kunci. 



Button badge adalah cenderahati kecil yang sangat menarik dan sesuai dengan saiz, latar belakang yang berbeza, dan sebagainya. Kini, button badge bukan hanya datang dengan pin lencana, tetapi ia juga dilengkapi dengan magnet belakang, cincin kunci, cermin belakang dan banyak produk peribadi lain. Button badge Printcious adalah yang terbaik kerana ciri-ciri seperti menyerlah dan mudah digunakan. Selain itu, button badge Printcious agak murah berbanding beli di luar.



Lanyard ini dapat digunakan sebagai gantungan id card juga untuk menjaga kunci dan kad akses kerja anda agar tidak mudah hilang. Lanyard sangat berguna dan tersedia dalam pelbagai design. Barangan ini juga antara hot item di printcious. Kalau tak tahu nak design sendiri kat Printcious jangan risau! Kat website sana ada sample untuk anda buat ikut kreativiti.



Salah satu penyeri rumah adalah dengan perhiasan cushion. Bantal yang bersesuaian dengan konsep rumah akan memberi ruang nampak kemas dan mahal. Di Printcious amat menitik beratkan kualiti kain dan kekemasan. Material yang tahan lama, cantik dan paling penting high quality. Padanan kain yang cantik. Depan belakang boleh tukar-tukar. Kalau rasa bosan dengan corak boleh pusingkan jd plain.



Teringin tak nak buat mousepad sendiri? Kalau beli kat kedai asik-asik design yang sama kan? Sesekali tu mesti teringin nak ada mousepad yang direka sendiri kan? Benda ni memang ramai tak tahu yang di Printcious juga anda boleh buat mousepad sendiri. Ada 3 pilihan corak boleh dipilih sama ada petak, bentuk hati atau bulat. Harga pula sangat berpatutan.


Ok, itulah dia 7 hadiah cenderahati terbaik yang sesuai untuk apa jua majlis yang popular di Printcious. Selain daripada senarai diatas, ada banyak lagi sebenarnya hadiah yang boleh dibuat seperti tote bag, canvas, puzzle, t-shirt di printcious!

Nak buat hadiah sendiri, Printcious adalah tempat yang tepat! Untuk maklumat lanjut anda boleh terus ke laman sesawang Printcious ok!


Printcious not only in Malaysia, but also available in Singapore, Australia, New Zealand




1 ulasan:

✿Cik Cappuccino Latte ✿ berkata...

Perkhidmatan printcious memang tak pernah mengecewakan