Home My Story Travel Review Contest Parenting Tutorial

Kenapa perlu Scrub Badan? Inilah Scrub Badan Terbaik Pilihan Ramai | Sabun Wangi Lulur

Scrub badan ni penting tak? 

Dulu.... Fara selalu tertanya kenapa ramai suka sangat scrub badan? Tak cukup ke sekadar sabun je badan? Selepas mandi, sabun kan badan dan settle! Haa kan mudah!

Rupanya salah cara ni... Scrub badan ni sebenarnya memainkan peranan penting untuk menghasilkan kulit badan yang lebih baik dan tahukah korang yang scrub badan yang baik kepada kita adalah skrub yang membantu untuk mengekalkan kulit yang sihat, bersih, licin, lembap, lembut dan kelihatan segar!

Image result for scrub badan

Lebih-lebih lagi bila usia semakin meningkat lagilah kita perlu menjaga kesihatan tubuh badan tidak kira dalaman mahupun luaran. Faktor yang buat fara rasa nak pakai scrub adalah disebabkan rasa tidak selesa melihat sesetengah anggota badan seperti kaki, tangan dan badan yang mulai timbul rasa kering serta mengelupas. Kadang kala rasa tidak selesa lihat diri sendiri. Manakan tidak, kulit badan tidak selembut dan cantik macam anak dara dahulu. Takkan nak biarkan je kan?

Memilih untuk melakukan rawatan 'Scrub Badan' di rumah

Kekangan masa untuk manjakan diri sebaik mungkin semakin lama semakin diabaikan sebab Fara lebih fokus untuk menjaga kebajikan anak-anak yang masih kecil. Disebabkan inilah Fara pilih untuk melakukan scrub di rumah sahaja berbanding di spa. Jika dilihat, sekarang pun dah banyak body scrub yang ada dipasaran. Jadi, tinggal pilih je yang mana korang berkenan.

Image result for doing scrub at home

Sabun Wangi Lulur sebagai Pilihan untuk scrub badan

Sebelum ni Fara ada survey beberapa jenis scrub badan yang ada kat pasaran. Kebanyakan scrub badan yang dijual mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Lagi satu, scrub yang dijual agak kasar apabila di 'apply' ke badan. Kulit terasa sedikit sakit dengan scrub tersebut. So, terpaksalah cari scrub yang lain sebagai ganti.


Mengapa Fara pilih scrub badan dari Sabun Wangi Lulur? Pertama sekali adalah disebabkan kelebihan scrub badan jenama ini mempunyai ciri-ciri yang Fara inginkan seperti mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati, mencerahkan, berbau wangi dan melembutkan kulit. Untuk makluman, Sabun Wangi Lulur ni merupakan keluaran produk dari Wangi World Sdn. Bhd dan semestinya sebuah syarikat yang telah berdaftar dengan SSM. Jadi, tak perlu risaulah sebab produk ni selamat digunakan. InshaAllah.

2 Jenis Sabun Scrub Badan "Sweetheart" dan "Richest" dari Wangi World Mempersonakan dan Meningkatkan Keyakinan

Body scrub dari Wangi World ini merupakan scrub badan yang menggunakan 100% bahan organik. Scrub ini dapat melicinkan dan mengekalkan kelembapan kulit. Jangan risau, ia juga bebas dari bahan radikal. Sabun Scrub yang Fara beli adalah jenis SWEETHEART dan RICHEST. Sebenarnya, ada 5 jenis Scrub badan dari Wanggi World ni. Fara cuba 2 jenis dahulu. Jom lihat 5 jenis body scrub yang boleh  korang cuba dari Wangi World dibawah :

Sweetheart - Signature Scent

Memberi kelembutan WANGIAN ALA-ALA “BABY POWDER” dengan sedikit sentuhan haruman bunga daripada JASMINE, YLANG YLANG, LAVENDER, ROSEWOOD & BERGAMOT. Bagi yang suka bau scrub yang tahan lama fara cadangkan korang beli jenis Sweetheart ni. Bau haruman scrub Sweetheart ini sangat menenangkan. Terasa hilang terus stress bila dah scrub!


Richest - Signature Scent

Wangian segar -SITRUS daripada adunan BERGAMOT, POMELO, LAVENDER &VIETNAM MINT membuat anda ceria sepanjang hari! Ia juga mampu untuk menaikkan aura, kesejahteraan diri dan karisma si pemakai. Richest ni sesuai untuk korang yang suka aroma bau yang sedang-sedang.


My Love

Wangian inspirasi daripada haruman buah MARKISA, BUNGA PEONY & VANILA ORKID. Pasti memberi keceriaan dan keriangan sepanjang hari.


Chanel No.5 Inspired.

Wangian inspirasi daripada haruman ROSE, JASMINE, LILY OF THE VALLEY, BERGAMOT & SANDALWOOD bagi menyerlahkan kewanitaan si pemakai


Darling

Wangian inspirasi daripada sentuhan bunga MAWAR yang harum, lembut, dan romantis. Pasti membuatkan kejelitaan si pemakai lebih terserlah.


