Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Fred & Flo diapers terbaik untuk penyerapan yang lebih pantas!

Assalamualaikum... hi korang!

Siapa pakai tesco love sekarang dah berwajah baru iaitu Fred & Flo. Dari anak sulung hinggalah anak kedua ni Alhamdulillah anak-anak Fara serasi dengan brand ini. 


Fred & Flo ni bagi Fara antara rangkaian lampin pakai buang bayi yang terbaik untuk semua peringkat umur. Material serat halus yang lembut seperti kapas dapat menjaga kulit bayi anda tanpa menyebabkan tidak keselesaan, manakala teras pad yang tebal ini mampu untuk menyediakan penyerapan unggul supaya kulit anak kekal lembut.

Ia juga dilengkapi dengan kuasa kekeringan berganda, jadi Fara tidak perlu selalu tukar diapers anak yang penting, kulit anak sentiasa terjaga dengan baik! Diapers Fred & Flo yang fleksibel ini juga dilengkapi dengan getah anjal di pinggang yang boleh meregang dengan mudah dan sistem super-penyerapan untuk memastikan kulit anak Fara kering dengan segera. Material yang nipis memudahkan kulit anak bernafas dengan selesa



Diapers Anti Bocor

Fara panggil diapers Fred & Flo ni diaper anti-bocor sebab ianya bertindak sebagai penyerapan yang sempurna, jadi kulit bayi Fara akan terasa kering sepanjang malam. Tidur malam anak jadi lebih lena dan selesa.


Pemilihan diaper haruslah bersesuaian untuk kulit bayi yang cepat sensitif, untuk mengelakkan kulit anak anda daripada mengalami iritasi. Fara pernah juga cuba diaper brand lain tapi tidak sesuai untuk anak. Kata orang, tiap anak tak sama jadi kita sebagai ibu bapa kenalah cari apa yang terbaik untuk anak-anak.

Image may contain: 1 person, baby

Kelebihan Fred & Flo Pants Dan Pelekat

oh ya! Fred & Flo juga ada jenis Pants. Jenis Pants pon Fara dah pernah cuba untuk anak. So, boleh dikatakan kelebihan kedua-dua jenis pants dan pelekat Fred & Flo ni :


✓ Simanja lebih selesa dan aktif dengan pants yang lembut dan tidak menyakitkan
✓ Mempunyai Aliran udara yang bagus
✓ Mudah untuk ditanggalkan
✓ Penyerapan yang sangat bagus
✓ Simanja lebih bergerak bebas dengan getah diapers yang lembut
✓ Mengelakkan ruam berlaku

Jadi, itu sahajalah perkongsian Fara mengenai diapers terbaru Fred & Flo ni. Amira suka Mommy gembira! hehe


Boleh dapatkan Fred & Flo di TESCO!




2 ulasan:

Azlinda Azman berkata...

Nampak macam premium pempers

Zurainny Ismail berkata...

Teringat zaman anak2 masi kecil dulu, mcm2 saiz diapers kat rumah sbb jarak umur anak2 yg dekat (3,2,1). Yg penting selesa & x menyebabkan masalah kulit. Biasanya blh kumpul points utk redeem brg2.