Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Flavettes Vitamin C Menaikkan Seri Wajah Dan Kesihatan diri

Assalamualaikum.. hi korang!

Vitamin C dari Flavettes Glow tengah viral sekarang kat TV. Perasan tak? Pelbagai kebaikan flavettes effervescent glow yang pasti buat anda teruja. Flavettes effervescent glow merupakan produk terbaru menjadi pelengkap jenama flavettes dengan pelbagai review positif. Mengandungi 1000 mg vitamin C serta vitamin E & juga Glutathione.


Kelebihan Flavettes Vitamin C Glow

1. Tingkatkan imunisasi badan dan mencerahkan

Bertindak untuk meningkatkan sistem imunisasi badan secara tidak langsung dapat mencegah demam & selsema. Gabungan dengan vitamin E dan glutathione menjadikan kebaikan flavettes glow bertambah fungsinya dengan mensasarkan pemulihan pada sel-sel kulit anda terutamanya mereka yang mengidamkan wajah yang glowing, serta putih melecun.

2. Memberi efek glowing

Kelebihan flavettes effervescent glow berbanding produk yang sama di pasaran adalah pada kandungan glutathione yang menjadi bahan aktif untuk menjadikan kulit anda "glowing". Dengan harga yang agak berpatutan dengan kandungan glutathione serta vitamin E, flavettes effervescent glow sangat berbaloi untuk diamalkan.


Kandungan Flavettes Vitamin C


Composition: Vitamin C 1000 mg, Vitamin E 15iu, Glutathione 50mg.
Indication: As a health supplement.
Dosage and Administration: Adult: One tablet once daily, dissolve in half to one glass of water, to be taken after meals or as direction by doctor / pharmacist. The effervescent tablet makes an orange flavour drink

Pengalaman sepanjang mengamalkan Flavettes Vitamin C

Semua orang tahu bahawa Vitamin C ini boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. TETAPI fara tak amalkan yang jenis glow.. yang Fara beli jenis biasa. 

Ni vitamin yg Fara amalkan
Memang tak dapat dinafikan, Vitamin C ini serba sedikit dapat membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Walaupun Fara beli jenis biasa tetap memberi kesan sepanjang penggunaan.

Apa yang fara perasan, selepas mengamalkan vitamin ini nampak kulit lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.


Lagi satu, ianya juga Mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam, mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

Rasa cepat lapar sejak amalkan Flavettes Vitamin C

Ok, ni mesti ramai tertanya kan? Fara sendiri terasa cepat sangat lapar. Ada orang kata sebab kita ambil vitamin c. Fara pon rasa maybe sebab vitamin c ni. Rasa lapar dan kuat makan yang luar biasa. So, kenalah kawal pemakanan dan lebihkan minum air masak. 

Kesan sampingan pengambilan Vitamin c

Secara umumnya, vitamin C adalah SELAMAT diambil dalam dos yang disyorkan.

Kesan sampingan yang biasa ialah loya, cirit-birit dan kekejangan perut.


Mana beli?

Boleh dapatkan Vitamin C ni k
kat guardian/watson berdekatan tempat korang





13 ulasan:

Normi Nieza berkata...

bagus vitamin c ni...harga berpatutan tak fara?

Fieza Sani berkata...

sama la..k.fiezz pun ada amalkan flavettes vit.C ni gak..k.fiezz amik yg besa je..setakat ni mmg nmpk okey sgt..

Mrs FaRa berkata...

Murah je sis... Xsmpai belas belas ringgit je..

Mrs FaRa berkata...

Aah yg biasa pon dah ok.. hehe

Unknown berkata...

Ibu menyusu blh mkn ke vit c ni?

Mrs FaRa berkata...

Boleh.. fara amalkan vitamin ini.. tapi hanya bila perlu sahaja. Contohnya, seminggu 2-3 kali sahaja...

Unknown berkata...

Kalu ibu hamil blh ke ambk yg vit c glowing ni??kalu vit c blh cuma ade tambahan glutathione blh ke?? Trma ksh

Nor Aziatul Aisyah Azhari berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mrs FaRa berkata...

Maaf puan, Tgh hamil sy xpasti.. apa yg blh saya sarankan,adalah lebih baik jika puan ambil ubat-ubatan yg doktor bagi sahaja.. untuk putih lebih baik dielakkan...

Apa Apa pun, tahniah puan atas kehamilan.. semoga dipermudahkan ^^

nrllshahidaaa berkata...

hi sis . kalau sehari sebiji atau 2 biji lagi baik ye ? kalaj sy amalkan sebiji pg dan sebiji mlm sebelum tido ?

Tanpa Nama berkata...

kalau menyusu ank boleh ke? ank da 1thn 8 bulan tp menyusu bdn x kerap mne tapi masih menyusu.

Unknown berkata...

Vitamin sesuai tak untuk anak lelaki
13thn keatas

Nur Lydia berkata...

Lelaki boleh makan tak sis