Kelebihan Sabun Wangi Lulur dari Wangi World

Nak cari body scrub ni memang kena cari yang terbaik. Bila pakai kita rasa berpuas hati dengan kesan yang diberi. Dalam tempoh 7 hari pakai Srcub Badan ni boleh dikatakan nampak berkesan kepada diri Fara. InshaAllah nak kesan yang lebih baik perlulah pakai secara berterusan. Selepas Fara pakai body scrub ni antara kesan yang boleh dilihat antaranya :

WANGI WORLD


1. Menyingkirkan sel-sel kulit mati 

Sama seperti sel-sel kulit di wajah, sel-sel kulit mati di badan juga perlu selalu dibuang dengan menggunakan skrub badan. Sepcialnya bila pakai Scrub Wangi Lulur ni, apabila sel kulit mati telah dibuang, sel kulit baru yang lebih sihat akan terhasil. Proses peluruhan sel kulit mati berlaku dengan perlahan seiring dengan usia. Jadi untuk mempercepatkan proses itu, Fara amalkan penggunaan skrub yang konsisten sebab bahan dalam produk ini selamat dan alhamdulillah serasi dengan Fara.

2. Haruman yang menggoda macam buat rawatan kat spa!

Satu lagi kelebihan Scrub Wangi Lulur ini adalah Fara boleh merasakan keterujaan perasaan ketika pemakaian. Perasaan tenang kerana tekstur 'body scrub' ini yang menyegarkan dan haruman menggoda yang memenuhi ruangan mandi, seolah-olah Fara sedang mendapatkan rawatan spa. Sejurus pemakaian Sabun Wangi Lulur emosi Fara rasa lebih stabil dan tenang. Alhamdulillah.

3. Memutihkan kawasan gelap di ketiak, celah peha, lutut dan lain-lain

Bila menggunakan Scrub Wangi Lulur, nampak ketara sel-sel kulit mati dapat ditanggalkan. Sekaligus mengurangkan kesan gelap terutama di celah pelipat, ketiak, lutut dan bahagian kulit badan yang tertutup.

4. Menghilangkan masalah selulit 

Bila dah jadi mak-mak ni memang kena hadap dengan masalah selulit. Selulit ni terjadi pada Fara selepas bersalin ada garis rekahan di pinggul, lengan, abdomen, perut dan paha. Ini kerana perubahan hormon atau penurunan berat pada bahagian tersebut terjadi selepas melahirkan anak. Nak hilangkan masalah selulit ni perlukan sedikit masa. Apa yang boleh Fara katakan, bila pakai Sabun Wangi Lulur ianya tidaklah menghilangkan serta merta selulit TETAPI bahagian badan yang ada selulit tu nampak lebih baik.

5. Kulit lebih halus, cantik dan bersih

Sekarang kan, kalau tak dapat buat rawatan kat spa pun tak pe sebab Fara dah jumpa scrub badan yang terbaik! Masa pakai Scrub Wangi Lulur haritu tona kulit badan Fara lebih nampak sekata dan paling penting nampak sedikit cerah. Scrub Wangi Lulur memang pakar penanggal sel kulit mati! Daki-daki kat badan semua hilang. 

6. Mengurangkan bau badan

Alhamdulillah, so far Fara memang tiada masalah bau badan. Kalau korang ada masalah bau badan dan nak cuba pakai Scrub Wangi Lulur ni sangat disarankan sebab bau scrub badan ni sangat wangi dan mampu bertahan lama. InshaAllah boleh mengurangkan masalah bau badan bila pakai Scrub Wangi Lulur ini

Cara penggunaan Scrub Badan Wangi World

Hanya dengan 1 ketul SABUN LULUR WANGI WANGI WORLD, boleh berlulur/scrub dirumah tanpa perlu ke SPA! mudah je sekarang nak cantik. Cara penggunaan scrub badan ini adalah seperti berikut :

1. Basahkan tubuh badan dengan air
2. Sapukan sabun lulur wangi di area yang nak di sental.
3. Lulur dah melekat kat area yang nak disental tu, mula lulur dengan arah pusingan jam.
4. Dah puas hati, bilas kawasan yang telah disental dengan air.

Tidak kira sama ada tua, muda, lelaki dan perempuan boleh pakai scrub badan ini!

Bahan utama Scrub Badan Wangi World

- SOAP BASE
- WALNUT SCRUB
- OIL FRAGRANCE

Beli produk bernilai RM100 dan keatas, akan dapat free gift makeup bag limited edition



Sabun scrub wangi lulur ada KKM


Nak cuba tapi takut? Awalnya Fara dulu pon begitu juga. Tapi setelah tahu kesemua produk scrub Wangi World ada KKM baru confident nak pakai. Kat bawah ni no KKM scrub Sweetheart dan Richest.




Rata-rata suka bila pakai Sabun 
Srub Badan Wangi Lulur. Lihat testimoni :





Untuk pembelian boleh terus ke laman sesawang Wangi World

Instagram: Wangi World
Website: Wangi World






Tiada ulasan: